Resepi Kuih Raya Mudah dan Sedap : German Cookies

By Friday, July 01, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tahun ini, saya menggigihkan diri membuat kuih raya sendiri. Berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini, saya hanya membeli sahaja kuih raya dari kawan-kawan. Maklumlah, sibuk bekerjaya ketika itu dijadikan alasan. Hehehe..

Seronok dan puas hati bila berjaya dapat buat sendiri. Anak-anak pun happy sebab sama-sama dapat buat. Biasalah budak-budak, bila dapat buat aktiviti macam ni..memang teruja sangat-sangat. Kisahnya bila saya mencuba resepi baru yang saya dapat dari kawan saya. Kredit to Atirah kawan sekolah lama saya bila beliau sudi berkongsi resepi yang mudah ini dengan kawan-kawan beliau.


Bahan-bahan :

250gram butter
90 gram icing sugar
1 sb telur putih ( penting untuk betuk-betul guna 1 sudu besar sahaja yer..jangan lebih and kurang )
300 gram tepung kentang
150 gram tepung gandum
1 tsp esen vanilla
sugar beads / choc rice

Cara-cara :

Pukul butter dengan icing sugar sehingga kembang.
Masukkan pula telur putih dan esen vanilla.
Ayak tepung gandum dan tepung kentang. Kemudian, uli sehingga adunan menjadi sebati
Jika doh terlalu lembik, anda boleh simpan sekejap di dalam peti ais (15 minit ) kemudian keluarkan dan boleh la dibentukkan sebesar guli dan dengan menggunakan garfu, tekan sedikit sehingga membentuk corak yang dikehendaki.
Taburkan chocolate rice / sugar beads. Kalau taknak pun tak per.
Bakar pada suhu 180 degree C selama 15-20 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
Bila dah siap, biarkan dahulu biskut menjadi sejuk sebelum disimpan kemas di dalam bekas.


Tips untuk mendapatkan bentuk yang sekata adalah dengan menggunakan sudu untuk membuat kek yang bersaiz 1 tsp. Ambil satu sudu dan ratakan kemudian cungkil dan bulat-bulatkan.
Tekstur biskut ini adalah rapuh dan cair di mulut. Jadi untuk memudahkan seisi keluarga termasuk tetamu untuk makan biskut ni, adalah sangat praktikal jika saiznya dibuat kecil-kecil. Sekali ngap jer dah masuk mulut.
Kejadian rupa bentuk permukaan biskut setelah ditekan menggunakan belakang garfu
Boleh taburkan dengan sugar beads / chocolate rice / apa sahaja yang anda suka. Taknak letak apa-apa pun boleh juga. :)
Untuk adunan dan saiz yang konsisten tadi, jumlah biskut yang diperolehi adalah sebanyak 114 ketul. Cukupla untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Buah tangan untuk keluarga mertua atau keluarga sendiri.

Selamat mencuba semua!

That's all and thank you for reading.



You Might Also Like

6 comments

  1. Macam menariklah.. Comel jer biskutnya..

    ReplyDelete
  2. german cookies..first time dgr hehe..UA kan mmg fail la buat bsikut. pnh thn bile ntah buat biskut xjdi trus xnk buat hehe..thn ni ingt nk buat juga la 1 2 jenis ngn ank2. bg dorng seronok hehe

    ReplyDelete
  3. menariknya..dah la cantik..simple..cute..gebusss...
    akn2 dtg blh cuba jgk..thn ni xde buat..smua beli je

    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin

    Love,
    Lya Afrina ;-)

    ReplyDelete
  4. Nmpk mcm mudah.. Tepung kentang tu xpnh dgr.. Klu nk bli kne bli d kedai kek ke ek? Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups...kena dapatkan di kedai bakery sebab murah sket harganya. Kalau pasaraya besar mahal.

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.