Lamb Masak Apa Sedap? Lamb Masak Hitam jawapannya.
Assalammualaikum w.b.t
Kegigihan di pagi Jumaat ke Pasar Borong di Seri Kembangan selepas selesai menjalankan tugas sebagai penyupir anak-anak ke sekolah.
Lama nya la saya tak sampai ke sini. Seronok juga 'me time' melihat pelbagai hidupan laut dan darat. Sayur sayuran yang segar bugar. Aktiviti macam ni pun boleh jadi terapi untuk mak-mak. Kui..kui..kui ( gelak tiru macam dalam majalah komik Ujang )
Tujuan utama adalah untuk mencari lamb / mutton. Tujuan sampingan adalah untuk mencari cili kering yang permukaannya lebar dan licin.
Tapi macam biasa, selepas tujuan utama dan sampingan tercapai. Ada lagi sebenarnya yang saya beli walaupun tiada tertulis di dalam agenda asal. Ahaks!
Tiada sebarang gambar yang diambil kerana tanganku penuh kiri dan kanan menjinjing plastik. Agak menyesal bila tengok orang lain shopping guna trolli. Zaman penggunaan trolli ku sudah berakhir semasa di zaman ketika menetap di Jepun dahulu. Sekarang zaman pakai recycle bag.
Kemungkinan kah zaman trolli ku akan berulang kembali? haa...yang tu kita nantikan. Cumanya, memang helpful kalau bawa trolli ke pasar borong ni. Boleh beli pelbagai bahan mentah dan boleh lah buat stok seminggu kan. Kalau malas nak ke pasar borong. Pergi ajerlah GIANT atau kedai runcit yang berdekatan.
Baiklah, mari kita kembali ke topik asal kenapa entri ini ditulis. Saya nak kongsikan satu resepi yang sangat sedap malah juga mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya tidak perlu dicari di supermarket high end. Kecuali bahan utamanya iaitu : LAMB.
Lamb yang baru siap dimasak memang sangat masyuk apabila dapat dimakan bersama dengan nasi putih kosong begitu sahaja. |
Memang perfect sukatan dia. Kalau korang nak buat half or lebih tidak menjadi sebarang masalah. Cumanya masalah akan timbul kalau korang tak follow sukatan dia. Ok, jom kita semak bahan-bahan dan teknik memasak Lamb masak hitam.
Bahan-Bahan :
1kg lamb siap potong. Ni korang minta penjual lamb kat kedai tu tolong potongkan. Unless korang ada senjata yang power dan sumber tenaga yang luar biasa untuk potong daging lamb ni.
3 biji bawang besar Holland
1 labu bawang putih
10 batang serai
4-5 inci halia / lebih kurang sejengkal. Korang kalau skema sangat boleh ambil pembaris sukat. And jangan lupa ajar anak sekali nak tukar unit inci ke cm. Two in one gitu! 😂
1 biji bawang besar untuk hiasan - Saya tak letak
10 biji cili kering - saya gunting, buang biji mana yang mampu. Then, dimasak untuk mengelakkan kesakitan / keradangan usus perut. Lepas tuh blend. Ikut resepi guna 3 sudu besar tapi, saya guna jer semua yang saya blend tuh. Sebab malas nak simpan.
Saya suka cili kering yang ni sebab dia tak pedas dan boleh guna banyak sebab nanti warna sambal pun akan jadi cantik dan menarik. |
1 keping gula nise ( boleh guna gula merah / brown sugar ) sukatan agak-agak sebab tahap kemanisan dan kesedapan masing-masing berbeza antara satu sama lain. Kita manusia yang unik dan istimewa.
Setengah botol kecil kicap Jalen manis.
Garam - juga secukup rasa dan sesuka hati atau perasaan.
Asam jawa - Dalam setengah sudu besar lepas tuh bancuh dengan 1 sudu air.
Cara-cara penyediaan lamb masak hitam :
1) Potong kasar serai, halia, bawang putih, bawang Holland dan blend bersama buah keras.Nak potong bentuk lain pun takde hal. Segitiga, bulat, bujur. Haaa...ikutlah masing-masing punya kreativiti.
2) Cili juga hendaklah dikisar.
3) Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan lamb yang sudah dibersihkan dan ditoskan dahulu airnya. Kacau-kacau sedikit.
4) Masukkan kesemua bahan-bahan yang sudah dikisar dan kemudian, tuangkan kicap Jalen.
5) Biarkan sekejap dan kemudian masukkan gula nise, garam dan air asam jawa. Kacau lagi sehingga rata. Kalau nak cepat masak, boleh transfer dalam pressure cooker ataupun teruskan memasak dengan api yang sederhana dan tutup kuali. Sesekali kena kacau sebab takut hangit.
Masak sehingga daging lembut dan kuah agak kering sedikit.
Tak sabar untuk di 'test' |
Nampak tak warna kuah pun dah berubah menjadi agak gelap kan? ada daging yang sudah tertanggal dari tulang. |
Kesimpulannya, kalau korang tak nak makan lamb gulai/kari/kuzi atau beriyani . Resepi lamb masak hitam ni saya recommend sangat untuk korang semua cuba.
Kuah sambal hitam tuh, kalau dapat gaul dengan nasi putih pun dah cukup dah! Nak buat pun senang.Part leceh tuh kena tunggu lama sket and selalu kena check and kacau-kacau sebab takut hangit. Dan saya rasa, resepi ni boleh jer kalau ganti lamb dengan daging lembu.
Satu lagi jadi sedap mungkin disebabkan penggunaan bawang , halia dan serai yang banyak. Memang rasa dia sangat 'kick' uols. Jadi, korang simpan resepi ni yer. Kot-kot lah nanti daging korban korang dah tak tau nak masak apa.
Sekian laporan masak-memasak harini. Adios Amigos!
1 comments
Nampak sedap..bahan pun senang la..nanti kita nak cuba jugak la...
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.