Bercuti Di New Zealand ( Day-3)

By Tuesday, July 09, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Day - 3 :

1) Hobbiton Movie Set Tour
2) Skyline Rotorua Gondola

Hari ke-3 kami checked out dari hotel di Auckland dan meneruskan perjalanan ke Matamata. Pagi tu juga cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sepanjang perjalanan juga, kami disajikan dengan pemandangan hijau dan kelihatan lembu / biri-biri meragut rumput di kiri-kanan jalan.  Sekejap saya terlelap, sekejap saya terbangun.

Jauh juga rupanya dari Auckland untuk sampai ke Matamata. Kalau tak silap, almost 3 hours juga perjalanan. Keadaan lalulintas memang tak jem. Lancar, Alhamdulillah.

Destinasi pertama di Matamata adalah ke Hobbiton Movie Set Tour. Untuk masuk ke dalam kawasan perkampungan Hobbiton ni, perlulah menaiki bas khas dan perlulah beli dahulu tiket. Lepas tuh, tunggu giliran, bas pukul berapa.

Kami tunggu dalam 30min macam tuh sebab bas yang ada masa kami sampai dah penuh. Kena sabar menunggu giliran.

Posing dulu kat sini
Bas khas untuk masuk ke dalam perkampungan Hobbit
Saya ni tidaklah melayan sangat cerita LOTR. Tapi, memandangkan kawasan perfileman ini sangat cantik. Jadi, saya 100% enjoy masa kat dalam tuh. Sangat menenangkan jiwa dan mata yang memandang. Masa tuh berangan la macam biasa. Kalau lah kampung aku macam ni..kan best! hahaha~

Perjalanan untuk masuk ke dalam Hobbiton movie set ni tak lama pun. Dalam 10 minit macam tu. And tourist guide pun ada dalam bas untuk explained apa yang ada di sebelah kiri and kanan kita.

Bila jer sampai , hujan pulak. Nasib baik, derang dah sediakan payung siap-siap kat situ. Mujurlah, hujan tak lebat mana pun.

Cantik tersusun semua payung. Pilih lah yang mana satu.
Satu group kami tuh takde la ramai mana pun. And most of the time saya tak berapa dengar apa yang dia cakap. Sebab saya sibuk ambil gambar.
Gambar pertama saya di hadapan rumah Hobbit dengan payung
Syukurlah, hujan pun tak lama. Jadi senang sket nak berjalan dan ambil gambar. Kalau tak memang jenuh sebab sebelah tangan nak pegang payung sebelah lagi nak pegang kamera. Leceh juga sebab bila hujan, kena lebih berhati-hati sebab takut kamera kena masuk air hujan.

Hijau dengan pelabagai tanaman
Kayu api tapi dah basah. Heheh..ini real tau, bukan palsu.
Bekas madu
Acah-acah jadi pemotong kayu jap

Siap ada bajuan di ampaian. Ni dah berapa lama tak diangkat jemurannya ni.

Setiap sudut di sini sangat unik dan saya memang suka perati satu-satu. Itu yang tak dengar sangat tu apa yang tourist guide cakap.
Dalam tuh sebenarnya takda apa pun. Kosong ja..tapi luar memang cantik lah derang hias macam-macam.


Rasa terus jadi tinggi bila dekat kawasan rumah Hobbiton ni tau.

Fake cheese



Suka sangat dengan pemandangan belakang ni

Posing dengan daun-daun kering pun jadi


In front of dragon house



Atap rumah ni macam sama di Shirakawa-go di Jepun




Ini semua real tau!

Antara yang mencuri perhatian


Selepas hampir 3 jam, kami pun pulang ke pangkal jalan. Memang puas hati sangat-sangat dapat menikmati keindahan Hobbiton Set ni. Sangat terjaga dan ada pelbagai benda yang korang boleh perati satu-satu kat sini.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaitu check in di Hotel Sudima, Rotorua. Dari Matamata ke Rotorua ambil masa dalam sejam lebih juga. Hotel cantik! location pun superb sebab depan tu jer Tasik Rotorua. Yang tak berapa best, masa mula-mula sampai tu adalah bau semacam kentut. HAHAH~~ tapi rupanya, bau tuh bau sulfur datang dari tasik tuh sendiri. Kawasan ni still aktif dengan aktiviti geothermal.

Lepas checked in, kami semua pergi ke Skyline Rotorua Gondola. Sayang sekali cuaca tidak begitu baik. Hujan dan  cuaca agak gelap. Jadinya, pemandangan tidak lah seperti yg diidamkan. Kami menaiki gondola untuk sampai ke atas.
Pemandangan yang ada ketika dalam perjalanan dari Matamata ke Rotorua
Selfie jap di Sykline counter. Tuh yang si baju hijau is our tourist guide. Dok nak beli tiket.
Ready nak boarding masuk cable car
Cuaca tak berapa cun

Pemandangan dari atas.
Selepas sightseeing di atas, kami terus dinner ( buka puasa ) di restoren di Skyline ni. Chef yang baik hati tunjuk saya mana foods yang halal and tak. Puas hati makan malam tuh. Kenyang, Alhamdulillah..

Yerla kan, sebab makan buffet macam ni. Memang banyak lah pilihan kan. Tapi memandangkan berpuasa, jadi banyak manalah yang dapat masuk perut ni.


Ais krim pun ada pelbagai perisa


Seafood soup yang sangat sedap. I tambah 2 kali makan dengan roti


Habis dinner, kami pun pulang ke hotel. Tapi sebelum tuh menyinggah di Burger Fuel untuk tapau sahur dan PaknSave untuk beli lagi sourvenir makanan nak dibawa balik ke Malaysia.

SUDIMA Hotel
Dalam bilik yang sangat luas. Kalau bawak budak2 tuh pun muat jer nih
Depan hotel. Tasik Rotorua
Geram tengok. Rasa nak terjun dlm tuh. HAHA
Gigih guna timer sebab takder photographer
Hotel Sudima ni memang 4 star hotel. Saya puas hati sangat. Dengan lokasi dia yang jalan kaki jer dah smpi PaknSave. Lepas tuh, bersih, bilik luas. Superb sangat!

Done day 3 at North Island di New Zealand.

You Might Also Like

2 comments

  1. cantiknya kampung hobbit tu, rumah2 ngn persekitaran mmg cantik betul, ngn segala bunga2 tuh kan... seronok betul tgk jln2 akak ni

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kak nany bercuti ke NZ. Nak pergi jugak tempat ni. doakan moga2 ada kesempatan n rezeki tahun ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.