Memori Kek Buah Di Hari Raya

By Saturday, June 17, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari Raya bakal menjelma lagi. Antara kenangan saya ketika teruja untuk menyambut lebaran adalah seperti kanak-kanak yang lain. Selain dari duit dan baju raya , saya juga tertunggu-tunggu kuih raya yang mak  akan buat.

Seingat saya la kan, masa kami kecik dulu. Kebanyakan kuih memang mak buat semua. Tapi tak banyak pun. Yang saya ingat sampai sekarang adalah kuih baulu mak yang power sebab dibakar dengan api dari sabut. Teknik pembakaran adalah dari atas dan bawah. Maka terhasil lah sejenis baulu yang paling sedap pernah kami makan.

Rahsia kesedapan sesuatu masakan itu selalunya bergantung kepada KESUNGGUHAN, RESEPI dan AIR TANGAN orang yang masak tuh la. Sebab itu, kita akan jumpa 1001 rasa baulu kat luar sana tuh. Tapi, saya tetap akan cakap..mak saya punya baulu adalah yang TERBAIK! Kulit die keras kat luar dan lembut kat dalam.

Jadi

Apa kaitan baulu dengan kek buah kukus premium?

Jawapannya adalah - persamaan dari segi kesabaran pembuatan, kesungguhan yang diletakkan serta kesedapan yang memukau.

Kalau korang nak tau . Dulu masa kecik saya memang tak suka langsung kek buah ni. Walaupun pada hakikatnya saya sangat terliur pada saat pertama melihat ayah membawa balik kek buah untuk dijadikan kuih tambahan sebagai hidangan tetamu yang datang beraya.

Kemungkinan pada zaman 90-an tersebut, masih takde lagi orang  yang buat kek buah dengan menggunakan teknik kukus . Ataupun tak sampai kek buah kukus ni ke kampung saya tu ha....Maklumlah, kampung teman ni jauh ke dalam.

Rezeki ALLAH S.W.T bagi pada saya bila dah besar panjang, kawen dan ada anak-anak ni barulah dapat merasa kek buah kukus.

Perasan saya masa tuh?

Sungguh macam tak percaya rupa-rupanya kek buah yang dikukus dan dimasak dengan kasih sayang ni sangat jauh rasa kesedapannya. Sampai ada satu masa tu, saya terfikir...macam tak logik kek buah yang aku benci masa kecik-kecik dulu jadi sesedap macam ni. HAHAHAH!

Memandangkan sekarang ni pun dah ramai peniaga yang menjadikan kek buah kukus sebagai sumber pendapatan utama / sampingan mereka. Jadi , masing-masing perlulah mencari kelainan sedikit supaya menjadi 'signature' untuk produk mereka.

Kek Buah Kukus Premium dari dot's & co mempunyai kelainan yang tersendiri.  Apa yang dapat saya simpulkan adalah "Seimbang". Tekstur keknya tidak terlalu keras ataupun lembut. Memang just nice ajer. Lepas tuh, dia punya buah pulak tak banyak ataupun sikit.

Mungkin sebab masa kecik dulu kek buah dia banyak betul buah. Sampai makan rasa macam...baik gi beli buah kismis and ceri tu jer. Lepas tuh kita gaul-gaul ajer kat luar then sudu terus masuk dalam mulut. Sonang! HAHAH!

Kek buah ini juga pada saya sesuai untuk dijadikan buah tangan sempena pulang berhari raya di kampung. Apa kata korang semua contact dot's & co ni cepat-cepat. Minggu depan dah nak raya, kang tak menang tangan pulak dia nak buat. Kalau ada sesiapa nak try, boleh lah cuba dulu yang 400 gram.  InshaALLAH...puas hati.

Follow IG : dot's & co

Last but not least, All the best and ganbatte o kudasai! to dot's & co. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi! Dah kaya nanti, jangan lupakan aku yer :)

That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

7 comments

  1. Sy x suka kek buah time koci dulu. Lama2 eh eh tersuka tanpa sengaja

    ReplyDelete
  2. Kek buah memang sedap.
    Berbuka selalunya saya beli jek buah sebab jek ni kalau tak habis esoknya boleh makan lagi. Cara tu dapat jimat. Kalau kuih melayu tak tahan lama.

    ReplyDelete
  3. ya kalau kek yang terlalu banyak buahnya tak sedap pula, tapi kalau yang sedikit mesti lebih sedap, dah lama tak makan kek buah ni sebab takut terlebih buah dan terlebih manis hehehe

    ReplyDelete
  4. dana sama mcm akak, dulu2 tak suke sgt kek buah ni.. ngn kerasnya, ngn manis leting nya.... pastu keras lak tu

    tp kek buah skrg ni tak mcm dulu... dh boleh di terima tekak... kadang paling best bila mkn tu, tetrgigit yg kulit limau

    ReplyDelete
  5. sebut psl kek buah, tringat arwah ayah...kek febret dia.. tiap kali raya mmg wajib mama buat, walaupon arwah dh x ada.cuma kbelakangan ni dh x buat, sbb mama dh x larat..mkin berusia kan..

    ReplyDelete
  6. aida memang minat kek buah, nany.
    semua kek lah aida suka :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.