Fabulous Friday~~
Assalammualaikum w.b.t
Minggu ni sangat lah hectic buat saya dan anak-anak. Ahad lepas ada buat makan-makan sket untuk kawan-kawan lama Tokyo dulu . Jemputan tak ramai pun ..less than 10 people. Tapi penatnya lahai..sebab dah lama tak masak-masak macam ni. Dari main course sampai la ke dessert. Air tangan sendiri. Cooked with love macam tu ha..
Desserts - Brownies, fruit tartlets and kek keju pina colada
Beverage - Air sarsi buatan sendiri.
Keesokan harinya, (Isnin )barang shipping dari Tokyo sampai. Amik ko 34 boxes. Nasib movers tuh boleh unloaded everythings and letak siap-siap kat tempat yang disuruh. Kalau tak jenuh juga nak angkat bawak naik atas - macam meja , kerusi, carpet. Fuhh...Maka bermula la episode mengemas gemlombang kali ke berapa tak ingat dah.
Selasa - Hannah complaint sakit kepala, muntah-muntah. So, dia mc tak pergi sekolah. Pukul 12:00 tghari dah baik pulak. Alahai anak...then, after zuhur..mata Uamir tetiba bengkak berair sebab die dok main tilam, bantal yang baru smpi dari Jepun tuh. Banyak habuk. So, bawak ke klinik..on the way nak pergi tuh nampak OK pulak..tapi bawak jer la jumpa doktor..get ready jer ubat titis siap-siap. Lepas tuh bawak Hannah gi menjahit kat Epal Store, Bandar Puteri, Puchong. Next project dia buat fabric box macam ni :
Rabu - Sambung mengemas barang-barang shipping sambil-sambil belek mesin jahit.
Khamis - Pagi tuh after antar kids ke sekolah, balik rumah..vacuum and mop living hall and kitchen. Rasa nak pengsan!. Then cepat-cepat masak untuk lunch sebab nanti Umair balik takut dia lapar nak makan. Kol 11:30 keluar amik dia. Lepas tu singgah bakery BAGUS sebab esok nya ( which is today ada pot luck makan-makan raya kat tadika Umair ). Balik jer rumah terus bersilat buat red velvet cupcake and tart shell.
Jumaat (Today) - Awal pagi sebelum subuh siapkan fruit tartlet. Letak custard and susun-susun buah kat atas custard tuh. Kali ini, ada buah nangka buat ganti buat burberry. Hehe..sedap jugak.
Kalau ada sesiapa nak order jangan segan-segan yer. Minimum order 50pcs rm80. Self pick up.
Masa makan-makan pot luck tadi memang banyak sangat makanan. Haishh...habis la diet. Sedap betul. Seronok tengok budak-budak buat persembahan. Umair dapat award puasa penuh kat TADIKA.Konsepnya kat tadika jer tak puasa. Hahaha..boleh la kan.
OK dah..tu jer cerita nya.
That's all and thank you for reading.
:)
7 comments
sedapnya semua makanan. yelah kalau organize makan makan ni, memang memenatkan. tapi ada kepuasan gtew
ReplyDeletealahai... cantik sgt deko tu..nk mkn pom syg..klo dekat confirm tmpah jugak tau...
ReplyDeletemmg..walaupon x ramai..tp penatnya.. lya pon kwn dtg beberapa org je.. tp nk prepare..masak..tu penat..lps tu nk berkemas lak.. tp takpe..seronok sgtkan dpt mnjamu org.. lya punya menu sgt simple n mudah.. xmampu nk msk sehebat nany.. byk lauk pauk tu..balik kerjakan..penat sikit..terkejar kt dapur ..klo hari ct ok skit..
walaupun suri rumah, bz nya lah kita kan.. masak2 untuk makan2 memang memenatkan, tpi happy kan bila org makan air tangan kita. :)
ReplyDeleteKalau masak sendiri memang penat sikit tapi berbaloi bila makan sebab puas hati. Kak Nany nanti share lah resepi kek keju. Heheh. Macam nak try buat aje nanti :)
ReplyDeleteermm sedapnya kek tu hu3
ReplyDeleteNampak sedap2 jer menu atas meja tu...
ReplyDeleteperghh hebat nany...dari main course ke dessert buat sendiri...menu byk plak tu bukan sikit2...kalo lieya mmg surender...biase dessert beli ajek hahaahaha...tpi tu la kan tgk org mkn masakan kite dgn berselera rase puas ...hilang penat memasak tuh...
ReplyDeletesgt comel box jahitan tu....minat jahit2 ni untung laaa...
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.