Cerita Nabi Nuh Version Kitab Lain.

By Monday, August 21, 2017

Assalammualaikum w.b.t

Masa nak cepat balik from public library aritu, tangan ni terus jer capai buku kat bawah ni :

Masa tu tak terfikir pun kalau ini version lain dari Al-Quran. Sebab in rushing sangat. Then, bila balik after a while bila terpandang balik buku ni...baru teringat nak belek and check.

Sebelum tu, Hannah cakap dia taknak baca sebab dia kata dia dah tahu cerita pasal Nabi Nuh. Okeylah..fine. Sebab faham dah watak orang jenis Thinking ni tak leh benda yang sama nanti die boring.

Tapi, tetiba ada satu malam tuh sebelum die tidur. Ternampak die baca buku ni. Dalam hati cakap..baca jugak..ingat takmo baca dah. Tapi mungkin sebab buku ni kot english dan ada gambar ..mungkin itu menarik minat die juga kot.

Esok tuh...I asked her..."So, what do you think about this book? ada benda yang lain tak Hannah jumpa?"

Now, baru dia sedar...cerita dia lain dari yang dia pernah tahu dan dengar. Ini antara contoh ayat-ayat cerita dalam buku tuh.
 
Perenggan pertama tuh memang lain lah punca sebab kemurkaan ALLAH SWT kepada kaum Nabi Nuh kan?

Ini pun lain sangat kan? Isteri Nabi Nuh cuma seorang saje kan? setahu saya lah. Kalau saya silap..please betulkan. Lagi satu, anak-anak Nabi Nuh pun tak beriman pada ALLAH S.W.T. Jadi, cerita ni memang macam langit dan bumi dah.
"He" dalam ayat ini merujuk kepada tuhan. Kita pun tahu, selepas kaum Nabi Nuh, masih ada lagi selepas tuh kisah-kisah kaum nabi lain yang dimurkai olleh ALLAH S.W.T. Contohnya, Kaum Nabi Salleh - kisah unta betina. Kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel - Firaun .

Lesson learnt adalah ;

Hannah belajar, kitab-kitab lain yang wujud selain Al-Quran. Dia juga ada belajar di sekolah tentang nama-nama kitab ni. Antaranya - Zabur, Taurat dan Injil.

Kalau baca buku teks die lagilah..memang siap ditulis tentang apa yang pengajaran yang ada pada kitab-kitab di atas. Ibadah, suruhan dan larangan.

Saya sendiri dah lupa.

Bila ada contoh depan mata macam ni, memang dia lebih faham. Pada saya, ini merupakan proses pembelajaran anak-anak. Biar lambat, janji kefahaman nya dia dapat dan terkesan di hati.

Macam tuhlah bab pembelajaran anak-anak. Tidak semestinya di sekolah sahaja. Mana yang sempat kita grab terus masa tuh. Paling penting kita cuba dan ada pengisian cara yang lain dari sekolah. Kat sekolah budak-budak ramai. Cikgu pun banyak keje lain juga nak buat. Nak tak nak, kita ibu bapa nilah kena jadi guru pertama untuk mereka. Setuju?

That's All and Thank you for reading


You Might Also Like

6 comments

  1. Setuju sgt kak. Kat sek tu brp percent je dorang boleh absorb. Sebab tu dekat rumah kita kena bantu mereka kan kak. Xsemestinya kita tahu apa yg mereka belajar tp at least sediakan ruang belajar yg selesa pun cukup membantu. Ni based on experience ana lah kak.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak... yelah versi al Quran yg kite biasa dgr, ni versi omputihnya lain la cite nya pulak...

    ReplyDelete
  3. ohh I tak pernah baca versi lain.

    betul, bimbingan ibu bapa penting bab bab ni. at least Hannah dah tahu pasal kitab kitab lain. kalau anak yang belum belajar lagi kewujudan kitab tu semua, nanti kefahaman dorang jadi lain pulak.

    ReplyDelete
  4. mmg tak boleh lepas tgn jdi mak ayh ni kan..wlpon da hntr sek. kena juga pantau

    ReplyDelete
  5. Bagusnya kalau semua parent ada pemikiran macam kak Nany. Nani ada mengajar dekat sekolah ni, ada parent tu yang memang 100% serahkan pada cikgu untuk didik dia. Speechless kejap saya. Pembelajaran anak anak ni bukan setkat dekat sekolah, tapi dekat rumah jugak. Kadang kadang tengah main pun dia orang boleh belajar jugak :)

    ReplyDelete
  6. Aduh....hakak ni mmg buta sirah Nabi Nanny. Dahlah malas membac. Kalau ikutkan banyak je buku buku ilmiah kat rak buku tu...

    Suka tengok budak budak yg rajin membaca ni. Cara pemikiran dan idea mereka berbeza kan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.