LINOLA - Produk penjagaan untuk kulit kering.

By Thursday, July 20, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Berita baik untuk mereka yang mempunyai kulit kering, kasar, sensitif dan merekah. Kini terdapat produk baru iaitu LINOLA yang dibangunkan oleh Dr. Kurt Wolff di German semenjak 1957. Jenama ini sudah melalui pelbagi penyelidikan dan pengubahsuaian selama beberapa dekad. Hari ini, ia telah menjadi produk penjagaan kulit medikal No.1 yang dipilih oleh pakar kulit di German.

" LINOLA " adalah perkataan yang diambil dan diubahsuai dari perkataan asid linoleik yang juga merupakan bahan utamanya. Asid ini bertindak sebagai perlindungan hebat, menggalakkan sifat regenaratif dan anti-radang. Linola merupakan produk luar biasa yang dibuat untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan juga diformulasi serta dihasilkan sepenuhnya di German.


“Pada 1905, ahli kimia dan ahli farmasi Dr. August Wolff mengasaskan syarikatnya di Bielefeld, German, dan menciptakan sebilangan produk kesihatan. Dr. Kurt Wolff menyertai bapanya di syarikat itu pada 1937. Innovasi produk pertamanya telah menghasilkan persiapan yang mengandungi asid linoleik.

Beliau menyelidiki bidang ini selama bertahun-tahun. Ia sangat dipercayai sejak zaman Dr. August Wolff dahulu, badan mesti dibekalkan dengan asid linoleik, sebagaimana badan kita perlu dibekalkan dengan vitamin dan makanan untuk kekal sihat. 

Namun demikian, satu soalan masih kekal: Adakah kemungkinannya untuk menggunakan krim mengandungi asid linoleik untuk menyingkirkan masalah kerosakan kulit yang disebabkan oleh kekurangan asid linoleik? Ini secara lansung akan membantu pertumbuhan kulit! Idea ini menghasilkan formulasi yang dicipta pada tahun 1938 yang kini dikenali ramai. 

Penciptanya memberikan nama yang sesuai iaitu “Linola” – yang mempunyai asid linoleik. Bahan aktif ini sebahagiannya bertanggungjawab untuk mengekalkan lapisan kulit luar terlindung daripada dalam supaya tidak banyak kelembapan akan terkeluar.

Dr. Manuel Häuser, Medical Information Manager of Dr. August Wolff GmbH & Co. KG Arzneimittel Bielefeld/Germany

Linola adalah produk yang sangat sesuai untuk pesakit ekzema yang kronik ataupun akut, kerana ia bukanlah untuk membantu dengan penyembuhan sahaja, tetapi ia juga melegakan kegatalan dan keradangan yang datang dengan kondisi tersebut. Ia juga mampu menyelesaikan masalah kulit lain yang lain seperti, kulit kering, kulit kepala gatal, psoriasis dan gosokkan antara kulit.


Losyen Linola, diformulasikan dengan asid linoleik penting dan dibangunkan terutamanya untuk semua jenis kulit kering dan yang sedang mengalami keradangan. Ia mengandungi asid linoleik, minyak sayur yang kaya dan bebas daripada minyak mineral dan silikon. 

Losyen ini sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan juga pesakit ekzema. Kedudukan No.1 di German dibawah kategori rawatan perubatan yang baik untuk semua jenis kulit kering untuk dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013) adalah testimoni keberkesanan produk.

Tekstur losyen badan LINOLA ini agak pekat jika dibandingkan dengan losyen tangan. Saya gunakan losyen ini untuk sapu di belakang badan Umair sebab dia memang ada masalah kulit sket. Tak boleh terlalu berpeluh atau kering. Nanti kulit dia gatal dan dia akan garu. Banyak kesan parut macam luka hasil die menggaru. Eh!

(Left to Right) Mr Ch'ng Haw Chong (Procurement Director, Caring Pharmacy Group Bhd), Mr Loo Jooi Leng (Marketing Director, Caring Pharmacy Group Bhd), Mr Tan Lean Boon (Supply Chain Director, Caring Pharmacy Group Bhd), Mr Chong Yeow Siang (CEO, Caring Pharmacy Group Bhd), Lino – the mascot for Linola, Dr Manuel Häuser (Medical Information Manager, Dr. August Wolff GmbH & Co. KG Arzneimittel), Mr Ho Swee Lin (General Manager, Nuvanta (M) Sdn Bhd) & Mr Tan Wygene (Product Manager, Nuvanta (M) Sdn Bhd)
Kesemua produk LINOLA sesuai untuk seisi keluarga tidak mengira  usia dan peringkat termasuklah bayi. Namun begitu, adalah digalakkan untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak (paedtrician) sebelum menggunakan produk LINOLA ke atas bayi.

Produk LINOLA boleh didapat pada bulan ini ekslusif di semua Farmasi Caring di seluruh negara. Sila lihat senarai harga jualan untuk setiap jenis barang LINOLA seperti berikut :
  • Linola Losyen (200ml) – RM79
  • Linola Mandian dan Basuhan (300ml) – RM69
  • Linola Pencuci Muka(50ml) – RM69
  • Linola Losyen Tangan (75ml) – RM35
  • Linola Losyen Kaki (100ml) – RM55
  • Linola Balsem Perlindungan (50ml) – RM55
  • Linola Syampu Forte (200ml) – RM69
  • Linola Losyen Perlindungan Matahari SPF50 (100ml) – RM79

Tentang Dr Wolff-Gruppe GmbH
Perniagaan keluarga kumpulan Dr Wolff mengandungi bahagian kosmetik (Dr. Kurt Wolff GmbH & Co. KG) dan juga bahagian perubatan (Dr.August Wolff GmbH & Cp. KG Arzneimittel). Kumpulan syarikat Dr. Wolff yang diuruskan oleh pemiliknya pakar dalam penyelidikan, pembangunan dan pemasaran daripada innovatif dan juga produk yang sangat berkesan. 

Spesifikasi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dr. Wolff fokus kepada mengubah keperluan rakan kongsi dan pengguna. Faedah terbukti secara saintifik untuk kedua-dua kumpulan berada di tengah-tengah usaha syarikat.

Perniagaan keluarga yang dikendalikan oleh syarikat itu berusaha untuk memastikan pertumbuhan kualitatif untuk mengekalkan mandiri dan kecekapan dan juga untuk terus membangun dengan jayanya. Produk Dr. Wolff sekarang boleh didapati di lebih 50 pasaran antarabangsa.

LINOLA!
"Membantu dari hujung kepala sehingga ke hujung jari!"
That's All and Thank You for reading!
 

You Might Also Like

2 comments

  1. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi kalau berkesan why not kan. Heheh :)

    ReplyDelete
  2. Mcm tak pernah nampaklah Nany.... Selalu guna yg ada jual kat mana mana tu. apa ke nama lupa pulak... Tulah tangan ni mmg kering kalau tak pakai losyen

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.