Supermak bercerita

By Thursday, August 18, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hampir dua tahun  saya memegang status sebagai seorang homemaker dan  hampir dua bulan juga saya dan suami hidup berjauhan.

Saya sudah merasai pelbagai situasi termasuk :

1) Bekerjaya tanpa suami di sisi

2) Bekerjaya dengan suami ada di sisi

3) Tidak bekerjaya dengan suami ada sisi

4) Tidak bekerjaya tanpa suami di sisi

Sudah tentu cabaran nya tidak sama. Pada saya, nombor 1 tuh adalah yang paling susah pernah saya harungi. Memang tiada masa untuk kemas rumah, baju-baju semua hantar dobi setiap minggu. Anak-anak lagi la kesian, memang tak terjaga.  Sedih sungguh rasa. Sungguh tak sabar untuk menunggu tarikh terakhir bekerja tauuu!

Nombor 2 dan 3 saya tidak mahu komen sebab tak mencabar sangat. Hehehe..sebab sentiasa ada pembantu di sisi. Boleh mintak tolong pada bila-bila masa sahaja. Saya nak ceritakan dan kongsikan pengalaman untuk situasi nombor 4.

Terus terang saya katakan, ibu bapa dahulu tidak sesusah zaman sekarang untuk menguruskan keluarga dan hal ehwal rumah tangga. Terutama anak-anak. Sekarang, saya rasa semua ibu wajib ambil kelas memandu dan kebolehan memandu itu sangat PENTING. Bayangkan, jika ada anak anda sakit dan perlu dibawa ke klinik on the spot. Ketika itu, suami tiada di sisi dan kita sebagai seorang ibulah yang perlu bertindak sebagai penyelamat dan uniform baju tidur dengan sekelip mata bertukar menjadi uniform 'supermak'.

Dulu saya fikir, kalau duduk rumah tentu ada banyak masa untuk memasak. Lengkap sarapan, tengahari , minum petang dan malam. Hakikatnya..meleset sama sekali. Dalam seminggu tuh, memang akan ada hari-hari tertentu yang saya tak sempat nak masak. Unless, kena prepare bab bahan-bahan masakan tuh seminggu awal. Rancang dengan bijaksana. Tapi, saya kurang rajin di situ.

Bangun pagi seawal 5:30 am. Seusai solat subuh, terus ke dapur siapkan sarapan, kemas-kemas apa yang patut, basuh kain. Kejut anak-anak. In between settelkan apa yang selesai masak di dapur. Basuh segala peralatan yang digunakan. Layan anak-anak makan. Lepas tuh, siap-siap hantar anak-anak ke sekolah. Dalam kereta kena bersedia menjadi professor serba tahu. Macam-macam soalan kena jawab. Contoh nya

Bumper tu ape..
Bonggol
Bonggol tu ape..
Benjol
Benjol tu ape..
Small Hill
Owhh....

Kenapa ekzos kereta pendek? kenapa ekzos motor panjang?


Bila dalam kereta -

Kadang dalam kepala mak ni, dah terbang jauh fikir nak buat ape bila sampai kat rumah nanti. Nak sidai kain, siram pokok bunga, pergi GIANT, sapu luar rumah, lipat kain, update blog, bayar bil sekolah anak-anak and the list keep going on.Anak-anak sentap kalau mak is not answering their questions brilliantly. Jawapan kena puaskan hati mereka sebab kena jaga mood di pagi hari agar tak merengek dan crancky bila ke sekolah.


Bila nak solat -

Dah get ready 5 minit awal. Nak betul-betul on time angkat takbir selepas habis azan berkumandang. Tapiiii....semalam Umair dan Uwais nak buang air besar. SERENTAK. Sorang guna bilik air master bedroom, sorang guna bilik air dalam bilik sebelah. Bukak balik telekung, settlekan anak-anak. Amik wudhu semula. Angkat takbir. Moga ALLAH S.W.T redha. Memang rasa nak marah. Tapi bila fikir balik, tade guna pun. Anak-anak masih kecil. Layan ajer la. Harap derang ingat jasa, kepayahan mak masa membesarkan mereka.

Heret anak-anak -

Walau anak tak berapa sihat kena gagahkan diri heret juga anak masuk dalam kereta sebab nak amik kakak dan abang or hantar ke sekolah. Bawak sekali bila nak service kereta. Kena paham apa pula orang service tu cerita. Major Service katanya- fine. Tapi kenapa ade yang still kena buat or tak? Oh please...tanya la, soklan lain contohnya..mesin jahit Janome yang Hello Kitty vs Mesin Jahit Brother Hello Kitty mana yang best? or..resepi brownies mana yang sedap? Isk! . Dalam keterpaksaan, sebab nak improve skill diri sendri. Heret juga anak-anak ke kelas menjahit. Mulut dah macam burung murai, sambil jahit pesan kat anak-anak don't do this don't do that. Sekali jahit salah. Bukak la balik. Takkan nak nangis. Hahahah! dapat 2 jam balik. Sambung buat keje rumah - suruh anak-anak mandi, jangan bazir air. Keluar masuk dapur ulang alik bagi pesanan penaja.

