Resepi Membuat Churros
Assalammualaikum w.b.t
Kali ini saya nak kongsikan resepi dan cara-cara untuk membuat Churros. Pertama kali juga saya membuatnya dah hasilnya tidak mengecewakan. Cuma resepi ini bila dah siap masak kena terus makan. The best time to eat churros is while it still hot.Actually, pernah juga makan yang dah sejuk tapi beli kat luar la.. masa kat Disneyland Jepun. Mak oi..jauhnya. Hahaha...die punya sedap sampai sekarang dok teringat ingat.
Bahan-bahan :
200 gram tepung gandum
250 susu segar dari ladang atau pun peti ais korang (brand apa-apa pun boleh)
100 gram mentega tanpa garam ( nak yang garam pun boleh juga, tapi tak perlu untuk letak garam lagi yer..kang masin sangat tak rasa churros dah)
1/2 tsp garam
4 tbsp gula kastor
3 biji telur - dipukul sedikit
Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara membuat :
1) Ayak tepung gandum dan ketepikan. Satukan susu , mentega , garam dan 1/2 tsp gula. Masak kesemuanya sehingga mendidih.
2) All in one go, masukkan tepung gandum ke dalam periuk yg mengandungi bancuhan susu tadi. Dengan menggunakan senduk kayu sila kacau laju-laju sehingga bancuhan bertukar menjadi seperti dough yang pekat.
3) Matikan api dan alihkan dari dapur. Biarkan ianya menjadi sedikit sejuk. Tips : kalau nak cepat, masukkan dalm mixer dan pukul dengan kelajuan yang perlahan untuk membolehkan udara panas keluar dari adunan dengan cepat - saya buat yang ni.
4) Then, masukkan telur yang telah dipukul tadi. Sedikit demi sedikit. Keep beating the mixture. Make sure, telur tersebut bercampur dengan elok dan sebati sampai la dapat adunan yang nampak smooth,silky dan glossy.
5) Bila dah ade tekstur dan ciri-ciri yang disebutkan di atas, bolehla masukkan ke dalam piping bag. Yang ni..kena ade piping bag yang sesuai. Kalau yg plastik biasa tuh tak jalan sebab bancuhan agak keras. Menggigil nanti tangan nak picit keluar dough tuh. So, bila saya dah kena macam ni..plastik pun tend tuh pecah..koyak. So, saya guna acuan untuk buat kuih semperit dahlia tuh. Kecik jer, sekali tekan dapat dalam dalam 7-8 cm panjang. Kalau nak buat half pun boleh.
6) Panaskan minyak dalam kuali or periuk yang sesuai. Kaedahnya sama macam nak goreng donut or karipap. Deep fry. Bila minyak dah panas, pipe kan terus adunan ke dalam minyak tu. Goreng sampai nampak kekuning kuningan. Then, bila masak boleh la angkat. Susun cantik-cantik comel-comel dalam pinggan. Then, boleh taburkan icing sugar. Dah pun siap! ..boleh la nak terus makan. Nyumsss
Senang jer kan? Apa lagi, nanti minum petang boleh la korang try buat Churros ni. Padankan dengan kopi O yer. Hehehe...
That's all and thank you for reading!
Enjoy your day
:)
9 comments
untung laa anak2 nany dpt mak rajin gini...lieya ni dari tu nak makan churos ni tapi tak dpt2...nak buat sendiri al pemalasi hahaahahhahaahah....dulu mase2 baru keluar meleleh2 tgk org post kat fb tau nany...sanggup tu tgk sambil meleleh airliur dari buat sendiri hahaahhahaah
ReplyDeletenice... cc2 bini2
ReplyDeleteSedapnya churros !
ReplyDeleteTak pernah mkn.tpi ni msti bdk2 suka. Boleh la cuba nanti.takutnya coklat je hbis licin. Haha
ReplyDeleteSEDAPnyaa...
ReplyDeletemmg feberet fasya jugak ni..
tp x pernah buat... beli je..hehe
Ohhh senang je buatnya ye Nany....tp leceh gak tu nak kena masak, pukul telur bagai.
ReplyDeleteAbg mmg seronok makan churos tu nampaknya
Ohhh senang je buatnya ye Nany....tp leceh gak tu nak kena masak, pukul telur bagai.
ReplyDeleteAbg mmg seronok makan churos tu nampaknya
sedapnya churros! tapi nak membuatnye tu kena tunggu mood. haha
ReplyDeletePerghhhh tertengok post ni! SEDAPNYAAAAA!
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.