Trip Cuti Sekolah ke Melaka Dengan Anak-Anak
Assalammualikum w.b.t
Bulan Disember yang lepas
semasa cuti sekolah. Kami pergi jalan-jalan bercuti ke Melaka. Antara
tempat-tempat yang kami lawati adalah :
1) Taman Rama-Rama & Reptilia Ayer Keroh
2) River Cruise Malacca
3) Muzium Kapal Selam
4) Muzium Sejarah Dan Enografi
5) Sekitar Jonker Street
6) Menara Taming Sari
Tempat yang paling banyak memberi impact pada saya dan anak-anak adalah di Taman Rama-Rama & Reptilia.
Alasannya,
kali terakhir kami menjejak kan kaki ke sini adalah pada lima tahun
yang lepas. Masing-masing muka masih comel ibarat muka bayi yang suci
bersih putih. HAHAH!
Tak caya cer korang tengok nih
Nanti agak-agaknya kalau lagi 5 tahun ke sini sure dah tak leh nak dukung si Uwais tuh. Taktau la kalau papa nya masih seperti badang. HAHAH~
Sebenarnya trip kali ini berlainan sikit sebab saya sempat siapkan 'latihan' untuk Hannah, Umair dan Uwais buat.
Ganjarannya, semua orang dapat hadiah kurang dari RM10 yang boleh dibeli di sana. Jadilah, nak bagi anak-anak ni belajar sesuatu dengan lebih mendalam.
Muka depan buku aktiviti mereka. |
Seronok sangat masa di Taman Rama-Rama tuh sebab banyak rama-rama dan jinak semuanya.
Acah-acah bagi makanan jer nih. Kesian ikan-ikan itu kerana tertipu.
Percubaan posing senget kiri-kanan.
Berbincang nak jawab soalan. Hehehe~
Hasilnya masing-masing dapat habuan :
Umair dan Uwais - Set mainan pistol polis RM8.80. Kami beli di kawasan medan selera berhampiran balai polis di Bandar Hilir.
Hannah - Luggage tag berharga kurang dari RM10 untuk 2 pieces. Coraknya kartun tottoro and satu lagi dah lupa. Beli di kawasan Jonker Street .
Okeylah tuh sebab anak-anak semua happy jer nampak. Next time cuti sekolah kita pergi tempat lain pula ok?
3 comments
Alamak kalau Nanny dah 5 tahun tak pergi hakak lagilah kotnya dah belas tahun kot....
ReplyDeleteSekarang anak anak mmg tak berminat dah pergi tempat tempat gini Nanny.... Tak pergi mana mana pun ok je kot janji dapat layan Hp ...emmmm
Posing senget tu kalau ajak rerama posing sekali mesti lagi hot hihi
Bestnyaa kak Nany jalan jalan Melaka. Nani suka jugak pergi Melaka ni sebab banyak tempat best & suka buat food hunting. Heheh :)
ReplyDeleteSuka betul tengok cara akak mendidik anak. hehe. banyak bagi education dekat dorang. sambil jalan2 sambil buat aktiviti bermanfaat. syabas akak. hihi
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.