My first palazzo
Assalammualaikum w.b.t
Semenjak ada mesin jahit tepi jenama brother . Semakin menjadi-jadi menjahit. Baru-baru ini, saya telah berjaya menjahit palazzo untuk Hannah.
Pada mulanya, saya lakarkan dulu atas kertas biasa. Kemudian saya gunting dan lihat bentuk akhir hasilnya.
Seterusnya, saya tekap lakaran kertas tu di atas kain. Sebab beginner, jadi saya memilih untuk menggunakan kain cotton. Senang nak handle dan lebih mendengar kata. Hehehe~
Jahit dan cantumkan macam biasa. Maka, jadilah seluar palazzo yang kecik sesuai untuk geng Trolls. Haha~ Tapi tak letak getah pun. Sekadar nak tengok kejadian sebenar di atas kain.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jom tengok hasil palazzo untuk kanak-kanak yang berusia 8 tahun!
Dan buat pertama kalinya, saya cuba untuk meletakkan poket. Memula buat, terkecik saiznya. Nak masukkan tangan pun tak boleh. Bukak jahitan dan buat yang baru. Ini adalah perkara biasa kalau menjahit. Memang memupuk kesabaran dan ketabahan. Hahah!
Kalau tengok betul-betul. Seluar ini memang fresh from oven gituh. Sampai saya tak jahit kelim pun kat bawah kaki tuh. Memang tak sabar nak buat photoshoot terus. Hehehe....
Alhamdulillah..
Sebenarnya, sampai sekarang masih tak percaya dengan kebolehan dan keupayaan diri sendiri untuk menjahit. Terima kasih ALLAH..kerana mengurniakan 'kerajinan' untuk hamba mu yang hina ini.
Dan untuk hari ni, saya sudah menerima tempahan dari rakan-rakan untuk menempah palazzo. Walau tak banyak. Saya tetap bersyukur. Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu "Ar-Rahman".
Semoga rezeki yang sedikit ini mendapat keberkatan. Keberkatan yang tidak kita ketahui. Tidak dapat kita lihat dengan mata pancaindera.
That's All and Thanks for reading!
6 comments
Cantiknyaaaa kak :)
ReplyDeletecantik laa nany...baper selai ni nany.... ikut saiz ke mcm mane.... siyes lawooo..susah nak dpt saiz budak palazo nieh....
ReplyDeleteBukan palazzo aje cantik tapi modelnya tu yg buat palazzo tu bertambah menarik dipandang mata:) Modelnya sweet..
ReplyDeletecantiknya...modelnya seusia anak sy...heheh ..ni rasa nak tempah ni
ReplyDeletecantiknya...modelnya seusia anak sy...heheh ..ni rasa nak tempah ni
ReplyDeleteBerseni betul tgn sis.. lawa hasilnya..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.