1001 Kegunaan Susu Fernleaf Yang Penuh Khasiat
Kali ini saya nak berkongsi kepada para
pembaca semua tentang kegunaan susu Fernleaf yang bukan sahaja penuh khasiat
dan lazat. Malah, banyak kegunaan lain yang dapat kita perolehi dengan susu
Fernleaf.
Untuk siapa- siapa yang tak tahu tu,
Fernleaf ini bukan hanya adalah bentuk susu tepung je tao. Fernleaf sekarang
pun available dalam bentuk UHT sedia untuk diminum. Jadi, bolehlah kita
menikmati susu Fernleaf ini di mana-mana kita berada dan pada bila- bila masa. And
yang bestnya, pek UHT tu ada Full Cream, Low Fat and also Coklat. Sedappp
sangat.
Jangan tak tahu, susu Fernleaf dalam
bentuk tepung ini dapat kita gunakan sebagai bahan untuk memasak makanan
kegemaran anak-anak atau pun suami dan orang-orang yang kita sayang.
1) Sebagai bahan utama / sampingan dalam masakan
Sesekali tukarkan santan atau bahan lain
yang digunakan dengan susu UHT atau susu tepung Fernleaf. Yelah, santan kan
agak mahal. Pastu susah pulak tu nak beli. Tambah- tambah time nak raya. Cepat
je habis. Lagipun bila dah gantikan santan dengan susu, barulah lebih sihat.
Saya sudah lakukannya. Anda bila lagi? Kuih
donut yang disaluti sos coklat menggunakan susu Fernleaf UHT yang Full Cream tu.
Disamping itu, tekstur donut akan lebih
lemak dan lembut jika susu tepung Fernleaf Full Cream dicampurkan ke dalam
bahan-bahan untuk membuat donut. Sedap tau uols bila makan kuih donut ni
bersama susu Fernleaf UHT. Kombinasi yang sempurna gitu!
Menu-menu
lain yang saya sarankan untuk dicuba jika menggunakan susu Fernleaf UHT pula
adalah seperti, lempeng, kek mentega dan quiche. (lempeng yang sedap dimakan
bersama sambal ikan bilis, gulai ataupun kuah asam pedas ataupun susu pekat
manis. Kalau korang suka makan dengan apa?)
(Kek mentega yang menggunakan susu Fernleaf UHT menjadikan kek lebih gebu) |
(Sesekali daripada
dessert kita bertukar angin ke savoury style pula. Ini adalah chicken quiche
yang juga menggunakan susu Fernleaf UHT. Walaupun resepi asalnya mengguna
cooking cream. Tapi, saya mengolah nya dengan menukarkan kepada susu dan
rasanya masih lazat dan digemari ramai)
2) Sebagai
bekal Iftar / Moreh
Ada kalanya jika kami ingin memulakan
perjalanan pulang ke kampung. Saya akan pastikan ada sedikit bekal yang dibawa
untuk dijadikan juadah berbuka ketika di dalam kereta nanti. Maklumlah, kadang
tu azan maghrib kami masih lagi dalam perjalanan. Selepas makan ala kadar, baru
kami berhenti di tempat yang sesuai untuk bersolat dan makan malam.
Kuih-muih ini antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Air susu Fernleaf UHT tetap menjadi pilihan. |
3) Membantu Untuk Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti
Kajian ada menunjukkan bahawa dengan
meminum susu sebelum tidur, dapat mempercepatkan kita untuk tidur dan menjamin
tidur yang berkualiti.
Lepas solat sunat tarawikh, anak-anak
memang kebiasaannya akan berasa dahaga dan lapar. Susu Fernleaf UHT tetap
menjadi pilihan. Jangan lupa cuba jadikan ianya sebagai rutin setiap malam
sebelum anak-anak masuk tidur.
4) Sebagai minuman semasa
sahur
Oh ya! Hidangan air susu Fernleaf juga
dapat dinikmati ketika bersahur or before tidur. Anak-anak lebih gembira jika
mereka sendiri yang dapat membancuh air susu kegemaran. Sebelum bulan Ramadan
lagi, anak-anak saya akan minum susu tepung Fernleaf sebelum pergi ke sekolah
and sebelum tidur. Jadi, kena ubah sikit rutin minum susu ketika bersahur. Baru
nanti bertenaga sepanjang hari.
5) Sesuai untuk seisi keluarga
Bukan anak-anak kecil sahaja yang perlukan
susu di dalam tubuh mereka. Tetapi, kita sebagai orang dewasa, remaja,
pra-remaja dan warga emas juga perlu memastikan pengambilan susu pada setiap
hari. Ini bagi memastikan kita mendapat zat kalsium yang mencukupi.
Ramuan susu tepung Full Cream Fernleaf telah
diformulasikan dengan kandungan protein yang tinggi, kalsium, magnesium,
Vitamin A, B2 dan B12 yang mana ianya sangat sesuai untuk seisi keluarga. Paling
penting adalah TIADA GULA TAMBAHAN di dalam susu tepung Full Cream Fernleaf.
Terbukti kini bahawa semua rangkaian susu
Fernleaf banyak memberikan manfaat kepada semua. Tidak kira usia dan di mana
sahaja kita berada. Jangan lupa dapatkan susu Fernleaf di pasaran hari ini!
1 comments
Banyak betul kegunaannya. tak pernah terpikir nak letak dalam donut tu. tqq sis
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.