Bento Masuk Akhbar Harian Metro
Assalammualaikum semua.
Akhirnya cerita tentang bento saya sudah masuk akhbar berita harian metro minggu lepas. Baru pagi tadi saya sempat bertanya kepada Puan Siti , editor yang datang ke rumah saya tempoh hari.
Sebenarnya, niat utama saya berkongsi adalah untuk memberi galakan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyediakan makanan sihat kepada anak-anak.
Walaupun ada masa saya juga terasa kemalasannya. Tapi tetap juga gigih bangun awal pagi untuk menyiapkan hidangan bento. Nanti bila anak-anak dah besar, mesti kurindui detik-detik membento ni.
Artikelnya boleh lah dibaca di sini :
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/423087/sajian-sihat-anak-ke-sekolah
Dan ini juga :
https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/423084/hiasan-bento-jadi-tarikan
Muka mak masa ni memang fresh dari dapur. Derang tak cakap dari awal yang nak amik gambar empunya diri. Ingatkan nak ambil gambar bekal ajer. Haishh..dah la tak pandai nak make up bagai ni. |
Ada dua hasil bento sebenarnya. Ini roti sandwich tuna. Cara-cara nya juga ada dikongsikan di artikel yang saya bagi tu. |
Lagi satu, sebabnya dah lama jari-jemari ni tak menggubah makanan supaya nampak menarik. Semua pun nak cepat kan. Jadilah apa yang mampu....
Terima kasih Harian Metro kerana memberi saya peluang untuk berkongsi hasil karya bento saya di akhbar.
4 comments
wahhh..tahniah kak nanny. apapun kak nanny memang kreatif!
ReplyDeletewah...hebat bento die...tahniah
ReplyDeletewahhh, tahniah
ReplyDeletetahniah!
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.