Melihat Kelip-Kelip di Kampung Kuantan - Kuala Selangor

By Monday, December 11, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Cakap pasal kelip-kelip ni membuatkan saya teringat waktu saya masih kecil dulu. Kadang-kadang ade sekor datang masuk dalam kelambu dok hinggap kat kain kelambu kitaorg. Bila lampu dimatikan, cantik cahaya dari badan kelip-kelip tuh. Takderla gelap sangat kitaorg sebab bertemankan si kelip-kelip.

Sebenarnya tujuan dan motif utama saya ke sini adalah untuk memperkenalkan kelip-kelip ini pada anak-anak. Yerla, derang kan lahir dan membesar kat bandar. Tengok kelip-kelip pun kat buku dan  internet.

Saya excited sebab nak naik sampan tuh ha! kah kah kah! tak boleh kalah dengan budak kecik. Oleh kerana suami tak balik time ni, jadi saya hanya berani bawa Hannah, Umair dan Mu'az ( anak saudara) . Since semua dah besar, jadi senanglah nak handle.

Sumber gambar kelip-kelip  dari google.
 Lokasinya terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Korang boleh google map or Waze ajer. If dari Puchong takderlah jauh sangat. Around 1 hour 15 minit macam tuh.

Masa beroperasi adalah dari pukul 7:45 hingga 10:00 malam. Parking korang jangan risau sebab memang banyak disediakan.

Untuk pertama kali ..saya agak nervous jugalah sebab takut gelap yang bebetul hitam legam tuh sampai tak nampak muka. HAHAH! Tapi terlupa pula sebab masa tuh, kalendar islam 14 RabiulAwal. Tengah bulan kan bulan mengambang penuh. Jadi, Alhamdulillah..memang cantik cerah langit malam tuh.

Masa sampai ni around 7:45pm. Dah ramai orang beratur nak naik sampan. Tak sangka pulak, walhal kami pergi weekdays.
Join barisan nak beli tiket.
Satu sampan boleh naik 4 orang sahaja dan harganya RM53.00. Tapi, masa kami beratur nak naik bot lepas tuh, lepas ajer satu family yang ada 6 orang naik satu sampan. Ade dewasa dan kanak-kanak.
Lepas tuh beratur beli tiket kami sambung beratur nak tunggu turn pakai life vest pulak. Dari segi pemerhatian saya, ramai juga pelancong dari luar negara. Termasuk lah orang Jepun.


Yeahhh~~~ we are ready to go!

Sepanjang atas sungai tuh kami dapat melihat kelip-kelip yang hanya ada pada sejenis pokok yang bernama "beremebang". Pokok ini penting kepada kelip-kelip sebagai habitat dan juga sumber makanan kepada kelip-kelip ini. Imgaine lah, kalau kita tebang habis pokok berembang ni. Maka tiadalah lagi kelip-kelip. Kesian kan kat anak cucu cicit kita nanti. Tak dapat nak tengok kelip-kelip lagi dah.

Pada saya, penting sangat untuk menjaga alam sekitar. Harap tiada pihak-pihak yang sanggup potong pokok-pokok di kawasan paya bakau ni. Sebab nanti, ekosistem alam kita pun akan terjejas sekali.

Nak amik  gambar memang tak mampu. Amik vidoe pun macam susah nak nampak kelip-kelip tuh, yang kedengaran adalah suara budak-budak ni. HAHAHA!

Pakcik yang dayungkan sampan kitaorg tuh akan bawa kita rapat pada dahan pokok berembang ni. So that. kita dapat lihat dengan lebih jelas lagi rupa kelip-kelip ini.

Anak-anak pastinya seronok! tak habis-habis derang cakap wooowww!!!


 Oh yer! sebelum terlupa, korang yang nak pergi sini jangan lupa bawa mosquito repellent. Sebab lepas tuh tengok tangan Umair ade bintat kena gigit nyamuk. Takpun, pakaikan baju lengan panjang pun ok juga. Lesson learn nama nye. Hehehe..

Ok, that's All for now!

Thanks for reading!


You Might Also Like

8 comments

  1. sonoknye dapat nengok kelip2, kite dulu pergi tapi bila nengok sampan jadi takut lak nak naik hihihi

    ReplyDelete
  2. teringin nya nak g tengok kelip-kelip. Tapi takut naik bot or sampan malam-malam.

    ReplyDelete
  3. seronoklah bdk2... zmn skrg ssh nk jumpa kelip2 mcm dulu2... dulu2 kt kg mcm ada musim tu kuarlah kelip2 tu banuak2... skrg ni dh ssh nk jumpa

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaa. heh. bagus niat akak nak perkenalkan pada depa. banyak ilmu pengetahuan anak boleh dapat + terhbur :)

    ReplyDelete
  5. Memang tak nampak sgt kak kalau amik video atau gambar. Masa ana ke sini dulu pun tak nampak kelip2 nya kak. Tp seronok bila dpt tgk dengan mata sendiri. Cantik dan menenangkan. Tp org kata sungai tu ada buaya. Tak tahu lah betul ke tipu.

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa.. ada pngalaman tngok kelip2 . busyra teringin jgkk. tp belum kesampaian.. hehe. msti cntik kan..

    ReplyDelete
  7. ni kalau bawak alya mahu dia kejung je tak mo naik sampan,,alya penakot bab2 ni

    ReplyDelete
  8. Kalau bawak mak yg sakit kaki... Xsesuai la ek... Mmg kena naik bot ye. . 😕

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.