Pengalaman Pertama Rawatan Muka di HANNAN MEDISPA DAMANSARA / PETALING JAYA

By Tuesday, July 11, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pengalaman saya ketika pernah membuat rawatan muka semasa usia saya seawal 20an ketika bergelar seorang siswazah. Muka masa tuh banyak jerawat, black head dan white head. Jerawat pula yang kadang-kadang tumbuh siap besar macam gunung berapi yang menunggu masa untuk meletup. Errr! memang ngeri sungguh!

Pengalaman pertama saya pergi ke pusat facial konon-konon untuk bersihkan segala kekotoran yang tertanam di dalam muka tuh.

Dan  hasilnya sampai sekarang di bahagian dahi, habis kulit saya berlopak-lopak kesan daripada cungkilan dan tekanan untuk mengeluarkan black head tuh.Maklum lah dulu student mana ada duit.Tapi ada hati nak kulit muka flawless! Haishhhh...

Mujurla sekarang ini ada banyak skincare place yang menawarkan pelbagai jenis servis untuk mendapatkan wajah yang lebih bersih, suci dan ayu.

Jadi, saya memilih HANNAN MEDISPA di DAMANSARA untuk membuat facial treatment setelah bertahun-tahun saya tak buat.

Asalnya, HANNAN MEDISPA DAMANSARA terletak di kawasan IKANO. Namun, di sana sedang dilakukan renovation. Jadi, mereka beroperasi di C-12-01, Ground Floor, 3 Two Square,  Seksyen 14, Petaling Jaya sehingga bulan 12 nanti. Lepas tuh, akan pindah ke sana semula.

Tujuan utama saya ke sini sebenarnya untuk menghilangkan JERAGAT di muka. Bila kita makin berusia dan juga disebabkan saya ni bukan  yang jenis pakai sun block dari sekolah menengah lagi. Hasilnya muka memang cepat dan senang nak ditumbuhi JERAGAT.

Macam biasa, before korang nak datang ke sini, jangan lupa call dulu buat appointment. Saya prefer pagi sebab tak nak rushing amik anak-anak di sekolah. Antara HANNAN MEDISPA yang dekat dengan rumah adalah di PUTRAJAYA dan di SEKSYEN 14 ni. Akhirnya, saya ke HANNAN MEDISPA di SEKSYEN 14 memandangkan hanya di situ waktu pagi yang ada. Appointment pun saya buat last minute.

Sampai di sana, saya disambut mesra oleh staff yang semua nya cantik dan lemah lembut serta berbudi bahasa. Ada borang yang kena isi yer kawan-kawan. Simple ajer pun, tak perlu lah nak perah otak sangat! HAHAHAH~!

Perkara pertama yang korang akan buat lepas tuh adalah, berjumpa dengan doktor. Yer! mereka mempunyai doktor khas yang pakar dalam bidang ni. Doktor yang saya jumpa ni sangat lah baik, sporting dan friendly.

Awalnya, agak gugup dan nervous bila dia tanya itu dan ini. Tak tahulah kenapa. HAHAH! tapi lepas tuh, dia cerita pasal anak dia, tanya saya blog pasal apa since kat situ pekerjaan saya tulis 'blogger'.  Seronok lah jadinya..panjang pulak  ceta .

Ok next, lepas soal siasat guna pencuci muka apa, pakai tak moisturizer, toner cap apa, sun block SPF berape. Boleh pulak lupa jenama sun block yang saya pakai tuh haaa. Walhal, glemer kot. Siap berteka teki lagi kami berdua. HAHAH!

"Sorry la Doc! Kalau you tengah baca entry ni, I nak bagitau..I guna sunblock jenama SKIN FOOD"

Lepas tuh, sebelum nak tau jenis rawatan apa yang sesuai dengan muka masing-masing. Doc akan minta kita scan dulu muka kita. Jangan risau, tak sakit pun.

 Inilah rupa alat scan muka tuh
Dalam 1-2 minit, proses scan pun siap. Lepas tuh nanti Doc akan explain kat kita tentang perkara-perkara penting pasal muka kita nih.

Kawasan dahi di bahagian tengah yang jelas kelihatan seperti lopak hasil imbasan muka di HANNAH MEDISPA DAMNASARA. Imej ni sebenarnya die macam enhance kan lagi permukaan dan dalaman kulit muka.

Memang agak menakutkan bila tau keadaan muka kita macammana. Nampak kat luar takat bintik-bintik ajer. Rupanya! amik ko...diri sendiri pun macam Eeeeewwwww 😆
 Sebenarnya, ada penerangan pada setiap graph bar kat bawah tuh. Ada bandingan antara warna kuning dan hijau. Tapi, dah lupa la pulak. Huhuhu!

