Sekolah Kebangsaan Vs Sekolah Swasta. Mana lebih baik?

By Saturday, July 21, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Disclaimer : Apa yang dikongsikan di sini adalah pendapat saya secara peribadi semata-mata. Ianya berdasarkan pengalaman yang saya dan anak-anak telah lalui. Mengambil semula atau meniru apa yang  ditulis di sini TANPA KEBENARAN adalah dilarang sama sekali. 

Sekolah Kebangsaan Vs Sekolah Swasta. Mana lebih baik?

Both ada kelebihan dan kekurangan. Ianya bergantung kepada beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di luar sana mencari sekolah yang terbaik buat anak-anak.

1) Guru-Guru :

Saya tetap dengan pendirian saya yang lama bahawa, walaubagaimana hebat dan gah nya misi atau visi sesuatu sekolah itu. Dari tadika hingga ke sekolah rendah, saya suka melihat perwatakan guru-guru tersebut. Kerana mereka merupakan asset terpenting sekolah. Mereka yang akan merealisasikan segala misi dan visi sekolah tersebut.

Sekolah berbayar tidak semestinya guru-guru di sana bagus. Ada juga guru yang tidak pandai mengajar dan paling tak best, bila mereka juga menunjukkan contoh dan akhlak yang tidak berapa 'cantik' dan baik di hadapan anak murid.

Guru-guru sekolah swasta kerap bertukar ganti. Ini disebabkan beberapa faktor seperti contoh, mereka menjadikan sekolah tersebut sebagai 'batu loncatan' sebelum mendapat tempat bekerja yang gajinya lebih lumayan dan agak selesa.

Faktor lain pula kerana ada segelintir guru yang tidak pandai mendidik / mengajar. Umpama melepaskan batuk di tangga. Ada juga yang bersikap acuh tidak acuh dengan tugas yang diberikan. Apabila ramai parents yang mengadu, maka pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang segera dengan menggantikan guru yang baru.

Saya lihat ada kebaikannya juga kerana isu tentang guru ini adalah masalah individual. Saya percaya, kat mana-mana pun tetap akan ada masalah dengan pekerja. Sama seperti di sekolah kebangsaan juga. Dan agak malang juga untuk murid-murid apabila pihak guru besar tidak mampu melakukan apa-apa kerana sek keb bernaung sepenuhnya kepada kerajaan. Tidak boleh sesuka hati menukar atau memberhentikan guru yang bermasalah. Mereputlah sampai pencen! huuuuu~~~

Berlainan di sekolah swasta, suara ibu bapa dan murid-murid memang sangat diambil kira. Itu lebih baik jika guru yang tidak berapa bagus ditukarkan dengan yang lebih bagus.

2)Kemudahan

Sekolah swasta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap seperti di Sek Keb. Kecuali jika sekolah swasta tersebut merupakan sekolah yang sudah bertahun-tahun lamanya ditubuhkan. Ingin saya tekankan jika mahu menghantar anak ke mana-mana sekolah swasta sila buat lawatan lengkap terlebih dahulu.

Kemudahan yang saya maksudkan adalah, tandas yang mencukupi, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, kantin atau dewan makan dan padang permainan. Tanya pandangan dan pendapat pada parents yang ada menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.

Namun begitu, kalau korang rasa kemudahan seperti yang saya cakapkan ni bukan dalam list priority ..so boleh abaikan.  Sebab memang ada parents termasuk saya juga tidak terlalu mementingkan segala kemudahan tersebut. Tujuan mereka bersekolah adalah lebih kepada untuk mereka pandai bergaul dan berdikari.

Especially , kalau yang baru balik dari oversea dan tidak mahu anak-anak terkejut dengan perubahan yang ketara ataupun bak kata omputih 'culture shock' . Ini yang berlaku pada tahun June 2016 selepas kami baru pulang dari Jepun dan mencari sekolah yang terbaik dan sesuai dengan Hannah.

