KUMON : Belajar bahasa jepun secara online
Assalammualaikum
Kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang belajar bahasa Jepun secara online di rumah. Walaubagainamanapun, teknik ini hanya untuk mereka yang menetap di Jepun sahaja. Kalau luar dari Jepun, maaflah, mereka tak sediakan. Tapi mungkin boleh cuba di A to Z languange centre di Damansara, PJ.
Belajar secara online di rumah adalah sangat praktikal untuk ibu - ibu yang sibuk bekerjaya dan yang ada anak-anak kecil di rumah. Boleh study ikut kesenangan and at your own pace. Cuma kena pandai cari masa. Tak lama mana pun, dalam 30 min ke sejam untuk satu sesi dan boleh siap 1-2 latihan (worksheet). Kalau laju dan tiada sebarang gangguan, rasenye boleh siap 3 latihan kot. Bergantung pada keupayaan masing-masing. Dalam sebulan juga, akan ada sesi membaca bersama sensei. melalui SKYPE. Jadi perlu ada SKYPE account. Satu sesi 20 min. Boleh set kan masa dengan sensei.
Bayaran boleh dibuat di beberapa convenience store seperti contoh di seven eleven , Lawson dan Sunkus. Yuran pula adalah mengikut umur. Kalau kategori dewasa dalam RM290 sebulan macam tu ( ikut current currency). Kanak-kanak pun ada juga tau.
Tak susah mana pun, pergi je ke website KUMON di http://www.kumon.ne.jp/jpn/english/ dan click correspondence course. Nanti segala details akan keluar. So far, saya dah terima worksheet pertama saya. Ada CD ( Audio ) kena dengar, ulang sebut perkataan dan tulis perkataan tersebut dalam hiragana / katakana. Bagusnya KUMON ni, adalah sangat sistematik. Kalau nanti, rase nak withdraw from class, or cuti panjang ke, just inform pihak KUMON awal dua bulan so, tak payah bayar untuk next class. Ataupun nak tukar dari correspondence course ke class course pun boleh juga.
Surat ini bagitau, level mana yang kita akan start. Based on diagnostic test ari tuh. ( Untuk yang jawab kalau ada ilmu sikit/banyak untuk tulisan/perbualan masa isi online form)
Nota pesanan penting dari sensei on how to write and differentiate few katakana and hiragana symbol.
Jadual ini basically bagitau level kita kat mana. If basic, will start at 4A. As for me, ada basic sket..start at 2A.
Student guide note book. Cara nak study, pemarkahan, cara nak pos dan pembayaran.
Lepas ni, dapat worksheet from KUMON pula. InshaALLAH, will share in next entry. Thank you for reading peeps!!
Arigatou gozaimasu
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.