Sepetang di Dataran Merdeka dan Masjid Jamek
Assalammualaikum w.b.t
Petang Ahad memang unplanned punya aktiviti. Saya dan anak-anak pergi ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Niat di hati nak pergi naik train tapi, bila check masa perjalanan pergi sahaja dah sejam. Jadi, saya batalkan sahaja dan drive sendiri ke sana.
Mungkin hari minggu maka, ramai orang dok kat rumah kot..takpun ada program lain. Jalan smooth ajer dan tak sampai 30 minit kami pun sampai. Saya parking di bangunan parkir yang disediakan.
Tak silapnya sekali masuk kena charge RM6. Ok juga sebab by the time kami sampai, hujan pun turun. Kalau dengan budak-budak memang kena proper la sket plan tuh. Ada jer orang parking tepi jalan. Tapi tak apa lah, keselamatan anak-anak perlu diutamakan.
Terkilan juga bila tengok ada construction apa ntah yang derang tengah buat ni. Habis lah gambar I nanti. Terpaksa lah cari angle yang bersih dari segala objek construction ni.
Destinasi pertama kami sebenarnya jalan-jalan ajer smabil menyusuri River Of Life. Disebabkan, kami tak sampai waktu malam, jadi tak nampakla effect lampu tuh.
Sambil-sambil jalan tuh, snap lah gambar mana-mana yang cantik di mata iolss ni.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang penuh bersejarah :)
Rupa-rupanya tak sedar yang kami dah sampai ke kawasan Masjid Jamek. Hannah cuba guna public phone kat sini. Masih ada talian hayat rupanya. Ingatkan sekadar perhiasan ajer. Rugi pulak tak suruh die cuba. At least die tau cara penggunaannya.
Kami lalu stesen LRT Masjid Jamek dan terus ke Burger King. Maklumlah, perut masing-masing dah lapar sebab lama menapak. Hahah!
While waiting for the orders.
Lepas habis makan..kami pun jalan lagi. Ingat nak bawak derang lalu kawasan kedai-kedai yang jual tudung dan pakaian tuh. Tapi takut dah lambat pula. Kalau tak boleh la cerita yang dulu masa mama derang ni muda remaja, selalu juga mengukur area Masjid Jamek ni. Especially bila nak raya. Zaman student dulu duit tak berapa nak ada. Datang sini cari tudung raya yang harga nya RM10 ajer kot. Dulu famous tudung bawal..hehehe :)
Bangunan Sultan Abdul Samad ketika matahari ingin tenggelam di ufuk barat
Close up view - Bangunan Sultan Abdul Samad. Jam ni menunjukkan waktu yang betul tau! Memang unik juga rupa senibina bangunan ni.
Kami lalu juga padang dataran tuh tapi tade la pape pun. Cuma ada seorang yang menjual giant bubble tapi tak ramai pun budak yang main. Kawasan padang tuh bersih. Tapi , masa jalan-jalan lalu track River Of Life banyak guna sampah. Nasi basi, plastik minuman sana sini.
Memang agak sedih dan memalukan juga sebab kawasan ni merupakan kawasan pelancongan. Kadang tak fahamlah sikap orang ramai yang tidak mengendahkan kebersihan ni. Walhal saya tengok ada jer tong - tong sampah yang disediakan.
8 comments
Lama sangat tak ke Dataran Nany, teringin nak pergi Jalan TAR tu. Best lagi ke kat situ?....Tak taulah apa dah jadi kat sana sekarang haha..
ReplyDeleteTulah teringin jugak nak tengok River of Live yg biru di malam hari katanya tu. Itupun tau sebab terbaca entri Ana hihi...
Kena singgah malam pula kak lepas ni. Baru nampak lawa blue river tu. Lepas tu anak2 boleh main dekat dataran. Ramai yg lepak malam minggu dkt sana.
ReplyDeletebangunan sultan abdul samad ,cantikknya
ReplyDeleteCantiknya semua gambar2 ni mcm professional laa
ReplyDeletebaru ni pun ada gi dataran, pun ambik gambar bangunan sampai ralit. ada orang jual aiskrim tau kat situ, memang sedap. tapi rm10 la per cup
ReplyDeleteCantik-cantik gambar yang kak nanny snap. samalah kak nanny, kita pun suka parking kat dalam building kalau pi memana. rasa tak pernah lagi lepak situ
ReplyDeleteLama tak merayau kat Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran.. Bangunan Sultan Abdul Samad dulu terletak Mahkamah lama, sempat beberapa kali hadiri kes di sana sebelum pindah ke Jalan Duta..
ReplyDeleteBanyak kenangan terindah.. Sdg upgrade tempat tu sekarang ya Nany.
Cantiknyaaa gambar yang kak Nany ambil. Memang banyak pun construction area situ. Haritu Masjid Jamek tu pun dia orang ada buat construction.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.