Salam Lebaran. Syawal yang dirai 1437H
Tahun lepas beraya di Japan
Tahun ini beraya di Kelantan
Sambut Syawal dan juga Ramadhan
Bersama keluarga dan rakan taulan
Phewwiittt~~~
Assalammualaikum w.b.t semua!
Buat ape tu? kunyah biskut semperit ke~~~
Harapnya masih tidak terlewat untuk berkongsi cerita raya bersama-sama rakan-rakan blogger di sini. Syukur Alhamdulillah sebab tahun ini kami sekeluarga dapat meraikan Ramadhan dan Syawal di tanah air sendiri. Despite of being culture shocked dengan itu and ini...we still had a blast and beautiful moment with our families.
Suasana yang pastinya 100% berlainan jika diimbas kembali sambutan Syawal pada tahun lepas. Beza memang berbeza! Entry agak panjang sebab sum up story selama seminggu di kampung suami di Kelantan.
Aidilfitri di perantauan - 1436h (2015) |
Aidilfitri di Kelantan - 1437H (2016) |
Antaranya adalah kuih akok. Nyumss~~ |
Aye percik~~~ |
Main bukan takat indoor jer, sampai ke outdoor...tawaf rumah masuk keluar semak hutan belantara. Mana tak kehausan. Kitaorg yang tengok pun kering tekak. Hahah!
Budak ni sakan layan main bunga api. Tapi bila bunyi mercun meletup lari masuk rumah sambil tutup telinga.
Pengalaman pertama bermain bunga api "jus jus". Korang panggil ape bunga api gini?..tu panggilan kitaorg adik beradik sebab masa kecik main bunga api ni, die kluar bunyik macam.."JUSHHHHH....JUSHHHHH"...HAHAHAHA!
Adik beradik sebelah husband ade 2 orang jer perempuan out of six of them. So, ini adik ipar perempuan yang sulong. Expecting anak number 3. InshaALLAH, bulan 10 nanti bersalin.
Yang berbaju merah jambu ni pula adik ipar yang ke dua. Husband orang Lahad Datu, Sabah. Tahun lepas beraya kat sana, tahun ni, di Kelantan pula.
Berbaju biru ini yang masih bujang. Lagi sorang tak dapat balik sebab 1st time kena posting as pak polisi. Kesiann..beraya di perantauan lah yer..hehehe
Cucu-cucu the Ab Ghani. Lima orang ajer pun tapi riuhnya macam sepuluh orang. Haishhhh~~~
Geng wanita-wanita anggun dan jelita. :)
Geng jejaka-jejaka tampan
Geng seluar baju melayu tak muat last minute. Nasib ade jeans penyelamat. Hahah!
Ni dah kat rumah mok and ayoh. Semua adik beradik ma berkumpul kat sini ramai-ramai. Memang meiah, penuh rumah sampai ada yang kena dok kat beranda luar.
Mok and Ayoh. Mok dah nyanyuk tapi masih sihat. Sedihnya sebab dia tak kenal kitaorg dah. Sobs...Nasib Ayoh sangat bersabar dan dia lah yang jaga mok..ingatkan suruh mandi, makan, tukar baju semua. Kagum dengan kesabaran beliau di kala usia begini. Moga cinta mereka ke jannah ..InshaALLAH.
Ini sepupu sepapat sebelah husband (ma ) tapi tak semua masuk korum. Selepas beraya kat sini, kami ke rumah Mok Cik Moh pulak ( Adik abah ). Pun dekat ...5 minit drive dah sampai. Ada laksam yang sedap sangat. Bedal tak ingat..huhuhuhu
Lepas tu balik rumah, tunggu tetamu lain pulak datang. Tahun ni, aku ditugaskan memasak untuk tetamu. Jadi, buat nasi ayam ajerla. Senang..pejam mata dah siap. Hahah...Statement riak sungguh..ngeeeee
Ni saudara mara sebelah abah. Derang ramai yang dok luar dari Kelantan. Unlike, sebelah ma ..memang kesemuanya dok dekat-dekat ajer. Tak payah nak mengharungi jem peanut butter sumer.
Yeayyy~~~ hasil membeli kasut wedges di BATA sebelum balik hari tuh, nampakla sama tinggi ngan yang lain. Kalau tak...katik. :p
Ok..end of Raya Day 1. InshaALLAH..ada masa dan kegigihan..akan bersambung ke cerita raya episode yang lain pula.
Kalau tak rajin..kita tukar topik terus la yer..hahaha!
That's all and thank you for reading
Good Night..oyasumi nasai~
9 comments
Selamat hari raya kak. Nape x pakai seragam warna ni. Ishhh. Ni kes baju x muat ke. Hihihi
ReplyDeleteselamat hari raya nani..
ReplyDeletebest kan raya kelate? bab bazar ramadhan tu pon best..rambang mata tengok juadah..
raya aritu meme panas ya ampunnnn..
salam aidilfitri kak.. selamat hari raya.. maaf zahir batin =)
ReplyDeletebalik for raya kee balik for good da ? heee..
ReplyDeleteMeriah ! Selamat Hari Raya kak. Kosong kosong ye :)
ReplyDeleteMeriah ! Selamat Hari Raya kak. Kosong kosong ye :)
ReplyDeleteselamat hari raya <3 this year macam ramai update pasal kuih akok dari ramadhan lagi. tapi tak pernah dapat rasa lagi :( and ayam percik tu. dapnyaaa
ReplyDeleteselamat hari raya nany.... maaf zahir dan batin...mane tau ade tersalah kata sepanjang komen2 di blog masing2 kan heehehehehe....
ReplyDeletemeriah raya nany...tapi tahun ni cuaca panas betul kan nany...lieya ni rase tak sabar2 nak balik dari jalan raya ...badan rase belendir2 dgn peluh hah...ekon kereta tak mampu meredakan kepanasan daku hahaahahahah.... mujur bilik kat umah mak tu berekon...kalo tak ..rase dah mcm sauna 24jam jek hah....
nany, lieya setuju sgt2..bab2 menu kat pasar ramadan kat kelantan lagi sedap2 dari kat sini...lieya jarang pi param kat sini...
mmg berbeza..sbb raya diperantau n kampung sgt berbeza..seronokkan blh berkumpul n knjung mgunjung rumah saudara mara..ank2 lg happy leh jumpa sepupu2 dia org
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.