Our Merdeka Week Story : Victory and Glory!!
Assalammualaikum w.b.t
Pffttt...minggu yang agak sibuk dengan persiapan anak-anak sempena Hari Kemerdekaan di sekolah anak-anak. Permulaannya dengan si kakak yang menggayakan busana dari "Pattern&Thread by Nany" < tak yah google la yer, sebab ni mak die yg syok2 bagi nama sendirik >
Berkonsepkan yukata dan diubahsuaikan menjadi kebaya or kebarung. Cerita asalnya, buat yukata ni untuk si Umair pakai. Mak malas nak buat macam-macam memandangkan tugas mak sangat banyak di rumah dan perlu menyimpan tenaga untuk sentiasa sihat dan cergas menguruskan anak-anak dan rumah. Ngahahah!
Di sebeah kanan itu adalah yukata. Pakaian tradisi kanak-kanak lelaki di Jepun pada musim panas. |
Pola memang tade. Ikut sesuka hati mak ajer. Macam biasa, ada yang salah jahit. Bukak balik then jahit. Isk! tabah betul. |
*
*
*
*
*
Bako ajer kat keliling tepi kain tuh. Senang kan? Apa nak buat, esok nak pakai..malam sebelum tuh baru nak jahit. Takper, sebab pakainya sehari jer pun.
Jahit pulak hairband. Takmo la bagi kosong sangat kat bahagian atas tu kan.
Guna balik brooch yang dah dibeli semenjak zaman bila ntah...6 tahun lepas kot tak silap. Mujur tak buang lagi.
Final look!
Alhamdulillah..dapat first place untuk competition kat sekolah. Ok la kot sebab tak ramai pun yg ambil bahagian. Jadi, tade la sengit mana saingan. :)
Dan hari ini, penutup sambutan kemerdekaan bagi kami sekeluarga. Umair pula menang tempat pertama best dress. Alhamdulillah...
Untuk baju guna yang kakak dah pakai ari tuh. Ini pula cara express lipas kudung mak buat seluar
Jahit jangan tak jahit!
Untuk bulan dan bintang tuh. Gunting jer from bendera then jahit atas seluar. Senang jahit tangat jelujur kan ajer. If jahit mesin also can, tapi you have to control the speed sebab banyak curve and bintang tuh banyak sangat bucu. Ikut kemampuan dan level kerajinan korang yer. Tiada paksaan. Hehehe....
Taraaaaaa~~~~~
Ninja Props termasuk hood dan senjata tuh beli kat Daiso. Total dalam RM11.00 kot. Then yang lain tuh memang jahit sendirik. Umair tak pakai pun hood tu cover penuh muka die. Takut pulak tak leh bernafas kan. Jadi die bertukar jadi macam ni masa kat sekolah
*
*
*
Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian. Meriah sangat rasanya. Maybe sebab sebelum tuh pricipal dah bagitahu awal-awal ada hadiah menarik yang menanti.
Ada peminat rupanya. Hehehe~
Haaa...lepas catwalk buat fashion show Umair pun bertukar jadi Askar Jepun. Ada persembahan pula lepas tuh.
Tengoklah betapa happy nya kanak-kanak ini dapat berperang melawan musuh. Peng!Peng!Peng!
Lalu tumpaslah askar-askar Jepun di tangan Askar Melayu. (yang putih-putih kekonon bom tangan yer..banyak kali kot guna..hahah!)
Persembahan akhir adalah nyanyian beramai-ramai
Sesungguhnya, saya rasa turut bersemangat melihat anak-anak dan guru-guru ini menyanyikan lagu bertemakan MALAYSIA.
Kalau nak tau...nama Tadika Little Caliphs ini adalah "Tadika Cendekiawan" yang terletak di Puncak Jalil 7. Cikgu-cikgu dia memang sangat bersemangat dah berkaliber.
Semua pun hebat-hebat belaka. Cantik-cantik baju semua. Impressed juga tengok usaha mak ayah yang lain. Tahniah semua!
Semoga memori yang diciptakan ini akan diingati oleh anak-anak dan menjadi kenangan terindah buat kami bersama.
That's all and thank you for reading.
4 comments
Pandainya akak jahit. Heheh. Comel aje diorang pakai tu :)
ReplyDeleteYa allah pasni bole jagit bju bidak2 utk coatume festival kak. Jarang ada org jahit mcmtu. Mne tau rezeki akak.
ReplyDeletekreatif sangat nany ni..haaa kan dah untung tuh umair memang 100..
ReplyDeletekreatifnya. paling penting tabah. kalau I dah give up dah T_T hahaha. tahniah Umair <3
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.