Seronoknya anak-anak di programme Junior Scientist Day - ( CSI ) di IMMB, Sungai Buloh

By Thursday, August 08, 2019 , , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Berpeluang  semalam apabila Hannah, Umair , Uwais dan kawan-kawan dari sekolah mereka turut sama menyertai programme Junior Scientist Day bertemakan siri penyiasatan jenayah iaitu CSI di Institute of Medical Molecular Biotechnology , Sungai Buloh.

Ini merupakan tahun ke - dua pihak IMMB menganjurkan programme seumpama ini. Pada tahun lepas, ianya diadakan pada musim cuti sekolah pada heri bekerja. Tahun ini, mereka ingin melihat sambutan jika dilakukan pada hari persekolahan biasa.

Yuran untuk seorang ialah RM120 tetapi jika dapat lebih 11 orang, harga akan menjadi RM100 untuk seorang.

Ini adalah aktiviti-aktviti yang akan dilakukan oleh anak-anak sepanjang mereka sehari di sana.
Awalnya, agak payah untuk kami mencari murid-murid bagi mencukupi lebih dari 11 orang. Tapi tak disangka-sangka dengan bantuan dan sokongan dari ibu-bapa yang lain, dapat jumlah pelajar-pelajar yang mendaftar dalam 15 orang.

Memandanggkan tiada guru yang terlibat, maka kami ( mak-mak ) ini yang planned semua. Dari pendaftaran, transportation dan kebajikan semasa anak-anak di sana. Total kereta yang pergi dalam 4 buah kesemuanya. Ada ibu-ibu yang ambil cuti bekerja. Salute lah kat korang ni!

Saya kalau ada bas, dah lama dah bawa jer bas tuh kan. Tak payah ibu-ibu lain ambil cuti. Tapi nak buat camane, rezeki nya kereta comel . Syukur jer la Alhamdulillah..nanti kalau beli bas dah kena jadi driver bas pulak~

Kami bergerak dari sekolah dalam pukul 7.20am dan sampai dalam pukul 8.20 - 8.25am. Parking sebenarnya banyak disediakan, tapi masa driving mana lah kami sempat nak tengok handphone. Last minute baru bagitau bab parking kan. Harapnya, next time blast dalam WhatsApp group at least malam sebelum tu ke. Jadi, takde la ada antara kami yang kena parking jauh. Nasib cuaca OK tak hujan ribut.

Pendaftaran bermula dari jam 8.30 am dan para pelajar dibahagikan mengikut umur masing-masing. Bagus juga buat macam ni sebab bab aktiviti dan penerangan tuh haruslah berbeza mengikut level kan? Takut nanti anak-anak yang umur 7 tahun ini kebosanan kalau lebih banyak penerangan dari aktiviti hands-on.

Semasa pembahagian kumpulan, pada asalnya pelajar-pelajar kami memang cantik dah duduk satu kumpulan mengikut umur. Tapi tak tahu lah kenapa last minute, ramai yang bertukar dan berpisah. Muka yang awalnya nampak happy dan excited sebab satu kumpulan akhirnya kena masuk kumpulan lain. Proses ini pun nampaknya memakan masa juga.

Tapi tak apalah, sebab saya fikir anak-anak kena mingle around juga kan? terkilan sebab benda boleh plan awal kenapa nak berubah di saat akhir. Lagi satu, mereka nampak cool dan professional dalam mengendalikan isu ini. So, OK lah...mak is redha. Huhuhuhu

Antara barang-barang yang dapat ketika pendaftaran. Untuk T-shirt kena beli asing. Boleh pre-order ataupun walk in sahaja untuk pembelian.
Group 7 sebelum ada antara mereka yang terpisah. Campur umur 10 dan 11 tahun.
Mereka semua ini adalah sekelas. Semua pun dok semeja. Lepas tuh last-last dok meja lain 😂
Ini kumpulan yang paling bahagia sebab tak terpisah langsung. HAHAH! Geng unur 7 tahun.
Mohon agar majlis ilmu ini diberkati dan anak-anak memperoleh sesuatu yang bermanfaat. Amin Ya Rabbal Alamin.


Selepas itu diikuti dengan penerangan dari salah seorang fasilitator JSD mengenai tugas mereka. Apa yang perlu mereka lakukan.

Dah namanya pun CSI kan..jadi main task mereka adalah perlu menyelesaikan  kes pembunuhan. Mereka juga diberi penerangan tentang beberapa orang suspects yang terlibat dan tugas seterusnya adalah untuk para pelajar mencari siapakah suspect utama dalam kes pembunuhan ini.

Pada pendapat saya, jika dengar penerangan daripada beliau adalah agak 'berat' dan complicated bagi anak-anak yang berusia 7 tahun. Rasanya mereka lebih banyak enjoy dengan aktiviti hands-on yang telah dilakukan. Bab kritikal thinking tu belum tercapai lagi dek akal mereka.


