Kelebihan Hari Kantin ( Keusahawanan ) Sekolah Kepada Murid-Murid
Assalammualaikum w.b.t
Sabtu lepas sekolah anak-anak ada menganjurkan hari kantin. Dan untuk pertama kalinya, kami AJK PIBG juga perlu buka booth jualan.
Waahhhhh!! Mak nak jual ape ni?
Dalam masa seminggu tuhlah fikir nak jual ape, nak buat pertandingan apa untuk budak-budak and pegi beli hadiah sekali.
Akhirnya, kami pun decided nak jual :
Air : Air mineral, air kordial sunquick oren , Air kotak Milo, Soya and Laici kot ?
Makanan : Pulut kuning rendang ayam dan nasi lemak
Art &craft : Pouch tissue ( saya jahit ) , book marks ( kawan buat ) , Pencil case ( Beli kat Kenanga WholeSale Complex )
Event start awal kol 8.30am. Tapi, pagi tu busy dengan family. Settlekan bfast anak-anak dan suami. Lepas makan sama-sama, baru lah saya gerak dulu. Memula sampai tak ramai orang lagi.
Seminggu sebelum event ni berlangsung kami memang sangat sibuk. Ke hulu ke hilir nak settlekan hadiah, lepas tuh perah otak nak buat pertandingan apa, camana nak susun pertandingan tuh, sapa nak incharge lucky draw.
Sebenarnya, kami tade pengalaman pun dalam join benda-benda macam ni. Tapi sebab partner saya dua orang tuh..memang run business masing-masing. Jadi, memang membantu sangat!
Memandangkan tidak ramai ahli AJK PIBG yang dapat turun padang. Jadi, tak banyak gambar yang saya boleh ambil. Walau dalam hati nak sangat capture the moment.
Anyways, pagi tu jugak lepas drop sekejap tolong set up booth, bancuh air dan buat apa yang patut. Saya kena hantar Hannah ke kelas mental arithmetic di INNOVATE Seri Kembangan. Hannah sebenarnya, takmo pegi situ sebab nak join Hari Kantin. Tapi, kelas pun bukan satu hari...sebelum tengahari memang saya pergi ambil dia.
Dalam masa sejam juga, booth art and craft kami 'closed' sebab semua barang dalam tuh habis licin! HAHAH! Seriously, saya sangat tak sangka booth kami mendapat sambutan hangat. Kesian Hannah, tak sempat nak juai pun. Aunty Needa yang tolong jualkan.
Thanks Mimie ambilkan gambar ni. |
Antara pengisian yang menarik pada hari kantin tersebut adalah forum tentang pembelajaran menggunakan teknik abad-21. Rugi pulak rasa bila tak dapat dengar sampai habis. Masa tuh kena hantar Hannah dah ke INNOVATE.
On the way balik INNOVATE, Mel telefon bagitau...Air kotak and mineral dah habis. Kena pulak menyinggah ke kedai cari. Sampai tersesat amik jalan keluar. Tak pasal-pasal kena hadap jem. Haishh,,dugaan betul. Bila time nak cepat sampai macam2 pulak jadi. Memang fikir positif ajer time tuh.
Kerjasama membancuh air sunquick oren :)
Ade jemputan persembahan khas juga. Lagu-lagu yang dinyanyikan semua nya berunsurkan nasihat dan keagamaan.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah diadakan termasuklah :
1) Pertandingan mewarna.
2) Pertandingan Make up :
Fokus nya adik kita sorang ni kan?
Pengadil tengah tengok bulu mata...lentik ke tidak? HAHAH
3) Pertandingan membuat sandwich :
Cantik! kreatif juga adik-adik yang masuk ni :
4) Pertandingan kotak beracun hafaz surah Al-Fatihah.
Dalam bekas tuh ada nombor. Bila muzik stop, kena cabut nombor tuh dan check nombor ape yang dapat. Incase dapat nombor 3. Jadi, kenalah baca ayat ke-3 dalam surah Al-fatihah. Anak-anak dapat pelajaran baru hari tuh.
Dalam Surah Al-Fatihah, ayat pertama dikira dari "bismillahirrahmanirrahim". Jadi, jumlah ayat bagi surah Al-fatihah ada 7 kesemuanya.
5) Permainan Video Game
6) Memanah
7) Lucky Draw
Memang meriah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Cuma part yang kurang syok nya banyak makanan dan minuman yang dah habis. Next year, kena double triple kan makanan serta pelbagaikan pilihan.
Kupon budak-budak ni pun tak habis digunakan. Maknya busy sangat tolong handle aktiviti PIBG. Derang pun datang dengan papa nya dah lambat. Huhuhu...
Korang dulu masa Hari Kantin sekolah jual apa ? Cer ceta. Personally, acara Hari Kantin sangat bagus untuk beri peluang kepada murid-murid sekolah supaya dapat belajar ilmu keusahawanan.
Libatkan mereka dari awal proses termasuk merancang hingga lah mengira keuntungan. Bunyinya agak rumit. Tapi, pengalaman dan pembelajaran yang berkualiti seperti ini mampu memerikan kesan yang positif dan mendalam kepada murid-murid.
Barulah dapat apply ilmu matematik, sains, bersosial dengan betul, kebersihan, budi bahasa, pengurusan masa dan meningkatkan keyakinan diri.
InshALLAH..didoakan semoga guru-guru di sekolah ini mampu memberikan yang TERBAIK buat murid-murid semua.
That's All and Thank you for reading!
9 comments
seronok hari kantin siap ada mcm2 pertandingan tu
ReplyDeletemeriah ngn mcm2 aktiviti kak,seronoknya lahai
ReplyDeletedana dulu penah jual buah nenas potong ngn rojak petis... mmg laku keras
tak ingat dah apa benda , puding kot. I tak reti betul nak berjualan ni. hahaha
ReplyDeleteyang I ingat bila dah form 3,4 macam tu, pergi hari kantin sebab nak lepak dengan boipreng, kahkah sangat -.-
bestnya libatkan diri dalam benda macam ni.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteseronoknye aktiviti camni
ReplyDeletemeriahnya hari kantin yang diadakan, menarik sangat
ReplyDeleteHari kantin dulu jual sate dan goreng pisang panas
ReplyDeleteHari kantin dulu jual sate dan goreng pisang panas
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.