Pengajaran Cerita Nabi Ibrahim A.S Dalam Surah Maryam Untuk Kita Semua
Assalammualaikum w.b.t
Minggu lepas ketika Hannah membaca surah Maryam. Saya terkesima dengan maksud ayat-ayat tersebut. Sebelum ni, bukan tak pernah dengar berkenaan Nabi Ibrahim A.S menasihati bapanya supaya meniggalkan penyembahan berhala.
Cuma kali ini, ianya lebih terkesan bila kita bercerita dengan anak-anak mengenai apa yang telah berlaku di antara seorang Nabi iautu anak yang beriman dan ayah nya yang ingkar dan tidak mahu menyembah ALLAH S.W.T
Lebih kurangnya kalau untuk kefahaman ( taddabbur ) diri saya adalah. Di zaman sekarang, bagaimana seorang anak yang baik cuba untuk menasihati kedua orang tuanya tentang kebenaran. Meninggalkan suatu larangan dan melakukan kebaikan.
Bukanlah mudah untuk seorang anak menasihati ibu bapa mereka kerana ibu bapa inilah yang suatu ketika dahulu menatang mereka seperti minyak yang penuh.Menjaga mereka dengan kasih sayang. Dan ditambah pula dengan mindset yang anak-anak perlu mengikut kata orang tua sepenuhnya.
Perkara yang paling menjentik hati dan menarik perhatian saya adalah bagaimana Nabi Ibrahim bercakap dengan dengan ayahandanya ketika mahu menyampaikan kebenaran.
Yer!
Penuh kelembutan dan kasih sayang. Walaupun ayahnya tetap berdegil dan tidak mahu mengikut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim ketika itu. Bukan sahaja diugut untuk dibunuh malah juga dihalau dari tempat asalnya.
Setiap kali perkataan Ya Abati~~ ( wahai ayahku ) itu saya bacakan pada Hannah. Terbayang saya seseorang yang berwatakan sangat lemah lembut cuba berhujah dengan kebenaran dan kasih sayang.
Perkara yang sangat sukar untuk kita lakukan jika mahu orang di sekeliling kita melakukan kebaikan dan kebajikan. Ini juga satu bukti bahawa untuk berdakwah bukan lah dengan satu kekerasan. Apatah lagi jika kita ingin mengajak ahli keluarga kita sendiri.
Beberapa point penting yang Hannah tulis di atas kertas apabila saya menyuruhnya untuk come out with isi tersirat. KBAT sangat kan?
😄
Kebiasaannya kita akan sumpah seranah orang yang buat benda jahat pada kita kan? Tapi apa yang berlaku, Nabi Ibrahim A.S tetap mendoakan yang baik-baik. Please refer ayat ke - 47 surah Maryam.
Itulah contoh dan cara hidup sebagai seorang muslim yang sejati. Teringat saya pada satu kes ni di luar negara. Apabila seorang ibu memaafkan seorang remaja ini apabila dia telah menembak anaknya dengan sengaja.
MashaALLAH...
Semoga ALLAH S.W.T menggantikan sesuatu yang lebih baik buat ibu ini.
Amin ya rabbal Alamin
3 comments
subhanallah.. tq for sharing. bukan semua org boleh memberikan kelembutan sebegitu
ReplyDeleteDakwah yang paling mencabar bila kita nak nasihat orang orang sekeliling yang paling dekat dengan kita kan. Bukan senang lagi lagi yang dah berumur daripada kita. Suka juga dengan ayat dalam surah Maryam ni, sarat dengan pengajaran :)
ReplyDeletePerkongsian yang ohsem sis..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.