Aktiviti Untuk Kanak-Kanak Di Perpustakaan Tun Raja Uda

By Monday, December 18, 2017 , ,

Assalammualaikum

Hai semua!

Khamis lepas, pertama kali saya bawa anak-anak ke sini. Sebab ramai cakap best! jadi jomler kita gi rasa sendiri camane BEST nya.

Actually, dari rumah kami di Puchong ni cuma ambil masa 30 minit sahaja. Tapi, sebab pertama kali pergi lepas tuh rasa macam..banyaknya roundabout kena lalu. Sampai lost count..al-maklumlah, saya tengok google map ajer sepanjang drive. Haha!

 Tengok ni! pelbagai aktiviti samada indoor ataupun outdoor. Cuma semua aktiviti tu berbayar lah. Contohnya harituh, anak-anak saya masuk kelas buat bread pudding. Seorang kena bayar RM10.

 Aktiviti ni kena pairing. Maka kakak pun bercouple dengan Adik Subashi ni. Heheh..



Bila dah siap boleh la makan. Rasanya? tak best sangat sebab macam tak masak sangat telur dia kat belah bawah tu ha. Yerla, mungkin sekejap sangat kot masaknya. Lepas tuh, ada bau telur lagi. Sudahnya, makan pun bahagian atas ajer.

Lepas masak-masak, kitaorg gi cafe dulu makan sementara nak tunggu waktu zuhur. Sedap juga makanan di cafe nya. Kami makan nasi ayam. Portion yang agak banyak. Hannah pun tak habis makan. Next time order 2 pinggan ajer instead of 3.

Kat library ni semua kemudahan ada termasuk surau, tandas dan kafe. So, jangan risau lah sebab korang berkampung kat sini satu hari. Hehehe...

Aktiviti lain pula adalah memanah. RM10 untuk 17 arrows kot tak silap. Umair rindu agaknya nak memanah. Cuti sekolah, kelas memanah pun cuti juga. 



Habis semua aktiviti ni , kami pergi redeem stamps kat kaunter. Setiap aktiviti ada stamp yang kena kumpul. Lepas tuh bila dah cukup boleh lah tengok movie 3D ke...layan VR ke. Kami ambil keputusan untuk buat life sketch. Budak-budak masuk sini tak mo keluar dah. Mama nya dah sejuk beku kebosanan menunggu. HAHAH

Bilik life sketch ini terletak di dalam kawasan bacaan orang dewasa. Jadi, kanak-kanak perlu ada penjaga kalau nak masuk sini.

Untuk life sketch ni ada dua tema. Satu ocean dan satu lagi forest. Tema tuh automatik akan bertukar after 2 hours macam tuh. Kalau nak main kena bayar RM10.60 seorang selama 15minit. Jadi, memang berbaloi lah bila kami dapat redeem ni ha! Anak-anak cakap, kalau datang sini next time..nak main bendalah ni lagi. Dalam bilik tuh ada VR juga. Tapi kami tak sempat main pun.

Habis main life sketch ni, kami pi singgah cafe sat pekena teh tarik kurang manis ( still lagi daku rasa manis) lepas tuh kopok lekor. Next time, takmo beli dah . Rasenya biasa-biasa sajer.  Lepas tuh pulang ke pangkal jalan sebelum jalan menjadi jam. 

Sekian laporan kali pertama kami ke PPAS. Seronok dan memang ada plan nak pergi lagi next time!

Thanks so much for reading!

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.