Pengalaman dan cara membuat Japanese Rolled Omelette (Tamagoyaki)

By Monday, June 01, 2015 , ,

Assalammualaikum,

Setelah beberapa bulan dok try and error buat tamagoyaki ni. Akhirnya, usaha saya membuahkan hasil. Saya kongsikan pengalaman dan cara membuat tamagoyaki agar kelihatan cantik dan mudah dibentuk. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja berjinak-jinak membuat bento ni. Baru bulan April lepas. Jadi, tader la pandai mana pun. 

Saya cuma rase seronok dan excited bila jumpa cara dan teknik yg betul. Jadi, kena la saya kongsikan untuk sumer pembaca yang macam sy jugak. Dok try banyak kali untuk dapatkan hasil yg memuaskan. Jom kita check apa yg diperlukan untuk membuat tamagoyaki ni. 

Bende paling penting untuk menghasilkan tamagoyaki yang cantik dan senang nak handle. Adalah kuali berbentuk empat segi tepat dan non-stick type. Saya pernah menggunakan kuali yg dibeli di Daiso. Murah, memang murah. Dalam RM4 macam tu. Tapi, hasilnya sangat tak best dan mendukacitakan. Kenapa?

Antara sebab-sebabnya ialah ;

1) Terlalu ringan. Sampai bila kite letak atas tungku dapur pun die tak terletak betul-betul lari sane lari ni. Senget sane senget sini. Stress sungguh!. Mood memang mempengaruhi kita untuk memasak. Yerla, hati dah riang gembira nak buat tamagoyaki, sekali tak dapat macam ape yg kita nak kan. Frust!

2) Bukan 100% pure non-stick pan. Pernah masa memasak tamagoyaki menggunakan kuali jenama daiso ni, api terkuat. Hasilnya, ada macam kerak atas permukaan kuali tu. Bila disental, permukaan jadi rosak dan lepas tu, memang tamagoyaki sy hancur berkecai. Hampa memang hampa.

 Contoh tamagoyaki yang saya buat di awal pembabitan bento :

Hujung telur tu tak betul-betul melekat. Masih belajar.

 Dan gambar yang ini baru minggu lepas setelah beberapa kali saya cuba .






Jadi

Pilih lah kuali yang agak berkualiti sket. Akhirnya, saya berjaya dapatkan sebiji kuali empat segi yg lebih berkualiti. Bukan jenama TEFAL. Sorry, tak ingat jenama ape sebab beli kat supermarket biasa-biasa jer dekat area rumah ni. Harga bawah RM50 tak silap. Alhamdulillah, puas hati sangat..senyum smpi ke telinga.  :)

Bila dah ade kuali yang best, jom kita mulakan cara membuat tamagoyaki dari scratch.  Bahan lain yang diperlukan :

1)  1 / 2 biji telur ayam. Bergantung dengan kehendak saiz yang diinginkan
2 ) Garam
3 ) Minyak untuk memasak

Cara-cara :

1) Sapukan minyak pada permukaan kuali. 
Tips : Minyak tidak boleh bertakung. Kalau bertakung, sila tuang dan rata ratakan minyak tersebut menggunakan berus khas untuk memasak. 

2) Panaskan kuali.
Tips : Kuali tidak boleh terlalu panas. Sebab kalau panas sangat, nanti minyak kering and once kite letak telur dalam tu die akan melekat kat permukaan kuali tu, bila nak gulung nanti tak smooth. Tersekat-sekat..tak cantik la pulak nanti gulungan tu. So, agak-agak yer kepanasan kuali tu. Make sure guna api paling kecik jer. Kena sabar sket. Tak lama pun, sambil2 tu sila pecahkan telur , letak garam sket and pukul. Alaa...macam nak buat terur dadar tu jer pun.

Ini kuali saya yang dah disapukan dengan sedikit minyak
3) Tuang telur atas kuali ( lapisan pertama )
Tips : Tuang dengan perlahan-lahan dan penuh kasih sayang. Kena pandai agak-agak banyak mana untuk 1st lapisan ni so that nanti lapisan yag seterusnya ada cukup telur untuk digunakan. Berdasarkan pengalaman saya, kalau guna sebiji telur, cukup untuk buat 2 lapisan jer. Kalau 2 biji telur boleh buat 3 - 4 lapisan. Kalau korang praktis banyak kali, sure pandai agak dah. InshaALLAH :)


4) Angkat sambil senget-sengetkan kuali untuk memastikan telur mempunyai ketebalan yang sama di setiap penjuru / bahagian. 


5) Dengan menggunakan sudu / garfu gulung lapisan pertama dari hujung kuali. Tips : Jangan tunggu lapisan telur kering 100% sebab nanti ia susah nak gulung dan melekat. Tengok kalau dah tinggal sket2 jer bahagian yg belum masak, maka itulah masa yang sesuai untuk menggulung.

6) Teruskan menggulung telur sehingga ke hujung kuali. Lepas dah siap gulung, tolak die ke hujung kuali yg bertentangan. Tuangkan bancuhan telur untuk membuat lapisan yang seterusnya. Tips : Angkat hujung gulungan telur yang dah siap tadi supaya bancuhan telur tersebut dapat masuk ke bawah gulungan pertama tadi. Ianya akan melekat antara satu sama lain dan kedua dua lapisan tersebut akan bergabung. Seterusnya dapat menghasilkan gulungan yg semakin tebal.

7) Ulang langkah ke-5 dan ke-6 sehingga bancuhan telur habis


8) Bila lapisan akhir dah siap gulung. Matikan api. Biarkan sejuk dulu baru potong. Kalau nak potong biasa-biasa pun boleh. Kalau nak potong then buat  bentuk 'love' pun boleh. Macam kat bawah ni :

Potong yang hujung tu dulu untuk dapatkan bentuk yang rata dan sekata

Potong dalam 1 inchi lebar, then tegakkan. Pastuh potong secara serong. Kemudian terbalikkan yang sebelah jer untuk ditemukan dengan sebelah lagi.

Senang jer kan?. Paling penting jangan putus asa. Last but not least, kalau dah pandai buat tamagoyaki yang kosong, korang boleh letak filling pulak next time. Contoh nya macam ni :


Sekian untuk cerita hari ini. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang memerlukan.

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Kuali ni beli kat Jepun. Haha! kalau kat Malaysia boleh check kat Daiso ..InshaALLAH ade. Cuma kualiti tak berapa bagus la..nanti effect non stick die cepat hilang. Pastuh telur melekat kat kuali.

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.