Makan Dan Minum Kopi Di Mustawa Coffee

By Monday, September 30, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Beberapa minggu yang lepas, ketika di dalam perjalanan ke kampung halaman saya di Bagan Datuk. Saya mengajak suami untuk singgah mengisi perut yang agak kelaparan di sebuah kedai makan tyang terletak di Kuala Selangor.

Dah lama dah sebenarnya, dok perhati dari jauh setiap kali melintas kedai ini. Kali ini baru kami berkesempatan untuk merasai apa yang special nya di Mustawa Cofffee ini.

Lokasi kedai ini jika dari arah Kuala Lumpur, ianya berada di sebelah kanan. Jadi, kena ada usaha sikit untuk buat u-turn di simpang hadapan. Sederet juga dengan port untuk menaiki bot jika ingin melihat sungai Kuala Selangor dan melihat burung helang yang diberi makan dari dekat.


Kedai makan Mustawa Coffee ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kerana exterior nya yang menarik. Maklumlah, kebiasaannya luaran yang cantik dan lain dari yang lain ini selalu dilihat di KL . Ini kira rare lah kalau ada di Kuala Selangor.

Paling best sebab saya dan suami penggemar kopi. Tak perlu la nak singgah ke McD lagi kalau rasa mengantuk apabila memandu ketika dalam perjalanan ke kampung.

Kalau singgah McD tuh makanan yang 'itu' jer lah kan. Kalau bukan burger, french fries, ayam goreng. Itu ajerla yang diulang-ulang kalau singgah di McD. Tak masuk tekak saya sangat. HAHAH!

Ada dua bahagian tempat untuk menjamu selera. Kalau nak yang open style, boleh lah duduk di luar kan. Kalau nak bersejuk hawa dingin. Silalah duduk di dalam. Masa kami pulang hari tuh, musim jerebu. Jadinya haruslah semua pun duduk di dalam.
Di kaunter hadapan ini lah terletaknya mesin kopi dan tempat bayaran.
Mereka juga menerima tempahan jika ada yang berminat untuk membuat sambutan hari jadi / event yang lain.
Dinding berkonsepkan daun tikar mengkuang. Modern tapi masih ada style tradisional yang dikekalkan.
 Di satu sudut, pemilik kafe ini meletakkan gambar-gambar beliau di ladang kopi di pergunungan Kinabalu Sabah dan Pergunungan Gayo Acheh, Indonesia.
Besarnya mesin kopi ini kan? agaknya nak proses biji kopi kot. Gigih owner letak mesin ni dalam kafe. Dah boleh jadi museum sikit-sikit.
Antara menu yang korang kena cuba : Roti Telur Leleh dan Special Burger Roti Bakar. Dan .....Iced Coffe latte 2.0. Sedap!
Sebenarnya, agak luas juga kawasan di dalam kafe ini. Mungkin masa kami pergi tuh orang tak ramai. Lagi satu, toilet dan surau pun ada disediakan. Toilet bersih don't worry. Heheh..

Ini air kopi latte ais 2.0. Cer korang tengok tagline derangkat bawah tuh? "Sekali sedut, pasti terkejut". Kreatif kan? tapi takde lah sampai melatah. Opocot mak ko! HAHAH~~~

Tips : kalau nak order Kopi Ais Latte ni...saya recommend untuk korang ambil yang version 2.0 tuh sebab memang terasa kepekatan dan kelazatannya. Tapi, kalau nak ambil yang hot, order yang latte beiasa ajer. Sebab macam terlebih pekat pulak rasa dia.

Ini makanan yang saya order. Nasi ayam penyet. Serius sedap! sebabnya sambal tuh pelengkap rasa. Tak pedas sangat, tak masin and manis sangat. Ayam pulak digoreng masa kita nak order. Fresh dari dapur gitu. Kalau korang nak makan nasi kat kafe ini. Cubalah menu ni yer. Next time nak try yang lamb pulak kot.
Spaghetti carbonara chicken ini untuk husband. Rasa kuah dia agak masin dan terasa seperti kuah maggi perisa ayam. Lepas tuh, pedas black pepper dia boleh la tahan jugaklah.
Untuk Umair dan Uwais derang makan ayam goreng set ala-ala KFC. Set tuh sekali dengan air teh O ais. Haa..yang ni pun sedap yer..ala-ala makan KFC gitu. Air pun kurang manis. Suka jugak!
Yang atas ini roti telur leleh. Dihidangkan bersama roti bakar dan daging burger serta ada telur mata diatas nya.
Ini pula special burger burger roti bakar. Bezanya yang ini dengan roti telur leleh adalah ; special burger roti bakar dihidangkan bersama dengan coleslaw, french fries dan salad.
Kami singgah lagi ke sini semasa dalam perjalan pulang dari kampung ke Selangor.  Kali ini kami mencuba spaghetti bolognese dan kopi latte.



Apa pun kopi latte ni memang terbaik. Saya memang suka minum kopi macam ni sugarless. Kalau korang tak dapat nak telan, jangan bimbang. Mereka cukup memahami hati dan perasaan pelnggan yang datang. Nanti ada disediakan segelas kecil gula bersama sudu. Ikutlah nak letak berapa banyak sudu gula ya!

Kesimpulannya, kami berpuas hati dengan makanan dan persekitaran di kafe Mustawa ini. Korang kalau lalu sini dan tak tahu nak makan di mana. Jangan lupa singgah dan wajib order :

1) Kopi Ais Latte 2.0

2) Nasi Ayam penyet

3) Set Ayam Goreng ala-ala KFC

Sila check FB dan laman sesawang mereka di sini :

https://www.facebook.com/mustawacafe/
https://cafemustawa.com/

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

1 comments

  1. menarik betul resotren ni, tengok dia punya interior design , design bumbung dia tu memang nampak rare dan boleh buat orang teringin nak cuba.

    teringin lah cuba kalau ke kuala selangor, rasanya masa ke kuala selangor aritu ada perasan kedai nih tapi tak singgah, sebab dana teringat dia punya bumbung nya tuh

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.