Apa yang menarik di MinNature Malaysia

By Friday, September 22, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semasa saya cover cerita di event MITTA FAIR bulan February yang lepas. Sempat saya beli tiket promosi ke MinNature Malaysia yang lokasinya terletak di tingkat 4, dalam Mall Summit USJ.

Baru berkesempatan kami anak-beranak ke sana Sabtu yang lepas. Bukan apa, papanya susah nak ada kat rumah setiap minggu. Almaklumlah, kerja di perantauan gitu kan?

Ape pun, saya cadangkan..kalau ada promotion masa MITTA or MATTA fair tuh, grab saje lah. Bukan apa, sebab kalau beli on the day, hari biasa..agak mahal juga. Especially, kalau jenis yang pergi segerombolan. Memang terasa lah juga 'kemahalannya' itu.

Jadi, tiket yang kami beli ni RM50 untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan percuma satu workshop. Ala-ala D.I.Y tau workshop nyer. Memang kesukaan anak-anak saya la kalau bab D.I.Y ni kan. Sama macam mak nye jugekkk. HAHAH!

Itu harga untuk entrance ticket yer ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian. Family packge yang saya beli haritu kira jimat sangat dah! sebab termasuk dengan workshop. Kalau tak, if nak join workshop tu ada lagi add on fees die. Jadi, memandangkan tiket yang saya beli hanya untuk 2 children, maka perlulah saya add on lagi sorang kanak-kanak.

Ini masih di luar lagi. Tengoklah Umair! dah excited dengan benda-benda halus tuh. Sebenarnya, kalau korang nak tau. MinNature ini merupakan yang pertama dibuat di Malaysia. Sebelum ni, kami pernah pergi melawat MinNature di "Tobu WorldSquare" di Jepun. Cuma yang itu dibuat di luar. Outdoor dan kawasannya sangat luas. Pelbagai negara yang ditonjolkan. Cantik memang cantik!

Jadi, bila saya dapat tau ada juga yang seperti di Tobu WorldSquare, maka saya rasa teruja nak pergi tengok juga.

Semasa melawat di Tobu World Square, Nikko City, Japan (2016)
Hannah cuba mengintai ke dalam gua ...ada makhluk ape la agaknya dalam tuh. Heheh..
Cuba zoom in yang ada di atas glacier buatan ini. Memang kecik cinonet ajer semua patung pun

Menarik juga yang ini! siap ada info train schedule lagi. Train-train dalam ni memang bergerak yer...ade la few juga jenis train.
Lagi satu, saya rasa aktiviti treasure hunt yang disediakan oleh MinNature ni pun sangat bagus. Jadi, dalam masa yang sama...anak-anak akan berusaha mencari di mana semua makhluk yang ditulis atas kertas tuh. Ada yang senang dan ada yang susah juga nak cari. Kadang-kadang kena fikir out of box juga.

Seronok Hannah sebab papa nya melayan dia. Mama nya sibuk ke hulu ke hilir amik gambar. Lagi 2 orang tuh banyak main,lari sana lari sini. Lepas tuh nampak benda pelik terus excited terlebih. Kecoh la satu alam. HAHAHA!


Berbicang pasal treasure hunt. Cari ape pun tak pasti.
Antara makhluk yang termasuk dalam list treasure hunt adalah mereka berdua ini. Hehehe...

Setiap zon ada juga disertakan dengan informasi yang berguna. Ada pasal Dataran Merdeka, KL Tower , Ladang kelapa sawit. KLCC dalam pembangunan gitu. Heheh..
 Kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai kaum dan bangsa serta agama.

Ada butang-butang kecil warna merah yang interaktif - lampu akan terpasang, kereta akan bergerak.
 Dataran Merdeka

Sebelum ke bahagian workshop. Ada juga photobooth disediakan. Boleh la nak bergambar sesuka hati :)
 Akhir sekali ...kami ke bahagian workshop di mana terdapatnya aktiviti D.I.Y yang menarik.
Ini contoh model yang dah siap. Boleh nak buat pokok saje atau rumah atau both. Harga nya lupa lah pulak. Tapi agak mahal juga. RM25.


 Bila ramai tangan yang buat, maka pelbagai warna lah jadinya rumah derang.

 Buat furnishing. Letak-letak batu depan rumah. Boleh atur ikut kreativiti masing-masing yer.
Taraaa!!! dah siap pun model rumah kami. Kongsilah yer korang...tapi ended up dapat pada kakak sebab yang the boys tak minat pun nak main bendalah ni. Hehe..

Overall, recomended untuk kanak-kanak yang dah besar macam anak-anak saya ni. Yang macam toddler ke susah sket nak appreaciate sebab derang masih kecil and tak nampak apa pun. Lagi satu, sebab die buat indoor dalam mall ni. Parking senang, tempat makan senang, tak berhujan dan berpanas.

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

4 comments

  1. lama sangat akak tak ke summit usj... oh dah ada yer .. ketinggalan juga ler akak ni kome... nampak menarik.. boleh diusahakan pergi...

    ReplyDelete
  2. Benda benda gini hakak mmg kurang minat Nanny...lagilah kena bayar tiket bagai, mmg tak masuk pun tak apa haha...

    ReplyDelete
  3. menarik juga ni,tak tahu pun ada benda2 macam ni dekat sini

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.