Mari Mengecapi Kebahagiaan!

By Wednesday, May 03, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pagi ni, suami dah pulang ke Johor bagi meneruskan tanggungg jawab yang digalas sebagai pekerja, suami dan seorang bapa. Sempatlah saya meneman beliau untuk bersarapan sekejap di rumah. Borak-borak then, kena rushing pula ke kelas zumba. Rutin pagi Selasa dan Rabu saya setiap minggu.

Alhamdulillah....

Balik dari berzumba, pijak lantai dapur. Terasa licin dan 'sedap' menapak. Rupa-rupanya, husband sempat tolong mopkan lantai.

MasyaALLAH..saya sangat terharu, dalam kelam kabut beliau nak pulang masih lagi cuba untuk  meringankan kerja-kerja rumah saya . Dalam hati, saya berdoa semoga ALLAH S.W.T terima amalam kebaikan kami suami isteri.

Sebenarnya, tak semua perkahwinan jarak jauh itu negatif belaka. Terpulang kepada kita untuk menjadikan ianya sepositif yang mungkin. Percaya tak? pada usia saya menginjak ke 40- an ini...saya tidak lagi memandang perkara-perkara yang pada saya 'remeh' untuk suami saya buat.

Contohnya: bagi bunga atau buat surprise yang tahap manis bersemut untuk saya.

Please don't get me wrong!

Saya tumpang happy kalau ada kawan-kawan saya yang suaminya begitu. Bertuah sangat kan? dapat yang romantik. Kerana sifat natural perempuan itu memang untuk disayangi manakala si lelaki iaitu suami tadi, memerlukan penghormatan dari si isteri.

Give and take kekdahnya :)

Tak susah untuk membuatkan golongan isteri ini sentiasa happy. Bantu mereka buat kerja rumah, tolong jaga anak-anak. Sudah cukup untuk membuatkan kami semua tersenyum lega.  Yang lain-lain tu bonus la kalau buat. Syukur seadanya.

Kita juga kena cuba terima pasangan kita seadanya. Janganlah membeza-bezakan mereka dengan orang lain. Perbaiki kelemahan diri dan fokus bagaimana untuk menjadikan kita dan pasangan kita happy. Kurangkan juga 'expectation' sesama makhluk. Kerana kita semua hamba-hamba yang LEMAH. Sama sahaja LEMAHNYA.

Sebaliknya, berpegang dan sandarkan harapan pada yang MAHA ESA. InshaALLAH..kebahagian masih boleh dikecapi.

Saya perasan, semenjak saya resign, menjadi suri rumah dan PJJ ni..suami semakin menampakkan sifat ihsan dan sayang kepada kami semua. Saya tak minta pun minyak kereta diisi penuh. Tapi sudah kebiaasannya, sebelum beliau pulang kembali bekerja...tank minyak memang akan diisi.

Kedengaran macam benda mudah kan? Tapi tidak pada saya yang sedang belajar untuk 'lower the expectation'. Bila orang tersayang buat macam ni.. memang terus hati berbunga-bunga riang.

Semoga anak-anak lelaki kami nanti juga dapat menjadi anak dan suami yang SOLEH. Mampu menjadi ketua keluarga yang beriman dan bertaqwa. Semoga syurga tempat kita semua!!!!





You Might Also Like

4 comments

  1. syahdu lak baca.,..
    bkn senang bila dh kawin ada anak2 n ddk jauh2 ni kan...

    senang cerita, kita kena sentiasa bersyukur terima suami kite seadanya, bkn tau nk mintak mcm2

    ReplyDelete
  2. bkn senang perkahwinan bila PJJ ni..saya xsanggup...tp ada hikmah disebaliknya kn...apa2pn kita bersyukur apa yg kita miliki

    ReplyDelete
  3. semoga semua baik-baik pada masa akan datang bersama 1 keluarga

    ReplyDelete
  4. betul tu bila usia semakin meningkat bukanlah jambangan bunga itu satu kemestian(tapi kalau dapat hati mesti berbunga2), tapi bila suami bantu buat kerja rumah itu lebih membuatkan kita sangat gembirakan

    ReplyDelete