Resepi Mee Hailam Simple!

By Thursday, September 28, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Bila kadang-kadang boring nak makan nasi. Atau pun malas nak fikir, lauk apa la nak masak ni. Maka keluarlah Mee Hailam Simple dari dapur ku itu.

Untuk masak mee hailam ni sebenarnya tidaklah sesusah mana pun sebab konsepnya masih sama macam nak buat mee goreng ajer. Cumanya, kena perlukan kuah yang agak pekat.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Bawang putih
2) Bawang merah
3) Cili kering
4) Minyak untuk menumis
5) Kicap pekat
6) Kicap manis
7) Sos tiram
8) Air secukupnya
9) Satu/Dua sudu besar tepung jagung
10) Hirisan ayam
11) Udang / sotong / daging
12) Fishball / cendawan
13) Sawi / carrot / cauliflower
14) Garam secukup rasa
15) Mee yang sudah dibasuh bersih

Bahan-bahan hiasan :

1) Hirisan daun sup / bawang
2) Bawang goreng

Cara-cara memasak : 

Mula-mula, panaskan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih yang sudah diketuk dan bawang merah yang ditumbuk kasar. Bila dah agak garing, masukkan pula cili blender. Kalau nak pedas letak banyak. Macam saya, letak 1 sudu besar ajer. Oh yer! bawang  tuh sebenarnya terpulanglah kepada individu nak diapakan.

Nak blender pun boleh, nak hiris pun boleh. Takde masalah ok!Jangan risau, kuah mee hailam takkan bertukar menjadi kuah tom yam.

Ok next! Bila cili dah masak garing, uolls masukkan pula hirisan ayam, daging, udang, sotong, fishball. Yang ni pun terpulang..apa yang ada ajer. Kalau nak masukkan hirisan ayam sahaja pun ok. Masih sedap. Kemudian, masukkan lah sos tiram,kicap pekat dan kicap manis. Kacau-kacau sehingga sebati.

Then, masukkan lah air secukupnya ke dalam periuk tadi. Nasihat saya, janganlah masukkan air terlalu banyak..nanti hilang pula rasa kuah tuh. Agak-agak lah berapa orang yang nak makan. Mee Hailam ni bukan macam mee kari. Kuah dia nanti makan acah-acah ajer. Asal tenggelam mee tu bila korang bubuh kuah dia.

Kalau ada sayur macam sawi, carrot dan bunga kubis pun boleh letak juga. Geng sayur boleh letak last sekali kecuali carrot. Boleh masukkan masa kita masukkan hirisan ayam serta hidupan laut tadi yer.

Untuk mushroom saya guna shiitake kering. Rendam jap dalam air. Kemudian, gunting la bagi kecik sket. Mushroom ni yang selalu kita jumpa bila makan sizzling mee tuh ha. Sedap uols! Masuk sangat dengan tekak ahkak ni haaa...

Sebelum korang tutup api tuh, bancuh dulu tepung jagung dalam air biasa. Kacau-kacau then tuang dalam kuah yang sedang mendidih tuh. Biar dalam 5 minit. Sila perhatikan kelikatan kuah mee hailam tersebut. Kalau rasa nak lagi pekat likat, bubuh la lagi tepung jagung tuh. Jangan pekat sangat udahler, kang tak lalu pulak korang nak telan. Bhahahah! Korang rasa lah dulu..dah cukup masin atau tidak. Selalunya, mee memang dah masin. Pandai-pandai korang eh.

Inilah kejadian Mee Hailam Nanyfadhly sejurus selepas masak. Memang masa ni lapar sangat . Tapi sebab panas, kena la tunggu sekejap bagi sejuk.

Alhamdulillah...sedap rasanya bila diletakkan dry shiitake ni. Kenyang makan lauk pauk dalam kuah dia ajer .  Mee saya tak rebus pun dulu. Tapi syaratnya, masa kuah tengah panas-panas tuh siram terus dalam mee tu.

Selamat mencuba uols!

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

8 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.