Sumber dari Google


Anak-anak meragam -

Ini paling mencabar tahap kesabaran mak yang senipis kulit bawang. Tengah pilih ikan, sotong, udang die buat hal. Takkan nak amik haiwan-haiwan laut tuh jadikan mainan derang. Ended up, letak semua haiwan-haiwan tersebut dan  tarik anak masuk dalam kereta. Terus gi kedai makanan Thai. Order Tomyam, telur dadar, kerabu mangga. Bijak betul tindakan mak tadi.

My strong pillars
Kesimpulan -

Untuk yang bekerjaya ataupun tidak, kita semua mak-mak yang hebat. Hati kental jiwa kuat. Paling best, doa IBU tu antara yg mustajab. Jadi, jangan sia-siakan status kita sebagai seorang IBU.

Semua di atas merupakan pengalaman dan kisah benar yang saya harung sendirian dengan anak-anak. Tapi takde la sorang-sorang pun. Sebetulnya,  ALLAH S.W.T is always  watching us. Malaikat kiri kanan kan ade catit segala amal kebaikan dan kejahatan. Moga terus kuat.

Kalau kita rasa susah, percayalah...ada orang lagi susah dari kita. Ada Ibu yang baru kehilangan suami akibat penceraian atau kematian. Ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. Ada orang walau suami atau isteri dekat secara jasad, tapi hati dah jauh ke tempat lain.  Semoga tetap Iman agar syurga milik kita. Abadi.


p/s : Mak nak sangat term WAHM tu betul-betul terrealisasi. Moga impian ku tercapai suatu hari nanti. Project baking dah jalan, jadi blogger dengan ZALORA pun dah tercapai..satu lagi dalam planning. InshaALLAH..nanti bila dah ready semuanya akan dikongsikan di sini.










You Might Also Like

9 comments

  1. Seorang mak kena kuat untuk diri sendiri dan anak-anak :)

    ReplyDelete
  2. heehe..tergelak2 kita baca supermak nany bebel. hehe..hanya yang melalui memahami. baru semalam borak ngn stay at home mom, boleh pulak ada org kata dia kte suri rumah ni goyang kaki kt rumah.adeh! moga kita kuat ya nany. I know mcm mana penatnya duduk rmh dengan kerja tak pernah hbis pstu anak2 meragam. perghhh memang mencabar kan.

    ReplyDelete
  3. Proud of you dear....moga Allah permudahkan segala urusan kita semua

    ReplyDelete
  4. Proud of you dear....moga Allah permudahkan segala urusan kita semua

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah nany.lya doakan apa y diimpikan tu tcapai...
    betul tu zmn skarang..skill memandu tu sgt2 pnting..lya sdri ssh sgt, sbb bgntung dgn husb kesana k mari..sakit camner pom dia gagahkan diri htr lya..kerja htr/ambik..husb y uruskan..sama jgk ank.. sejak sakit..dh hmpir 8thn x memandu.. ni husb mula yakin n nk bg smula lya memandu.. sbb skarang ksihatan makin ok kot.. hehe.. tp..sakit k x sakit.. kna jgk memandu klo time kecemasan kan..

    cam lya..bekerja n surirumah..penat sgt... kdg2 kerja rmh (esp time tender) bawa ke rumah.dgn nk urus rmh tangga n ank..tp mujur suami lya byk membantu.. lgpom dr dulu, husb byk ambil alih sbb sakit n msk wad lama kan..

    skarang bru lya byk take over smula kerja rmh..

    ReplyDelete
  6. Betul betul.....kerja ke tak kerja tugas ibu tetap sama. Tp mmg lagi respeklah kat mama mama yg berkerjaya ni. Dengan anak anak yg masih kecik. Kus semangat..... bukan mudah sebenarnya.

    Apa pun tahniah buat mama mama kat dunia ni. Mereka mmg hebat kan!

    ReplyDelete
  7. Betul betul.....kerja ke tak kerja tugas ibu tetap sama. Tp mmg lagi respeklah kat mama mama yg berkerjaya ni. Dengan anak anak yg masih kecik. Kus semangat..... bukan mudah sebenarnya.

    Apa pun tahniah buat mama mama kat dunia ni. Mereka mmg hebat kan!

    ReplyDelete
  8. Seriously adore with ur entry kak. Rasa motivate sgt. Sbb rasanya baru tbuka mnda. Kdg2 kt x sedar apa yg kt rasa dgn org lain rasa. Sama2 kt usaha dan sabar dgn stiap pjalanan hdup kite .

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.