Di sekolah kebangsaan pula, memandangkan peruntukan memang sudah disediakan oleh kementerian, maka isu ini tiada masalah. Cuma nak maintainkan segala kemudahan ini sentiasa dalam kondisi yang tip top dan mengajar anak-anak murid untuk menggunakan segala peralatan dengan cermat dan berhati-hati.

3)Silabus 

Kenalpasti silabus mana yang korang nak untuk anak-anak belajar. Contohnya nak aliran KSSR atau IGCSE. Kalau KSSR tuh sama seperti subjek di sekolah kebangsaan biasa. Nanti akan ada exam UPSR untuk sekolah rendah.

Untuk ibu bapa yang mencari sekolah yang juga menyediakan subjek KSSR dan agama. Mungkin boleh consider sekolah Islam Integrasi. Di mana, mata pelajaran untuk subjek dinniyah ( agama ) juga diajar sekali. Maksudnya, anak-anak tak perlu lepas habis sekolah kebangsaan, perlu pulang ke rumah atau transit di rumah pengasuh / nursery dan tukar baju siap-siap ke SRA pula.

Memang convenient sebenarnya kalau 'all in one roof'.  Dah tak payah nak fikir-fikir duit yuran van sekolah dan bayaran upah nursery.

Cumanya nak bagitahu, kalau memilih sekolah Al-Amin. Subjek dinniyah nyer mostly menggunakan IKRAM MUSLEH. Apa yang lainnya?

Tak beza sangat actually, cuma untuk subjek bahasa Arab adalah lebih kepada komunikasi skill berbanding dengan SRA biasa yang menggunakan silabus dari JAIS.

Untuk peperiksaan pula, darjah 5 nanti tetap akan ambil UPKK ( subjek JAIS ) dan nanti masa darjah 6 ada peperiksaan UPSR, PSRA dan satu lagi dah lupa nama examnya tapi under IKRAM MUSLEH.

4)Kokurikulum

Sekarang ni, banyak jer sekolah islam integrasi yang menawarkan sukan-sukan sunnah seperti berenang, menunggang kuda dan memanah di dalam aktiviti kokurikulum mereka. Memang bagus sebeanrnya sebab banyak faedah-faedah yang anak-anak kita akan dapat apabila buat aktiviti ni semua.

Kalau sekolah kebangsaan pula, ianya bergantung kepada inisiatif sekolah tersebut. Contoh kalau sekolah berpestasi tinggi atau kluster seperti SK Bukit Jelutong dan SK Cyberjaya 1.

SK Bukit Jelutong memang aktif dengan pelbagai aktiviti. Saya pernah lihat sendiri pada hari Sabtu. Meriah sangat dengan aktiviti-aktiviti seperti latihan memanah, bermain catur dan bola jaring. Yang datang bukannya sedikit tapi memang sangat ramai. Penyertaan sangat memberangsangkan.

Saya kira, kerjasama dari parents juga amat penting dalam menjayakan sebarang aktiviti anak-anak di sekolah.

Di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, juga baru tahun ini diadakan kelas memanah dan catur pada setiap hari Sabtu. Cuma yang ini, yurannya kena bayar sendiri lah. Coach yang datang mengajar pun memang hebat dan berpengelaman semuanya.

5)Lain-lain

Survival skill - Di sekolah kebangsaan memang perlu ada survival skill yang tinggi berbanding sekolah swasta.

Walaupun ada group whatsApp untuk kelas, tapi saya lihat guru-guru tidak 'begitu melayan' pertanyaan ibu bapa. Ianya lebih kepada perbincangan antara ibu bapa pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut. Contoh, if anak sakit and mc tak dapat dtg sekolah. Ada parents yang bertanya tentang HW anak-anak yang perlu dibuat.

Bukan bermaksud tiada langsung komunikasi guru di situ. Tapi jika nak dibandingkan dengan sekolah swasta, semuanya 'disuap' oleh guru-guru. Termasuklah kerja rumah.

Saya suka konsep 'survival skill' di Sek Keb. Pandai-pandai lah ko nak idup kannnnnn~ so far, Hannah ok lagi. Maklumat memang sampai pada dia. Bagus juga lah dia, pandai amik note, dengar dan beri perhatian dalam kelas.

