Eksperimen D.I.Y Volcano Dengan Anak-Anak

By Saturday, February 23, 2019 , , , , , ,

Assalammualaikum semua!

Projek bersama anak-anak ini adalah semasa cuti sekolah Chinese New Year yang lepas. Sebenarnya, ini adalah kali ke-2 kami membuat eksperimen volcano bersama.

Kali pertama adalah ketika anak-anak masih kecil lagi. Waktu tu kalau tak silap, Uwais tak dimasukkan dalam aktiviti ni kerana faktor usianya yang tidak sesuai untuk aktiviti sebegini. Kakak waktu pula baru berusia 6 tahun kalau tak silap. Umair pula masih lagi pelat-pelat ketika bercakap.

Seronok buat eksperimen ilmiah dengan anak-anak ni. Disamping dapat belajar sesuatu, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri. Mereka seronok diberikan tugasan dari awal sehingga akhir proses.

Yang paling penting adalah kerjasama!
Botol gam cair sebelah kanan Uwais. Kalau malas nak buat, boleh jer beli terus dari Mr. D.I.Y. Berbaloi-baloi!
Semasa mereka kecil, saya menggunakan kertas-kertas recycle ( bukan kertas surat khabar ) sebab risaukan bahan karbon dalam tuh. Senang jer pun nak buat. Suruh jer anak-anak koyakkan kertas-kertas tuh jadi kepingan yang kecil.

Lepas tuh, rendam dalam besen besar selama 1 malam. Dalam masa yang sama, korang buatlah gam sendiri. Lagi selamat kan? saya guna tepung ubi kayu nak buat gam ni.

Yang dah dikeringkan di bawah sinaran matahari dan diwarnakan oleh kakak.

Cuma bila derang dah besar ni, saya beli gam  jernih sebotol besar yg dah siap kat Mr. D.I.Y tuh. Haa...nampak tak? mak makin tua makin malas nak buat macam-macam. HAHAH!

Kalau nak tau, part paling syok untuk eksperimen ni adalah bila tengok reaction soda bikarbonat tuh bertindak balas dengan air cuka. Memang excited sangat mereka.

Oh! memandangkan cuaca sekarang memang panas dan matahari tu sentiasa ada. Memang sesuai kalau nak buat eksperimen macam ni. Lepas settled buat bentuk gunung, sila lah jemur di bawah sinaran matahari. Jemur sampai betul-betul kering.

Untuk bahagian dalam volcano tuh. Saya gunakan gulungan tisu dapur yang dah habis. Potong di bahagian tengah untuk dapatkan ketinggian yang sesuai. Lagi panjang korang potong tissue roll tu, lagi tinggi puncak volcano yang korang kena buat. Faham kan?

Kemudian, saya balutkan dengan plastik pada bahagian luar dan dalam supaya nanti takder la cepat dia basah dan hancur bila terkena air dari kertas rendaman ataupun air cuka yang akan dituangkan ke dalam tissue roll tu nanti.

Seingat saya, masa saya buat pertama kali aktiviti volcano ini adalah semasa saya masih bekerja. Saya jemur almost seminggu kot. Sebab nya kan takde orang kat rumah. Kalau hujan ke siang tuh..memang sadis sungguh la kan. Tu yang lama nak tunggu kering. Apapun, sendiri rasa kagum dengan kerajinan di waktu  awal 30 an dulu. Ni nak masuk 40 ni..jadi alahaii...

Jom kita layan video mereka :

1) Lima tahun yang lepas -



2) Tiga minggu yang lepas -


Saya kongsikan lebih terperinci bahan-bahan yang diperlukan serta kaedah yang terlibat untuk membuat aktiviti volcano ini.

Bahan-bahan :

1) Kertas surat khabar / recycle paper
2) Tissue roll 
3) Baldi / besen besar
4) Air
5) Gam / kanji buat sendiri
6) Talam / any bekas yang sesuai untuk dijadikan tapak volcano
7) Sebotol soda bikarbonat
8) Sebotol cuka

Kaedah : 


1) Koyakkan kertas menjadi kepingan kecil. Tak perlu halus sangat..kalau kertas tuh saiz A4, cukup koyak jadi 4-5 bahagian.

2) Rendam surat khabar / recycle paper ke dalam bekas baldi atau besen yang dipenuhi air selama semalaman.

3) Masak gam kanji atau beli saja gam cair sebotol di Mr. D.I.Y.

4) Keluarkan dan tapiskan kepingan kertas yang basah tadi. Toskan dulu air yang terkandung di dalm kertas tersebut. Nanti tader lah berair sangat kertas korang tuh.

5) Ambil talam atau apa sahaja bekas yang sesuai untuk dijadikan tapak volcano. Letakkan tissue roll yang sudah dipotong di bahagian tengah.

6) Ambil segenggam kepingan kertas basah tadi dan gaulkan dengan gam. Selain dari part koyak mengoyak, percayalah korang yang part gaul menggaul ini sangat mengujakan buat saya dan anak-anak. Sebab boleh gaul dan tenyeh sesuka hati. Best kot! bila lagi nak bagi anak-anak ni buat messy kan?

7) Lepas tuh, bantu anak-anak untuk buat bentuk volcano. Make sure kena pegang dulu tissue roll yang kat tengah tuh yer. Bila dah puas hati dengan bentuk volcano yang dibuat tuh. Jemurkan di bawah cahaya matahari.

8) Bila dah kering, boleh lah mula proses mewarna volcano korang tuh. Part ni pun anak-anak suka nak buat.

9) Masukkan sesudu serbuk soda bicarbonat ke dalam tissue roll. Kemudian, bancuh cuka dengan pewarna makanan warna merah. Kalau takder pewarna makanan, boleh bancuh dengan watercolor juga.

10) Akhir sekali, dengan perlahan-lahan tuangkan bancuhan cuka bewarna merah ke dalam tissue roll tersebut. Masa ini adalah yang paling anak-anak suka dan sangat excited! jangan lupa rakamkan detik lava keluar dari gunung berapi. Kenangan sepanjang hayat~

Selamat mencuba yer uols!

That's all and thank you for reading.


You Might Also Like

1 comments

  1. wahhhh time ksih utk cara step by step tu, dana lak yg teruja nk cuba...

    ReplyDelete