Cara Keluarakan Emas Perhiasan 999 Melalui Akaun GAP Public Gold
By NanyFadhly Thursday, November 27, 2025 Emas, Emas 999, Public Gold, Simpan EmasMenyimpan emas bukan lagi sesuatu yang eksklusif atau hanya untuk mereka yang kaya. Dengan Public Gold dan Akaun GAP (Gold Accumulation Program), sesiapa sahaja boleh mula menyimpan emas dengan bajet serendah RM100.
Apa yang lebih menarik, kini anda juga boleh menukarkan simpanan GAP anda kepada emas perhiasan 999. Ianya adalah satu pilihan yang dulu hanya terhad kepada dinar atau jongkong sahaja.
Dalam perkongsian kali ini, anda akan pelajari apa itu Akaun GAP, kenapa emas 999 penting, dan bagaimana untuk menukar simpanan anda kepada emas fizikal perhiasan dengan mudah.
![]() |
| Cincin emas 999 yang diberikan nama Gelombang Jiwa |
Apa Itu Akaun GAP dan Kenapa Ia Penting?
Akaun GAP ialah program simpanan emas yang disediakan oleh Public Gold. Melalui akaun ini, anda boleh membeli emas dalam bentuk gram secara digital, contohnya, dengan RM200, anda akan mendapat berat emas mengikut harga semasa.
Apabila jumlah gram emas yang anda kumpulkan sudah cukup, anda boleh menukarnya kepada bentuk fizikal. Dahulu, anda hanya boleh keluarkan dalam bentuk emas simpanan seperti jongkong dan dinar. Sekarang, Public Gold telah membuka peluang baharu iaitu emas perhiasan 999.
Ini sangat penting kerana ramai orang lebih suka emas yang boleh dipakai dan pada masa sama menjadi aset simpanan. Emas 999 bukan sahaja cantik, malah mempunyai ketulenan paling tinggi, menjadikannya lebih bernilai berbanding emas 916.
Cara Keluarkan Emas Perhiasan Dari Akaun GAP
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Log Masuk ke Aplikasi PG
Buka aplikasi Public Gold dan log masuk ke akaun anda seperti biasa.
2. Pilih Menu "Withdraw"
Klik pada menu "Withdraw" untuk mula proses pengeluaran emas.
3. Pilih Jenis Emas Yang Diinginkan
Anda akan nampak beberapa pilihan:
PG Jewel (emas perhiasan)
New Arrival
Dinar
Bungamas
Tai Fook
Jika anda mahu emas perhiasan, pilih "PG Jewel". Anda boleh semak semua produk atau cari terus nama produk di ruangan carian ( sekiranya tahu kod item tersebut )
4. Tambah ke Troli dan Checkout
Setelah memilih emas yang anda mahukan, klik "Add to Cart" dan teruskan ke proses checkout.
5. Isi Maklumat Penghantaran
Lengkapkan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon. Pastikan semuanya betul untuk elak masalah penghantaran.
6. Pilih Kaedah Pembayaran "GAP Withdraw"
Di bahagian "Additional Payment Settings", pastikan anda pilih "GAP Withdraw". Ini akan menggunakan gram emas yang telah anda simpan dalam akaun GAP untuk membuat bayaran.
7. Semak Caj Tambahan
Sebelum membuat bayaran akhir, semak caj-caj yang dikenakan:
RM10 untuk pengeposan melalui GDEX
Caj upah pembuatan (jika ada)
Nilai gram emas yang ditolak
Setelah semua disemak dan disahkan, anda boleh buat pembayaran dan tunggu barang sampai ke rumah.
Pengalaman Sendiri: Mudah dan Cepat
Saya sendiri sudah mencuba proses ini. Selepas membuat pengeluaran emas perhiasan dari akaun GAP melalui aplikasi PG, dalam masa dua hari sahaja item tersebut sampai ke rumah saya dengan selamat melalui GDEX. Prosesnya sangat lancar, mesra pengguna dan memuaskan.
![]() |
| Emas 999 seberat 2.57gram. Kos upah : RM158 dan kos penghantaran RM10 |
Kenapa Emas 999 Lebih Baik Dari Emas 916?
Emas 999 mempunyai ketulenan 99.9%, menjadikannya lebih bernilai dari segi pelaburan jangka panjang. Ia juga lebih mudah dijual dan mendapat harga yang lebih tinggi di pasaran kerana kandungan emasnya yang tinggi.
Emas 916 pula mengandungi hanya 91.6% kandungan emas, selebihnya ialah logam lain. Walaupun lebih tahan untuk dipakai setiap hari, nilainya lebih rendah berbanding emas 999.
Untuk Siapa Sesuai Guna Akaun GAP?
Akaun GAP sangat sesuai untuk:
Mereka yang baru nak mula simpan emas
Individu dengan bajet kecil (RM100-RM200 sebulan)
Mereka yang ada impian miliki emas fizikal tetapi tidak mampu beli sekaligus
Dengan hanya RM100 sebulan secara konsisten, anda boleh mengumpul emas sedikit demi sedikit sehingga cukup untuk ditukarkan kepada bentuk fizikal. Ini adalah strategi simpanan yang sangat berkesan jika anda berdisiplin.
Sabar Kunci Kejayaan
Menyimpan dalam akaun GAP adalah perjalanan jangka panjang. Ia menguji kesabaran anda, tetapi ganjarannya sangat manis apabila anda akhirnya menggenggam emas fizikal yang selama ini anda kumpulkan.
Jika anda belum mula, inilah masa yang sesuai. Mulakan dengan sedikit, tetapi konsisten. Lama-lama, anda akan terkejut melihat berapa banyak emas yang anda miliki tanpa perlu mengumpul wang tunai dalam jumlah besar.
Klik link di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang akaun GAP dan saya bantu anda mula menyimpan Emas :
https://publicgold.me/nanyadifah/akaun-gap