Salah satu sebabnya, cikgu-cikgu sek keb lebih garang berbanding guru-guru di sek swasta. Uhuk!!!

Adab dan Akhlak - Big point untuk sekolah agama swasta. Tapi tak bermakna tiada langsung kes-kes tersebut. Cuma ianya masih dalam small scale dan dalam kawalan lagi. Guru-guru selalunya bertindak pantas dalam mentarbiyahkan anak-anak ini. Di Sek Keb, murid nya terdiri dari pelbagai latar belakang dan terlalu ramai. Sukar untuk guru-guru membendung masalah adab dan akhlak ni.

Apa pun, saya yakin..segalanya perlu bermula di rumah. Itu pendidikan paling awal sekali sebelum di sekolah. Di sini juga peranan ibu bapa perlu diambil kira. Nasihat anak-anak supaya pandai memilih kawan. Berkawan dengan semua tapi bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai akhlak dan perangai yang baik.

Akhir sekali, saya harap apa yang saya tuliskan ini dapat membantu ibu bapa yang dok fikir nak sekolahkan anak-anak mereka di mana. Kita pun semua nak yang terbaik untuk anak-anak.

Cuma nak bagitahu, kita takkan dapat 'semua' yang kita mahu. Pasti ada pros and cons. Korang jangan lagi pening lepas baca apa yang saya dah tulis ni yer. Hahah~~~

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

9 comments

  1. bab fasiliti kurang sempurna dan syllabus tu setuju antara kekurangan sekolah swasta. Adik bersekolah di sekolah swasta tapi alhamdulillah disebabkan pelajar sedikit, guru boleh fokus dengan kelemahan pelajar2. Keputusan dia pun agak cemerlang

    ReplyDelete
  2. as salam nany,terima kasih untuk entry ini.Irda memang ternanti-nanti untuk entry ni sebab rancangannya nak pindahkan alya ke sekolah al amin tahun depan,masa tu dia dah darjah 5.Pick up dia di sekolah kebangsaan masih lemah,mungkin terlalu ramai dan alya jenis orang kena focus dengn dia..Thank you agains for this entry,for sure i will share with my hb ur entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best yer Irda. Lagi satu memang depends juga kat jenis budak tu camane. Ade yg tak sesuai SK and sebaliknya. Nany pull out hannah sebab nak bagi dia lebih bergaul dan tak nak dia rasa complacent sangat. Nak gak rase sistem government ni camane.hehe..

      Delete
  3. ray singgah follow sini Sybil follow ye. #127 ^^

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat dengan point kak Nany. Mana mana sekolah pun ada pro & cons dia jugak. Betul lah cakap dekat kak Nany tu, didikan dekat rumah pun mainkan peranan untuk membentuk sahsiah anak anak ni. Kalau jenis yang lepas tangan, harapkan pihak sekolah sepenuhnya tak boleh jugak lagi lagi kalau sekolah gov ni. Budak budak ramai, kadang cikgu tak sempat nak fokus sorang sorang.

    ReplyDelete
  5. Betul sangat tu. ada pro and cons. tapi tak semua sekolah swasta ada peperiksaan UPSR. utk awl2 pendidikan bolehlah kita masukkan dekat sekolah yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. bagi CT yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.. kedua2nya ada kelemahan dan kebaikan. in the end.. we have to go back to the basics.. process pembesaran. tak dinafikan attitude cg memainkan peranan penting.. kita sendiri dulu kalo kurang berkenan dgn seseorang cg mesti rasa nak bebal. cuma mak pak ajar jangan biadap dan sentiasa meletakkan cg di tangga tinggi. seram jadi cg skrang hehe..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Assalam puan.. Jika tidak keberatan bole ke share dgn sy sebab puan tukar kan anak dr sek private and ke sk? Anak puan dl dr sekolah mana ya..? Bole ke puan emel kepada sy? Terima kasih bnyk2 puan.. nhidayah2312@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.