Putih semacam!  Rasanya yang ini pasal jeragat kot. Memang obvious ada pada bawah mata tuh. Lain-lain tuh, Doc cakap die belum keluar lagi ada bawah kulit. Kena rajin pakai sunblock dan buat treatment. Sekurang-kurangnya akan melambatkan proses jeragat itu  keluar ke permukaan kulit kita.
Aha! Yang ini merupakan penerangan secara details bagaimana JERAGAT boleh terbentuk dan membiak. HAHAH! memang menepati objektif ke sini untuk memusnahkan segala JERAGAT yang ada. Thanks Doc atas penerangan. Macam nota dalam kuliah ajer tuh :)

Apabila dilihat dan dianalisis, ternyata kulit mukaku adalah KERING. Jadi, Doc pun sarankan apakah jenis treatment yang sesuai dengan kulit muka yang KERING dan BERJERAGAT ini.

So, pilihan yang TERBAIK adalah kobinasi dua jenis rawatan iaitu :

1) OXYCYCRO Therapy- 5 sessions
2) ULTIMATE SILK PEEL Therapy - 5 sessions

Keadaaan di dalam bilik rawatan yang semestinya sangat menenangkan. Muzik background adalah ayat-ayat suci Al-Quran dan zikirullah :)
Step pertama after die cuci muka bersihkan segala kekotoran dan make up adalah untuk membuang black / white head. Lepas sapu ni, relaks ajerla tunggu dalam tuh around 15-20 minutes smpi betul-betul kering. Nanti staff derang datang akan cabut dengan dengan perlahan-lahan.Nak juga mintak tengok hasil, tapi segan pulak! HAHAH! next time la kot.

 Kemudian diikuti dengan OXYCYCRO therapy yang saya pun tak dapat nak amik gambar sangat sebab macam banyak spray-spray kat muka. Nak buka mata pun takut.
Apa macam? ada gaya nak jadi angkasawan tak nih? HAHAH! Ini lah rawatan terakhir iaitu ULTIMATE SILK PEEL therapy. Ada lah krim khas yang die pakaikan tuh. Last sekali nanti die akan bersihkan muka kita dan sapu sun block.

Owh yer, mungkin ada yang tertanya-tanya. Treatment yang saya buat ni sakit ke tidak? Jawapannya TIDAK sama sekali. Siap terlelap lagi dalam treatment room. 

Saje nak belanja gambar-gambar di dalam ruangan menunggu HANNAN MEDISPA SEKSYEN 14, PETALING JAYA.
Last but not least! gambar yours truly selepas selesai rawatan. Rasa muka sangat fresh dan "bersih"
InshaALLAH..I  have another 4 sessions of treatment to complete. Kesimpulannya, HANNAN MEDISPA DAMANSARA / PETALING JAYA menawarkan servis dan layanan yang TERBAIK. Penuh kelembutan dan kesusilaan. Surau untuk bersolat juga disediakan.

Boleh lah ke IG mereka di sini : HANNAN MEDISPA DAMANSARA
Ataupun ke laman rasmi :  http://www.hannanmedispa.com.my/

Thanks for reading and have a nice day!

You Might Also Like

11 comments

  1. Bagus jugak kalau sekali sekala pergi buat rawatan facial face ni . Jerawat ,blackhead ,whitehead mudah nk mengatasinya . Tapi kalau dah jeragat mula betapak kat muka lahaii ..susah nak hilangnya..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat buat rawatan macam tu, mesti rasa best muka lepas buat rawatan tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt buat rawatan muka. Ana dh berkurun tak manjakan muka. Confirm kekotoran byk ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. best gi facial. baru ni pun saya ada buat rawatan facial setelah 3-4-5 tahun kot x buat sebab busy dengan life dan anak2. kalau facial tu 'kena' dengan kulit kita, memang best sangat. semoga maintain awet muda selalu ya. :)

    ReplyDelete
  5. wahh makin cantiklah nany kita ni..hehe
    ...tapi memang enjoy buat semua ni babe..takpa sesekali kita enjoykan dirj kan apa salahnya kan..wahh lagi 4 session..setiap session update entry tau..hahah suka baca ...

    ReplyDelete
  6. Alahai seronoknya dapat pergi sini. Tengok siap dia check details lagi tu sebelum treatment. bestnya lah.. wahh makin cantik berseri lah kak Nanny ni. hehe

    ReplyDelete
  7. Wahh bestnya buat treatment macam ni kak Nany! Boleh lah pergi jugak nanti, tempat pun nampak selesa!

    ReplyDelete
  8. berapa kali rawatan untuk nampak hasilnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali mungkin tak cukup lah kan. Saya ambik pekej 5 kali. InshaALLAH..kalau ade perubahan ,...nanti saya habaq and share naaa... Thanks for dropping by :)

      Delete
  9. Alatan di guna pun canggih. Jadi kita taulah sebenarnya apa yg ada kat muka kita.

    ReplyDelete
  10. Hakak tak pernah pergi spa Nanny.... Belum terbukak hati lagi. Nantilah tunggu kulit betul betul kendur hihi.... Masa tu mungkin dah terlambat ye Nanny hihi

    ReplyDelete