6 kaedah mendidik anak berpuasa
Assalammualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-21 umat Islam berpuasa. Sudah masuk ke malam ke 10 Ramadhan terakhir. Adanya Malam Lailatul Qadar, ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan. Ada doa khusus yang ingin saya kongsikan di sini supaya dapat dibaca oleh anda semua :
Tahun ini juga pertama kali untuk kami dengan bersungguh menggalakkan Hannah berpuasa. Memang pada mulanya ada rasa terdetik di hati ...boleh ke Hannah puasa ni sebab kat sini total berpuasa adalah lebih kurang selama 17 jam. Waktu subuh masuk pukul 2.40am dan waktu berbuka dalam pukul 7.00pm. Jadi, saya ada buat beberapa strategi untuk menggalakkan Hannah berpuasa.
Sebelum saya kongsikan beberapa tips yang saya dah cuba buat untuk Hannah. Saya sekadar ingin mengingatkan bahawa tips ini sesuai dengan character beliau, character kami suami isteri dan cara hidup kami sendirik. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak pertama kali berpuasa. Ingin juga saya kongsikan hasil dari Ramadhan Project saya bersama kawan-kawan di sini. Projek ini dinamakan : One Week One Juzuk. Disamping itu, kami galakkan juga untuk tadabbur ayat ayat suci Al-Quran dan dikongsikan melalui whatsapp. Simple, kalau tak sempat nak tadabbur setiap ayat, maka pilih lah 2-3 ayat yang terkesan di hati atau boleh dijadikan tauladan untuk semua orang.
Surah Al-Isra (Juzuk 15 ) Ayat ke 84 : "Katakanlah (Muhammad) setiap orang lakukan menurut keadaan masing-masing. Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya"
1) Terangkan dahulu secara ringkas, apa itu Ramadhan dan berpuasa :
Tidak terlalu terperinci untuk si kecil yang berusia 7 tahun untuk mengetahui maksud Ramadhan dan menahan diri dari makan dan minum. Sambut kedatangan Ramadhan dengan anak-anak bersama jiran-jiran, guru sekolah, kawan-kawan, telefon nenek,tok ayah, opah dan atuk di kampung. Beri ucapan selamat menyambut Ramadhan/ berpuasa kepada mereka. Atau, kami di sini, menulis poskad dan hantar kepada kedua orang tua saya di Malaysia. Suruh anak-anak tulis sendiri ucapan mereka atau bantu mereka untuk menulis. Saya ada juga kongsikan bagaimana untuk memberitahu cikgu Hannah di sekolah nya yang kebanyakannya 'non-muslim' tentang apa itu Ramadhan.
2) Mulakan dengan separuh hari dan tiada paksaan untuk berpuasa bagi kanak-kanak
Hari pertama, Hannah bersahur sama macam makan sarapan pagi seperti mahu ke sekolah. Saya sediakan menu yang agak berat seperti nasi goreng. Tiada bekal untuk dibawa ke sekolah. Pulang dari sekolah, dia makan macam biasa.
Hari kedua pun sama macam hari pertama.
Hari ketiga, saya kejutkan dia untuk bersahur sama macam kami, pukul 2.20 am. Menunya, nasi dan apa sahaja lauk. Hannah berpuasa di sekolah dan makan apabila sampai di rumah dalam pukul 3.50pm macam tu.
Hari ke-empat sehingga hari ke-lima sama macam hari ketiga.
Hari ke-enam sebab waktu tu cuti, saya pula tak kejut die bangun sahur, jadi, dia makan macam biasa sampai pukul 11 pagi then saya suruh die stop makan. Maka dia berpuasa dari kol 11pagi tu sampai ke waktu berbuka puasa.
3) Sediakan ganjaran / 'reward'
Hari ke tujuh, kami sediakan 'reward' jika dia mampu berpuasa penuh. So, dia setuju, Alhamdulillah...Hannah mampu berpuasa penuh setiap hari. Tapi, saya selalu pesan, cakap dengan dia.."Hannah tak leh pose sebab reward ni jer, paling penting kena cuba ikhlaskan diri puasa hanya kerana ALLAH S.W.T, tak leh la bagi reward everyday...ada kawan Hannah yg memang langsung tak dapat makan and minum ..apa lagi nak dpt reward mcm Hannah dapat ni...think about that"
So far, dia angguk faham... dan reward tu kami stopkan sejak hari ini. Tapi, semalam dia bersungguh nak berpuasa, walaupun dah tak dapat reward tapi die cakap dapat pahala... :). Moga kefahaman yang sebegini terus tersemat sampai mama and papa dah tader yer sayang.
