Tugasan Portfolio Sekolah Rendah

By Tuesday, March 26, 2019 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t


Hai korang semua!

Ha..cuti sekolah ni jalan-jalan ke mana la tu agaknya ye? InshaALLAH, kami semua plan nak balik kampung ajer memandangkan dah lama tak jumpa mak dan ayah tuh. Nak enjoy sangat cuti pun tak dapat sebab homeworks the boys boleh tahan banyak juga. Nasib baik Hannah takde homework langsung. Maybe sebab dia pun baru habis ujian formatif 1 baru-baru ni. Lega juga mak...kalau tak, tak senang dibuatnya nak bercuti. Heheh~

Saya cuma nak share, di sekolah Uwais dan Umair sudah dimulakan tugasan 'project based' yang mana hasilnya nanti akan diambil kira sebanyak 20% bagi markah peperiksaan pertengahan tahun nanti.

Pada pendapat saya, tugasan seperti ini sebenarnya memang bagus untuk memberikan pendedahan awal kepada anak-anak. Sesuai konsepnya jika sekolah tersebut tidak mahu terlalu 'exam oriented'.

Namun begitu,

Ianya perlu dikaji dengan lebih mendalam. Apatah lagi sekiranya ia masih di dalam tempoh 'pilot project'. Untuk para pelajar darjah 1 tidak perlu dibebankan dengan sebegitu banyak sekali tugasan portfolio.


Portfolio adik dan abang yang sudah disiapkan

Kalau masih perlukan juga , mungkin hanya diberikan 1 sahaja dahulu tugasan portfolio kepada mereka. Maklumlah, portfolio pun mereka tidak pernah dengar. Guru-guru di sekolah juga perlu menerangkan dengan lebih lanjut kepada para pelajar ini tentang apa itu 'portfolio'.

Bagi membantu para pelajar ini membuat portfolio, ibu-bapa di rumah sah-sah kena tolong kan? Walaupun bunyi nya kelihatan mudah tetapi, tidak seperti yang disangka. Pencarian gambar-gambar masih perlu dibuat oleh ibu-bapa. Yerla kan, takkan nak suruh anak-anak usia 7 tahun ni sendiri buka laptop, arahkan mereka cari folder , buka power point, copy-paste gambar, crop mengikut saiz dan kemudian print!

Hasil kerja Uwais untuk portfolio Bahasa Melayu yang bertajuk : Keluargaku sayang. Sila abaikan tulisan tangan beliau yer..Ikutkan hati memang ku nak tolong semua. Tapi takper, sis buat relaks buat cool. Terima dan redha..hahah!
 Sebolehnya, saya mahukan Uwais faham apa yang dia cuba lakukan. Nak jadikan portfolio mereka nampak kreatif dan cantik memang takda masalah untuk saya. Tapi, saya pasti..dengan cara begini takkan tercapai objektif asal pihak sekolah.

 Ada juga kebaikannya apabila buat aktiviti seperti ini. Antaranya, melatih anak-anak menulis dengan lebih baik. Menggalakkan mereka untuk berfikir lebih kreatif.
 Dari tugasan menggunting , menampal , menulis dan menghias - saya arahkan Uwais untuk buatnya semua. Saya akan bantu kalau ada yang dia buat tak betul.

Uwais ada 7 tugasan portfolio yang perlu dibuat dan sudah berjaya menyiapkan sebanyak 3 portfolio. Lagi 4 tuh..nanti kita cari masa lain pula yer nak. Lagipun , pihak sekolah dan setuju untuk extend kan submission deadline portfolio ni.

Cuma, abang kena hantar pada akhir bulan April nanti. Abang punya portfolio ada la kot dalam 5 -
6 kena buat. Mama nya pun dah lost count. HAHA!





Haa...itu semua portfolio untuk subjek sains yang bertajuk piramid makanan. Harapnya, abang pun dapatlah 'something' masa buat ni sama-sama.

On top of that, ada juga homeworks kena buat. Alhamdulillah..yang tuh semua almost done. Sikit lagi nak siap.

Semoga urusan semua dipermudahkan dan selamat bercuti sekolah semua! Untuk saya yang bergelar mak supir ni memang ternanti-nanti sangat cuti sekolah. Hiiii!! best!!!

That's All and thank  you for reading.

You Might Also Like

4 comments

  1. port folio ni dulu2 rasa ms sekolah menengah...tkde plak masa sek rendah,...ank2 skarang mmg hebat tp tula kdg2 makbapak juga kena tlg buat

    ReplyDelete
  2. rasanya masa sekolah dulu2 buku folio tu adalah, lbh kurang sama ke tak ye... tp idok la semua subjek ada...

    sibuk la ngn keje sekolah anak2 nih, kira bagus jugak la sbb cuti sekolah ada aktiviti nk di buatnya...

    ReplyDelete
  3. comelnya.. suka baca kisah anak-anak dan aktiviti diaorang.

    ReplyDelete
  4. Pening kepala dibuat portfolio ni. Anak saya 1 pun belum siap lagi

    ReplyDelete