Back to school 2019
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua! Hello!
My first entry for 2019 will be sharing about our children's story went to their school. Untuk Hannah dan Umair takde masalah sangat sebab both of them dah biasa dengan sekolah masing-masing.
Unlike si bongsu tuh. Ini kali pertama dia berada di sekolah baru bersama rakan-rakan dan guru-guru yang dia belum pernah jumpa. Walaupun dia selalu juga follow mama dia pergi meeting, hias kelas dan ambil abang di sekolah nya, tapi pasti tak sama situasinya.
Kali ini Uwais perlu berada di kawasan sekolah dari pagi sampai ke petang. Walaupun abang nya juga berada di sekolah yang sama. Tapi tahun ni, disebab kan pertambahan murid yang semakin ramai.
Maka, abangnya si Umair berada di blok yang berlainan. Memang tak jumpa ke sudah lah dalam satu hari tuh. Makan dan solat juga tidak sama.
Haraplah Uwais pandai jaga diri dan mencari kawan.
Menurut pihak sekolah lagi, ianya hanya bersifat sementara. Selepas anak-anak ini ada kemajuan, InshaAllah mereka akan dimasukkan ke dalam kelas yang lain pula.
Untuk tahun 2 sehingga tahun 6. Tiada pertukaran kelas bagi pelajar-pelajar tersebut.
Kalau dahulu, perhimpunan dibuat di dalam dewan. Tahun ini perlu dilakukan di luar kerana dewan sudah tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Kalau tak silap saya, total pelajar untuk tahun 1 adalah seramai 160++ dan ada 7 buah kelas semuanya. Satu kelas dalam lebih kurang 23 orang pelajar.
Umair juga sudah bersedia untuk masuk ke kelas baru yang terletak di bangunan baru.Saiz kelas di blok baru memang agak luas berbanding saiz kelas di bangunan lama. |
Pagi ini memang muka Uwais ceria dan happy jer. |
Memula tuh, risau gakla sebab takut jer air tertumpah, kawan terlanggar ke. Kang habis terlangkup pinggan nasi atas lantai. Haaa! inilah mak-mak. Fikir macam-macam. Masa Uwais bawa pinggan and gelas tuh memang berhati-hati sungguh dia berjalan. Dalam hati dok doa, please la jangan tumpah. Mak memang jadi pemerhati bebas jer dari luar yer. Hehehe~
Tengok dia makan memang berselera sangat tuh. Sedap agaknya! takpun mungkin sebab dia lapar. Walaupun dah diberikan bekal sebenarnya. Tapi sampai ke hari ini, dia akan makan bekal dia dalam kereta lepas amik dia dari sekolah.Haihh la anak! Janji cukup makan and tak complaint lapo kat sekolah sudah.
Masa dia nampak saya ini memang dia senyum ajer la, sambil saya pun buat tanda 'good' guna ibu jari tuh dari jauh. Nak buat gaya 'love' sarangheya tuh macam tak sesuai pulak dengan situasi nya yang berjaya beratur, ambil makanan dan duduk bersila makan.
Lepas tengok dia makan, saya pun pulanglah ke pangkal jalan. Sebab nak kena amik kakak pula dari SK. Si Umair, tak tau la apa cerita since dia dah dekat blok baru. Mama pula malas nak menconan sampai ke sana. InshaALLAH..abang ok tuh sebab dia dah ada kawan dan dah kenal guru.
Okey..
Iklan jap pasal update Hannah ke KAFA. Kiranya masuk jadual menyupir saya juga nanti ni.
Rupa-rupanya, tengahari tu Uwais menangis teringatkan mama. Aduihhh anak! mungkin dia ingatkan mama dah tinggalkan dia kot. Saya dapat video ini adalah dari seorang sahabat yang anaknya juga bersekolah di sana. Kawan-kawan lain dok bergurau bermain bersama. Dia sorang mengalir dan mengesat air mata. Menahan kesyahduan.
Lap ayaq mata |
Merenung masa depan |
Mana la mama ni..kenapa tak amik uwais lagi ni~~~ |
Thanks Mimie for the video. Lagi 20 tahun aku suruh dia baca entry ini and tengok balik how was his first day at school. Muhahahahha!
Petang tuh, bila saya tanya kenapa Uwais menangis.
Dia jawab
"Uwais nak mama"
Sorry lah nak..mama pi gelak kan ajer. Nasib tak cakap.."nak kawen dengan mama" HAHAH~
Hari ke-2masa ni dalam kelas. Sengaja mengintai jap. Memang nampak happy betul dia sambil cakap..mama! |
Bekal mama bagi pagi tuh. Tak jamah apa pun. So, dia habiskan semua sekali masa nak tunggu abang balik. Buah anggur, kek pisang dan egg sandwiches. |
Semalam punya aktiviti. |
Semalam , Uwais dah tak menangis dah. Insaf dah kot! HAHAH! nanti kita tunggu apa cerita pulak hari ni yer.
Semoga Muallim/Muallimah di Sriipuj terus bersemangat untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa.
That's All and Thank you for reading!
7 comments
selamat kembali ke sekolah..wah ada bekal bento tu
ReplyDeleteNak kawen dengan mama. Haha. Boleh geng dengan Syafi. Hari ke-2 dia bantai menangis sampai satu taman dgr. Haha.
ReplyDeletehehehe macam2 ragam tapi semua ni kenangan. belajar rajin2 ya semua =)
ReplyDeleteAnak anak masuk sekolah mak mak mmg teruja hokey.... Itu normal....Alahai sweetnya mama, manalah si bongsu tu tak rindu ngan mama.
ReplyDeleteDahlah mama rajin buatkan bento. Kira mudah berkawan jugak si Uwais ni ye Nanny
salam sis, boleh share x private KAFA class utk Hannah kat mana? Area Bandar kinrara jugak ker?tq
ReplyDeleteSekolah Rendah Islam Al-Khalifah Taman Damai Utama, Bandar Kinrara.
Deleteassalam Puan, nak tanya, for SRIIPUJ review, for kids, boleh review ikhlas hehehehe. sebab saya plan nak hantar 2022 standard 1 anak saya.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.