Reward di sini ikut kemampuan masing-masing. Sekadar cadangan, anda boleh bagi hadiah buku cerita bersiri so setiap hari ada kesinambungan atau tukar-tukar dengan ais krim ke , favourite food die ke, favourite toy ke..anything yang korang rase sesuai dengan anak anak korang la.
4) Guna 'reverse psychology'
Balik dari sekolah, saya akan tanya dulu.."Ok ke tak? nak buka puasa tak? nak minum? nak makan?..It's Ok, kalau nak buka puasa..go ahead..I don't mind". So far, jawapan nya, no..tak nak. Maybe dia nakkan sangat reward tu kot..heheh..tapi tadi tanye lagi walaupun die tau die tak dapat reward, tapi die still nak berpuasa. So, Ok la tuh..maybe die pun dah happy and faham betapa syoknya 'nikmat' dapat berbuka puasa bersama-sama.
4) Puasa bukan sekadar tak makan or minum
Kalau tak puasa pun takpe, tapi please jaga adab and akhlak. Jangan selalu gaduh2 dengan adik2, kena sabar banyak-banyak, tolong cikgu and kawan kat sekolah, jangan ejek kawan-kawan yang tak berpuasa, they might be much way better than you in other aspect, jangan cakap bende2 yg tak elok,kalau tak tahan haus or lapar just bgtau...nanti terus dapat minum air best. Jangan curi-curi minum air paip.
5) Utamakan Solat
Solat lagi penting dari puasa untuk kanak-kanak seusia Hannah. Bulan Ramadhan ni Hannah kena tambah satu lagi waktu solat . Sebab sebelum ni, Hannah solat Zuhur dan Maghrib sahaja. So, bulan Ramadhan die kena tambah lagi satu waktu, so die solat Zuhur, Asar and Maghrib. Isyak and Tarawih kadang-kadang jer dia buat, Tapi boleh kira la berapa kali. Alasan sebab lama sangat katanya. Jadi, saya replace dengan aktiviti lain, hafazan few simple surah sampai betul panjang pendek dan sebutan huruf dal, dod, a utk alif dan a untuk ain. Hafalkan maksud bacaan duduk antara dua sujud. Untuk saya, tak perlu buat perkara yang semua orang lain buat. Ikut kemampuan, waktu yang ada, cara hidup anda sendri bagaimana, ada anak-anak kecil yg lain ke tidak, ada baby ke tidak, ada homework yang kena buat ke tidak, ada maid ke tidak dan pelbagai faktor lain yang perlu anda ambil kira.
6) Jangan stress
Jalankan tanggungjawab sebagai ibu-bapa bersama-sama. Jangan stress kalau anak-anak masih tak nak berpuasa or tak mampu berpuasa walaupun sudah kategori kanak-kanak 'tua'..hehehe..selagi belum baligh masih boleh dimaafkan cuma pada saya kena bagi masa dan kena juga bagi latih tubi tapi kalau boleh jangan lah sampai memaksa, kalau dah tak larat sangat bagilah mereka minum dan makan. Nanti die ingat agama Islam menyusahkan dan terbeban. Walhal, ALLAH S.W.T tegaskan untuk kanak-kanak mula solat pada usia 7 tahun dan berpuasa apabila baligh. Saya yakin, anda semua kenal anak-anak anda luaran dan dalaman. Especially, mommies la, memang power sampai boleh baca fikiran anak sendiri. Kadang tengah basuh pinggan kat sinki, mata mengadap dinding tapi boleh nampak anak tengah buat ape kat depan living hall. :)
OK, kat bawah ni beberapa aktiviti yang saya buat untuk galakkan Hannah berpuasa.
Akhir kata, saya hanya ibu yang biasa-biasa sahaja. Saya percaya kat luar sana ada lagi ibu yang hebat-hebat. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya yang memang banyak sangat kelemahan. Kalau boleh, jangan bandingkan anak kita dengan orang lain. Anak itu sendiri unik. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Macam kita semua. Jadi, banyakkan doa, cuba sedaya upaya mengikut kemampuan. Jangan la rasa down or tercabar sebab anak kita masih belum boleh berpuasa. Masa Hannah 6 tahun pun, saya takder langsung nak suruh dia berpuasa. Bila tiba masanya, dengan usaha dan tawakkal, InshaALLAH dia boleh buat. Walaupun tak dapat dari hari pertama Ramadhan, tapi itu usaha dan cara saya slowly galakkan dia berpuasa.
Selamat menyambut 10 Ramadhan yang terakhir kawan-kawan. Semoga ALLAH SWT limpahkan rahmat sebanyak banyaknya untuk kita semua dan diampunkan segala dosa. Amin.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.