Hobi baru ditemui! mari menjahit menggunakan JANOME JN508DX
Assalammualaikum w.b.t
Selepas beberapa kali trip ke Nippori Fabric Town menyebabkan saya jatuh hati dan geram sangat tengok kain-kain cotton yang pelbagai motif termasuk yang bercorak elegant sehingga yang cute sampai rasa sayang nak guna kain-kain tu. Hahaha~~
Saya bertekad untuk paksa diri belajar menjahit. Akhirnya, terus beli mesin jahit jenama JANOME keluaran Syarikat Jepun yang dibeli melalui amazon.co.jp sebab tak perlu susah payah nak mengangkut balik ke rumah. Dalam 2-3 hari, mesin jahit pun sampai dihantar hingga ke depan pintu rumah. Ohhh!!! bahagia nyer rasa.
Ringan jer mesin jahit ini dalam lima kilogram. Ada pemegang untuk memudahkan ianya diangkat dan disimpan. Kanak-kanak pun boleh juga menggunakannya. Semua instruction didatangkan dalam bahasa Jepun. Tetapi, cukup dengan melihat gambar yang disediakan kerana orang Jepun sangan details. Selebihnya, saya study di Youtube. Contohnya cara untuk mengendalikan benang ke dalam bobin (sekoci).
Projek pertama saya adalah seluar tido. Kain cotton beli di kedai Tomato, Nippori. Murah jer, semeter 100 yen dalam RM3.70. Pola yang saya gunakan hanyalah seluar yang sudah siap. Teknik details, saya tengok di Youtube.
Memula memang jahitan senget benget, berbolot-bolot, pastuh terbalik la..then kena bukak balik. Jahit balik. Pendek kata, kena sabar sangat-sangat untuk menjahit ini. Tapi kalau dah tahap expert tuh, agaknya sebelah mata pun boleh siap. Hahah~
Hasil nya! sangat mengujakan dan rasa puas dan seronok. Macam satu kejayaan yang sangat bermakna dalam hidup ni. Hahah...yer..kedengaran sangat poyo bukan?
Seluar untuk Umair
Seluar untuk Uwais pulak
Lepas jahit ni, memang rasa semangat untuk buat project jahitan yang lain pula. Ahhh~~~ bestnya kalau ada mesin jahit tepi kan? takder la rase terganggu tengok bulu-bulu kain kat dalam tuh. Huhuhuhu..
Itu sahaja, terima kasih kerana sudi membaca!
4 comments
WAA..GUD JOB!! cantik je sluar tu bila dipakai..
ReplyDeletebagusnya rajin blajar mnjahit..
mmg berbaloi-baloi pndai mjahit ni..
kat sini tmpah baju mahal sgt skarang..bju kurung moden biasa y bdk2 pom rm65 sepasang.. huhu.. x masuk harga kain lagi...
Wahhhh seronoknya pandai menjahit
ReplyDeletewahhhhhhhhhh..banyak kelebihan org pandai menjahit ni!!!!
ReplyDeletegifted nany :)..gunakan sebaiknya ye..
bestnya ada mesin jahit.. UA suka gak jahit2 ni..hehe..tpi xde mesin jahit..keep it up nany..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.