Kota Kinabalu Tour Packages By Traveloka

By Friday, November 09, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Saya ada berita baik untuk semua kawan-kawan yang suka melancong ke dalam ataupun luar negara. Memandangkan cuti sekolah pun sudah hampir tiba, apa kata kita bawa anak-anak dan keluarga bercuti berjalan bersama-sama.

Saya juga suka melancong berjalan-jalan tidak kira ke luar atau di dalam negara. Bercuti bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan setelah masing-masing menjalankan tugas yang digalas.
Malah, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Kalau korang semua nak tahu, mulai sekarang pihak Traveloka telah memperkenalkan ciri-ciri terbaru mereka yang dikenali sebagai pakej kombo flight + hotel. 

Kedengaran sungguh menarik bukan?

Untuk pengetahuan semua, pakej kombo penerbangan + hotel ini adalah antara cara bagi pihak Traveloka mahu menggalakkan kita semua pergi melancong.

Pada saya ciri-ciri terbaru ini memang dapat memudahkan urusan kita semua untuk menempah tiket penerbangan dan tempat tinggal / hotel dengan pantas.

Apa tidaknya, melalui ciri terbaru di Traveloka ini kita semua dapat melakukan tempahan dengan sekaligus.Tak perlu nak pening-pening kepala lepas cari hotel nak kena cari flight pulak.

Bertambah-tambah menarik apabila pihak Traveloka memberikan beberapa jenis tawaran termasuk potongan harga sebanyak 11.5% , kupon sebanyak RM70, harga pergi balik dari RM224 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Langkawi serta banyak lagi! Promosi-promosi tersebut ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Sesiapa yang berminat dengan ciri-ciri terbaru yang ditawarkan oleh pihak Traveloka bolehlah korang klik di sini : https://www.traveloka.com/en-my/packages untuk mengetahui pakej kombo flight + hotel yang diidamkan.

Sebenarnyakan ada beberapa sebab kenapa korang semua perlu membuat tempahan pakej penerbangan + hotel hanya melalui Traveloka. Kalau nak tahu, jom semak tiga perkara di bawah yang korang kena pilih pakej penerbangan + hotel.

Berikut adalah antara sebab-sebabnya :

1)     Lebih Berbaloi Bersama
Bercuti bagai juara dengan kadar yang lebih rendah apabila anda menempah penerbangan dan hotel bersama.

Percaya ataupun tidak, jika tempahan penerbangan dan hotel dilakukan bersama korang semua akan mendapat harga yang berbaloi-baloi. Lebih murah dan lebih jimat. Barulah namanya percutian bajet!


2)     Tempahan Fleksibel
Gabung penerbangan dan hotel pilihan anda dan nikmati kebebasan untuk merancang perjalanan yang diimpikan. Ada banyak tempat percutian , hotel dan penerbangan yang korang boleh pilih.

Katakan lah, bilik atau penerbangan yang korang nak tu tak available kan, so nanti system dalam Traveloka itu akan bagi pilihan-pilihan yang lain.

Jadi, tak perlu  nak kecewa dan sedih yer. Sebabnya, Traveloka menjanjikan tempahan yang fleksibel buat kita semua.


3)     Pilihan Bayaran Untuk Semua

Di Traveloka terdapat pelbagai kaedah pembayaran disediakan sama ada tunai atau kad untuk kemudahan anda. Hanya perlu memilih sahaja.

Jika ingin berbelanja melalui kredit juga tiada masalah. Jom kita jadikan percutian impian anda satu kenyataan dengan pelan ansuran 0% terkini di Traveloka.

Kalau korang tak ada idea nak pergi mana, apa kata cuba tengok pakej penerbangan dan hotel ke Kota Kinabalu, Sabah. Dengan check out Kota Kinabalu Tour Packages ini di Traveloka.

Sebenarnya, ada beberapa tempat menarik yang korang boleh kunjungi jika pergi melancong di Kota Kinabalu Sabah.

Pihak Traveloka juga menyediakan beberapa idea sebagai panduan untuk korang semua sekirannya berkunjung ke Kota Kinabalu.

Kalau tak pasti bagaimana cara untuk membuat tempahan bersama penerbangan dan hotel. Boleh lah korang semua rujuk cara-cara di bawah : Tak susah mana pun, yang penting ikut jer langkah demi langkah yang telah ditetapkan.


1) Cari Penerbangan + Hotel
 
Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan.

2) Pilih Kombinasi

Di halaman hasil carian, pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang diingini.

3) Ubah kombinasi

Jika anda ingin mengubah kombinasi, tekan UBAH pada Penerbangan Anda semasa menggunakan Traveloka App. Untuk laman web Traveloka, klik Ubah Bilik atau Ubah Penerbangan


4) Tempah Penerbangan + Hotel


Semak ringkasan perjalanan dan klik Pilih untuk meneruskan. Isi butiran penempah dan pelancong, dan pastikan semua butiran adalah tepat.


5) Teruskan dengan pembayaran


Pilih kaedah pembayaran yang inginkan. Setelah bayaran diterima, e-tiket dan baucar akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.



Mudah saja kan? 


Oh yer! 


Buat masa ini, ciri-ciri terbaru untuk menempah tiket penerbangan + hotel hanya boleh didapati di :

1) Laman sesawang Traveloka
2) Aplikasi Android


Manakala, untuk aplikasi IOS akan dibuat dalam jangka masa yang terdekat ini.

Jadi, korang tunggu apa lagi?

Jangan tunggu lama-lama lagi tau. Boleh la berbincang dengan suami / isteri / anak-anak/ rakan-rakan nak ke mana cuti akhir tahun ini. 

Lepas habis berbincang cepat pergi check di Traveloka website. 

Bukan apa, nanti kalau terlambat takut menyesal pula. Selamat bercuti dengan Traveloka !


 








You Might Also Like

4 comments

  1. Boleh tahan ya kak.... murah jgk, cuma kita plan betul2 utk urusan nya tu...

    ReplyDelete
  2. Wah.. menarik.. suka guna apps traveloka..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi guna khidmat Traveloka ni sebab jarang pulak bercuti jauh jauh Nanny

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.