Tips jika berseorangan keluar bersama anak-anak kecil
Keluar berseorangan bersama anak-anak kecil sudah pasti
sesuatu yang agak mencabar untuk dilakukan. Ada kalanya kita tiada pilihan
melainkan untuk membawa kesemuanya sekali. Walaupun sukar tetapi percayalah,
dengan sedikit persediaan dan jiwa yang kental kita semua boleh melakukannya!
Sebelum berkongsi tips dengan lebih lanjut, perkara yang paling utama untuk diberi
perhatian di sini adalah pentingnya untuk mengenal diri kita sendiri.
Ya! Kita semua mempunyai personaliti yang berlainan antara
satu sama lain. Anda yang jenis bagaimana? Sukakan sesuatu yang mencabar dan
menyeronokkan? Seorang yang mampu berdikari dan suka mencuba sesuatu yang baru?
Selain itu, lihat dan kaji tahap kesabaran yang ada di dalam diri
masing-masing.
Penting! Supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kesian anak-anak dan malu juga pada orang ramai.
Seterusnya, kenali perwatakan anak-anak anda. Mungkin jenis
yang introvert ataupun ekstrovert. Kemungkinan juga anak anda mempunyai sindrom penyakit lain seperti ADHD iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Di sinilah anda perlu
berusaha memikirkan cara yang terbaik untuk keluar bersama mereka tanpa
sebarang masalah ataupun masalah dapat dikurangkan.
Berikut adalah tips yang ingin dikongsikan bergantung kepada
situasi yang berlainan :
1) Situasi ketika mahu membeli belah barang
dapur :
Elakkan pasar borong kerana keadaan lantai yang sentiasa
berair dan kawasan yang sempit. Ianya boleh mengundang bahaya kepada anak-anak
anda. Carilah pasar raya yang menyediakan khidmat parking dan lebih mesra
kanak-kanak.
Pesan terlebih dahulu kepada mereka apa barang ataupun
makanan yang boleh dibeli dan yang tidak boleh dibeli. Anda juga perlu tegas
dan sentiasa mengingatkan mereka. Berilah anak-anak makan dan minum terlebih dahulu. Jika
mereka pergi dalam keadaan lapar, kecenderungan mereka untuk buat hal
adalah lebih tinggi. Ini akan merumitkan keadaan dan kemungkinan anda terpaksa
pulang ke rumah dan membelli belah di atas talian sahaja.
Buat senarai barang yang perlu dibeli bersama anak-anak.
Minta mereka menulisnya dan jangan lupa untuk semak kertas tersebut ketika
aktiviti membeli belah dilakukan. Percayalah! Ianya sangat menyeronokkan kerana
mereka akan berlumba-lumba membaca, mengambil barang dan menanda barang yang
sudah dibeli.
Jika lalu di bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan.
Beritahu mereka dan tunjukkan apakah nama sayur sayuran dan buah buahan
tersebut. Terangkan juga warna dan rasanya.
2) Ketika menunggu di klinik atau di
pejabat pos atau di mana-mana sahaja :
Menuggu tanpa melakukan sesuatu adalah sesuatu yang sangat
tidak disukai kanak-kanak. Oleh itu, perlu untuk kita membuat beberapa
persediaaan awal. Antaranya ,sila semak masa operasi urus niaga. Lagi bagus
jika boleh datang seawal mungkin. Ini boleh mengelakkan masa menunggu yang boleh
menjadi sangat lama. Jangan lupa barang mainan kegemaran anak-anak yang mudah
dan senang dibawa. Seperti contoh : kereta mainan kecil ataupun soft toys.
Lakukan aktiviti lain seperti membawa sebarang majalah atau
buku kesukaan anak-anak untuk dibaca bersama-sama. Kertas kosong dan pensel
juga sangat membantu. Lukis objek sekeliling yang dapat dilihat seperti meja,
kerusi, kereta dan pokok. Seterusnya, kira jumlahnya bersama-sama. Anak-anak
juga cepat lapar dan haus. Bawalah sedikit bekalan makanan seperti biskut atau
roti dan air masak.
3) Memenuhi jemputan kenduri atau sebarang
majlis harijadi
Pastikan perut anak-anak anda tidak terlalu lapar ataupun
kenyang sebelum menghadiri sebelum majlis tersebut. Terangkan majlis yang akan
dihadiri itu bagaimana. Majlis harijadi tidak sama dengan majlis kenduri kesyukuran
ataupun perkahwinan. Sentiasa ingatkan kepada mereka untuk tidak berebut-rebut
ketika mengambil makanan ataupun minuman.
Akhir sekali, kita sendiri perlu tenang dan pastikan perut
juga sudah diisi. Barulah senang untuk mengawal anak-anak.
Jadi anda semua bagaimana? Sudah berani untuk membawa
anak-anak keluar berseorangan ?
Sila kongsikan jika anda pernah mengalami situasi seperti di atas dan mempunyai tips lain dan lebih menarik!
That's All and Thank you for reading!
5 comments
Dah lupa cara kakak dulu macamana sebab anak-anak semua dah remaja:)
ReplyDeleteTapi tips yg diberi memang boleh diaplikasikan.
Salam BW dari Diari Dandelion,
ReplyDeleteTips yang bagus NF.
Since anak saya sekarang pun boleh tahan lincahnya, buat saya risau nak ke mana-mana tanpa papa dia.
dah berjaya bawak Lihin ke bank, dia nampak agak rimas. ahahaha.
ReplyDeleteThanks for the tips! Baru bawa sofia yang 2 months ke tesco... Er. Tak sampai sejam kut sebab tak reti nak handle sangat lagi..
ReplyDeleteKalau bawa sorang pnh la nani ok lg yg adik tu.kalau bwa dua2 msyallah mencabar btul..tu bru dua..kdg fikir 2 3 kli nk kuar ke tak kalau tak ada suami..huhu
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.