Tips membeli tiket Doraemon Museum (Fujiko-F-Fujio Museum) di Lawson

By Tuesday, December 29, 2015 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Rase rajin datang dengan tiba-tiba. So, I am happily share this tips for everyone. Here is the step one by one that you can follow to purchase the ticket.

Bila sampai di Japan sila cari convenient store yang bernama Lawson di sini. InshaALLAH, ada banyak kalau di kawasan train station. Kalau tak silap, ada 2 jenis Lawson kat sini. Warna biru dan hijau. Cari yang warna biru macam dalam gambar ni sebab yang warna hijau tu tak de mesin Loppi. 
Bila dah masuk Lawson, sila cari mesin Loppi macam dalam gambar ni. Mesin loppi ni touch screen, so terus pilih yang dalam dotted red line tu. Doraemon museum kat sini dikenali dengan nama kartunis iaitu Fujiko-F-Fujio.

Tekan bulan mana yang korang nak pegi

Sila follow arahan macam yang dibuat di atas. Masa untuk masuk ke museum cuma ade 4 kali jer. Pukul 10:00am, 12:00pm, 2:00pm dan last sekali pukul 4:00pm.

Zoom in step #6


Part ni susah sket kalau tade basic hiragana and katakana sebab kena type nama kot tulisan derang ni. Tips 1) belajar dulu tulis nama kot hiragana and katakana atas kertas. Refer kat internet untuk tahu lebih lanjut tentang tulisan Japanese ni. Kalau susah sangat, mintak tolong cashier Lawson tuh buatkan. Tunjuk jer passport kat derang. Tapi, kalau tengah customer ramai, susah gak derang nak tolong. Tips 2) Yellow button tu utk butang space bila type 1st and family name. Kena press 2 times laju-laju kat situ.

Tips #10 : Boleh jer letak num telefon Malaysia without code  "+6" kat depan . Bila mesin dah print slip panjang macam dalam #13, sila semak balik tarikh dan bilangan tiket yang korang nak sebelum pembayaran secara tunai dibuat di kaunter Lawson. 


Tips lain :

1) Tiada kaunter tiket di Fujiko-F-Fujio Museum. Jadi, tiket memang WAJIB beli di Lawson
2) Mesin Loppi hanya ada di Lawson convenient store. Tiada di 7-Eleven ataupun Family Mart
3) Pembayaran hendaklah dibuat dalam  masa 30minit dari tempoh slip dikeluarkan dari mesin Loppi
4) Mesin akan keluarkan error ( tanda X) if tiket yang korang nak beli dah sold out.
5) Rujuk sini untuk maklumat lebih lanjut tentang harga tiket dan lain-lain http://l-tike.com/fujiko-m/english/
6) Beli seawal sebulan dari tarikh yang kita nak pergi sebab tiket selalu sangat sold out. Elakkan weekends atau public holidays. Nasib saya baik sket sebab try beli pagi tu untuk tiket hari yang sama.


You Might Also Like

1 comments

  1. Hai akak. Nak tanya sikit. Akak pergi sini stay kat tokyo ke lat kawasaki?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.