Resepi Sardine Puff Yang Mudah

By Thursday, April 05, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama sebenarnya nak execute projek memasak  sardine puff guna readymade puff ni. Asyik tertangguh ajer. Walhal, bukan susah sangat pun nak buat sebabnya plan memang nak guna pastry yang dah siap diuli. Biasalah kan..kalau vitamin 'M' terlebih tuh. Huhuhu

Okey, jom semak bahan-bahan yang diperlukan.

Dua bahan utama untuk membuat puff adalah yang pasti :

1) Kulit Pastry
2) Inti

Kulit pastry saya beli di kedai bakery dan cari di bahagian sejuk beku. Kalau di BAGUS, ada pelbagai saiz. Saya cari di kedai bakery di Puncak Jalil, bernama GLORY.

Sumber gambar adalah dari Google
Step pertama, kena defrost sekejap dan jangan terlalu lama ya. Sebab nanti susah nak handle. Tips lain, jangan pisahkan pastry tersebut dengan plastik yang dalam packaging tuh. Sebab kalau tak nanti. Pastry tu akan melekat antara satu sama lain.

Ambil penguli dan uli sedikit untuk tipiskan sedikit kulit pastry tadi.
Sediakan inti sardine. Masak jer macam biasa lepastuh hancur-hancurkan. Inti ni pada saya ikut suka lah kan nak guna apa. Boleh tuna, or buat apple pun ok kan? sedap juga tuh :)

Ambil pisau then hiris pada kulit pastry seperti di dalam gambar. Kemudian, sudukan inti sardin ke atas kulit pastry yang sebelah lagi tuh.
Lepas tuh lipat dan cantumkan supaya jadi bentuk sebegini.

Buka balutan plastik separuh dan sapukan telur dengan rata ke atasnya.
Susun comel-comel dalam tray yang siap dialas dengan baking sheet. Maaflah, sebab ada pelbagai saiz dan rupa. Ahaks!
Bakar pada suhu 180 degree C - 200 degree C  selama 20 minit. Ataupun sehingga masak.
Nyums! peminat pastry dan western food makan dengan penuh gembira! Kenyang perut suka hati. Alhamdulillah

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

3 comments

  1. sedap nmpknye sardin puff tu...pernh juga p cooking event tunjuk psl puff tp xpernh try buat hehe

    ReplyDelete
  2. Nani tak pernah try buat puff. Lepas ni boleh lah try guna resepi kak Nany bagi ni. Nampak sedap :)

    ReplyDelete
  3. penah nampak kwn kongsi sardine puff nih, cumanya oven takde buat masa nih... itu yg mls nk mencuba hehhehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.