Resepi Cekodok Menggunakan Nasi

By Tuesday, October 10, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Ini bukan cekodok viral yang buh ayaq mendidih 100 degree celcius tu tauu. Ini percubaan membuat cekodok menggunakan nasi dan tepung gandum.

Senang sangat weh nak buat. Bahan utama kena ada nasi and tepung gandum. Bahan sampingan pulak ialah ikan bilis, bawang, garam dan hirisan ayam ka...sosej ka....udang ka.. Ikut sukati korang la nak buh apa pun. Tekak masing-masing kan.

Tips paling penting kat sini ialah. Nisbah nasi perlu sama dengan tepung gandum. Kalau nasi secawan, tepung gandum pun kena secawan gak. Pastuh buh air. Jangan banyak sangat yer and kena pandai agak-agak. Yang asalkan bila masuk dalam blender, boleh la mereka bercampur sebati. Masukkan garam, ikan bilis siap-siap okeh.

Lepastuh barulah hiris-hiris bawang besar, cili besar, daun sup , daun bawang, daun kucai. Terpulang kepada kreativiti anda semua.

Tekstur bancuhan nanti takderlah halus mulus sebab ada nasi tuh kan. Jadi macam kasar sket la. Don't worry asalkan jangan terlembik sangat sudah. Tadi buat memang just nice la menjadi cantik molek kejadian walaupun tade la bulat-bulat macam guli tuh. Heheh..tapi rasa dia sedap uolss!!! Ahkak macam tak sedar kunyah-kunyah dan habis 4 ketul masuk dalam perut nih ha. Ya ampunn....

Macam biasa, tunggu minyak panas baru kita masukkan cekodok-cekodok ni yer.  Lepastuh, slowkan sket api. Takut tak masak pulak isi yang kat dalam tuh.
Golek-golekkan sehingga permukaan kulit cekodok kekuning kuningan. Lepas tuh angkat dah toskan minyak.
Lagi sedap kalau makan cekodok ni dicicah dengan sos cili. Jangan lupa air teh 'o' ataupun kopi panas. Paling penting, korang lepas ni ada lah idea nak buat apa dengan nasi lebihan malam semalam tuh. Yang kalau nasi tu tinggal secawan ajer...tak berbaloi pulak nak digoreng untuk seisi keluarga.

Saya juga masukkan hirisan ayam bakar, lauk lebihan 2 hari lepas. Nak letak udang, tapi udang takder. Hehe...

So, apa lagi? nanti jangan lupa cuba dan kongsikan hasilnya di blog korang juga tau!

That's All and Thank You for reading!


You Might Also Like

8 comments

  1. Sedapnyaa kak Nany. Nak try jugaklah buat :) Cicah sambal sardin pun sedaap ni kak.

    ReplyDelete
  2. mcm sedap jer..nk cubalah dgn nasi tu

    ReplyDelete
  3. wow! 1st time.cekodok nasi? should try after thiz

    ReplyDelete
  4. first time dengar cekodok buat guna nasi. memang lepas ni tau dah la apa nak buat nasi lebih2 tu. hihihi

    ReplyDelete
  5. cam sedap je nany..insyaALLAG nak cuba ni..hehehe..td mak buat cekodok jagung...sedap juga..next time nak minta resipi lah..hahaha titew dah lama tak masak ni :)

    ReplyDelete