Eagle Feeding Di Kuala Selangor
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Kali ini saya nak kongsikan antara salah satu tempat menarik di Kuala Selangor. Aktiviti outdoor yang agak seronok untuk kita dan anak-anak menghargai alam sekitar. Ini kali ke dua kami melakukan aktiviti Eagle Feeding. Kali pertama dahulu semasa bercuti di Langkawi masa kami anak sorang lagi. Hannah pun masa tuh kecik lagi...dalam 2 tahun kot usia nya.
Tak sangka, di area Selangor pun ada aktiviti yang BEST macam ni. Bukan jauh pun, dari rumah kami perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam 11 minit. Lalu Guthrie dan LATAR. Nanti masa nak exit kat Kuala Selangor tuh, korang singgahla pekena Karipap KINGKONG dan Cendol Bakar sekali. Sedap ya amat!!!
Eagle Feeding ni terletak di belakang Hotel Aps. Kalau sesapa dok kat hotel tuh, memang tekan lift and lepas tuh jalan kaki jer dari situ. Dekat jer pun.
Kalau nak suruh bagi rate, saya akan bagi 5 stars terus! Harga tiket pula agak murah berbanding dari harga di Langkawi. RM25 untuk seorang dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Masa pula bermula dari pukul 4:30pm sehingga 6:30pm.
Walaubagaimanapun, saya rasa lebih baik kalau korang telefon dulu dan tanya, pukul berapa boleh naik bot. Sebab nya, masa kami sampai tuh..kena tunggu dalam 30 minit sebab owner tuh nak penuhkan bot tuh. Mungkin kami pergi pun masa weekdays, jadi memang tak ramai orang.
Alhamdulillah..cuaca pada hari itu agak baik.Tidak terlalu panas dan agak berawan. Cuma tuhlah nak tunggu 30 minit dengan anak-anak kecil dan baby agak mencabar lah sket. Nasib lah derang main-main sesama sendiri.
Jangan lupa utamakan keselamatan. Safety vest diwajibkan untuk pakai yer. Anak-anak yang kecil macam all boys ni sumer fasten belt yang kat celah kangkang tuh juga. Ingat tau! safety first! |
Okey dah ready...jom kita masuk dalam bot! |
Semua sekali follow kecuali my adik ipar and baby derang umur baru 7 months. Memang tak sesuai lah if nak follow. Terima kasih tolong jaga Baby Ammar while ummi nye boleh join naik bot sama-sama. |
Jangan lupa baca doa naik kenderaan :) |
Berhenti kat area nak bagi helang makan tuh pun dalam 15 minit macam tuh. Memang cantik dan lawa sangat especially time bila nak sunset. Subhanallah...Terpesona dengan keindahan lukisan alam yang diciptakan oleh ALLAH AL-KHALIQ.
Boleh tahan juga lajunya bot tuh ( tengok video yang saya rakam nih ) So make sure korang kalau pegang handphone masa ni, pegang kuta-kuat. Sebab takut kang tercampak pulak masuk dalam Sungai Selangor tuh. Tak pasal-pasal pulak jadi percutian yang menyedihkan. Jangan cakap akak tak payung yer... 😀
Anyway, ada suatu ketika kami menyusuri kawasan perumahan seperti rumah air. Or mungkin perkampungan nelayan ? Cantik juga pemandangan nya. Selain tu, pokok-pokok kayu bakau yang memang banyak hidup di kawasan ini. Burung bangau pun banyak juga tau!
Bila dah sampai, driver bot tuh letak lah makanan atas permukaan air sungai tuh. Kejap jer nanti burung helang pun sampai. Tak cukup dengan burung helang, ada burung-burung lain yang datang sekali menumpang rezeki.
Memang sangat awesome bila tengok burung-burung tuh buat akrobatik macam persembahan gituh! Budak-budak lagi lah excited dan ternganga tengok. Yerla, bukan senang kan nak pegi tengah sungai and lepas tuh enjoy all this kind of activites. Lain dari yang lain!
Lepas tuh, ada lagi satu bot lain nun kat sana pun buat benda yang sama. Maka, berterbanganlah burung-burung tersebut ke arah bot itu demi sesuap makanan. Eh!
6:00 pm and sampai balik kat jetty tuh dalam pukul 6:45pm.
Jadi, kalau korang tak tau nak weekend gateway kat mana dengan anak-anak boleh lah bawak jalan ke sini. Bab makan jangan risau sebab kat area Kuala Selangor ni banyak tempat makan best-best! Nanti saya cerita lain ok?
That's all and thank you for reading!
3 comments
cantiknya view. I tak pernah sampai ke sana lagi
ReplyDeleteboleh lah cuba eagle feeding lepas ni. dekat dah ni. lama juga cr info mcm mana nak ke sini.
ReplyDeletexpernah tahu tempat ni, pasni bolelaa try pergi
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.