Ini adalah kertas kes yang mereka perlu 'study' dan seterusnya proses untuk mengecam siapakah pemangsa sebenar itu perlu dilakukan di makmal-makmal khas.

Sebelum aktiviti dijalankan, mereka semua diberikan labcoat dan safety glasses setiap seorang. Masa tolong Uwais pakai labcoat ini dia siap cakap. "Mama, macam jubah la" HAHAH~

Untuk pakaian, saya cadangkan pakai sahaja pakaian yang selesa untuk berjalan dan naik turun tangga. Kasut pula pakailah sport shoes ataupun yang bertutup.

Ready to go!
Kalau tak silap, jumlah kumpulan yang ada dalam 8 kumpulan.Manakala, station yang perlu mereka  lawat pula ada dalam 9 stations. Jadi, mereka akan bergilir-gilir ke setiap station tersebut.

Ini belajar berkenaan dengan darah. Syok sebab kalau dapat jawab soalan dengan betul akan dapat biskut dan gula-gula. Heheh!~
Masa ini dapat tengok kumpulan Umair beraktiviti. Tapi mama pun tak pasti apa yang korang sedang lakukan. Antara dialog yang kudengar adalah seperti ; 'where do you think the bullets come in? at the back or in front of the body? '

Oh ye! orang hitam yang terbaring tu sebenarnya dibalut ajer dengan plastik sampah. Hahaha~! dari jauh kuingatkan memang orang tuh warna hitam. Rasanya ini adalah mangsa kebakaran.



Ini pula untuk mereka melihat jenis-jenis dan lokasi tulang manusia di dalam badan. Bagus kan?

Group si cilik pula belajar tentang entomologi. Haaa..apa tuh? Entomologi ini adalah orang yang mengkaji tentang serangga. Yang digolek golekkan itu adalah hati ayam dan kalau tak silap ada maggots yang diletakkan bersama. Lalat juga rupanya memberikan sumbangan dalam proses siasatan kes pembunuhan ni tau. Yang saya faham, kita dapat tahu berapa lama mayat tu sudah mati berdasarkan kitar hidup atau metamorfis lalat tersebut.

Kelakarnya, budak-budak ni bising cakap "Eee....busuk lah!" 


Morning break cum discussion. Some groups tak turun pun sebab derang buat kat tempat lain.



Dalam pukul 1.30pm lunch break pula. Menunya adalah nasi goreng + telur mata + air mineral dan buah epal.
Lepas lunch break, anak-anak semua solat zuhur di surau yang ada di dalam bangunan ni. So far, puas hati dari segi kemudahan tandas dan surau. Bersih jer semua nya. Satu perkara yang saya perhatikan, anak-anak di SRIIPUJ ni sebab dah dibiasakan solat berjemaah setiap hari. Jadi, mereka memang senang bab ni. Auntie remind sekali jer, terus zassss pergi surau. Semoga anak-anak terus istiqomah dalam mendirikan solat. InshaALLAH.

Aktiviti dimulakan semula dengan menyelesaikan puzzles.




Nampak semuanya tekun cuba menyiapkan tugasan masing-masing. Untuk goup Uwais, nampaknya ada bantuan talian hayat di situ yer. HAHAH~


Hai Kak Yus! Happy nampak tuh? syok eh buat puzzles sekali? HAHAH
Lepas selesai aktiviti yang ini. Ada talk and sharing session from fire department. Masa ni, kami pergi lunch cum minum petang di kafe berhampiran. So, tak tau la apa yang berlaku. Hihihi~~

Sebelum majlis penutup, ada sesi kuiz dan perbincangan akhir untuk wrap up the investigation. Siapakah sebenarnya suspek utama dalam kes ini.

Masa ini saya tengok, budak-budak yang umur 7 tahun ni dah tak leh duduk diam. Mesti dah tak sabar nak habis. Derang lagi seronok buat aktiviti masing-masing di meja mereka. Aduih la anak..habis bersepah meja dengan kulit roti sandwich, air mineral tumpah sana sini. Terpaksa saya datang tolong kemas sikit.

Finally, majlis penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat. Sijil cantik lepas tuh ada nama print siap dah. Bagus..sebab saya dah tak perlu nak adjust di rumah untuk print. Heheh!


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan programme seperti ini.Especially parents yang sudi libatkan anak-anak mereka. Saya hargai sangat-sangat. Buat semua fasilitator yang terlibat di IMMB. You did a good job sebab anak-anak memang enjoyed dan happy semuanya.

InshaALLAH, ada rezeki dan panjang umur jika ada kelainan aktiviti untuk tahun hadapan. Dapatlah kami join lagi yer.

That's All and Thanks for reading!



You Might Also Like

1 comments

  1. wah enjoy ye semua. and betul babe, bab critical thinking memang agak berat lah kan. I pun berpeluh kalau masuk bab berfikir ni. hehehe

    ReplyDelete