Braces Story Updated! Part 4

By Wednesday, November 07, 2018

Assalammualaikum

Hari ini dah sebulan lebih sket pasang braces atas dan bawah. Sepatutnya hari ini juga skru akan dipasangkan di bahagian gusi atas kiri dan kanan. Tetapi memandangkan selepas doktor bagitahu yang dawai bahagian atas tu belum turun ke level yang sepatutnya, jadi doktor taknak letak lagi skru tuh.


Jadi , doktor tadi cuma bersihkan gigi dengan teknik scaling. Saya pun memang nak minta doktor bersihkan tadi sebab dah teruk sangat plak kat belakang gigi tuh. Sejak pakai braces ni memang susah sket nak bersihkan gigi. Especially masa mula-mula pakai arituh sebab ada rasa sengal dan dawai tuh menjadi halangan untuk celahan gigi itu dibersihkan.


Selain scaling, tadi doktor tukar getah pada setiap bracket yang saya pakai tu. Proses nya tak sakit tapi tak menyenangkan perasaan. HAHAHAH~ Okeylah, sakit sikit-sikit and sekejap ajer.


Berita baik, doktor cakap yang gigi taring saya yang berlapis tuh dah turun sikit ke bawah. Yeayy!!!!

 Gigi taring sebelah atas kiri tuh asalnya kat atas dan dia macam terkeluar sket.
Selepas sebulan, gigi taring tersebut menampakkan perubahan yang positif. Seperti mahu ke pangkal jalan gayanya tuh. InshaALLAH..cerah masa depan nih!

Untuk bayaran pula, tadi kena bayar another RM100. InshaALLAH..next appointment pula nanti doktor akan check kalau skru dah boleh dipasang ataupun belum.

That's All and Thank You for Reading

You Might Also Like

1 comments

  1. bc sharing sis ni rs macam makin kuat semangat nk p pakai braces :D

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.