Murah sangat ke shopping di Mitsui Outlet Sepang?

By Thursday, May 25, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Tertanya-tanya juga saya, jauh sangat ka beza harga barang di Mitsui Outlet Sepang berbanding dengan harga barangan di shopping mall biasa?

Jawapannya -YES! Memang murah dan berbaloi.

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Memang berbaloi dan sesuai untuk mereka yang ingin mencari barangan branded dengan harga yang berpatutan. Ataupun murah dari yang luar. Cuma kelemahannya, barangan tersebut kemungkinan yang outdated punya. Corak dan style yang dah ketinggalan la. Tetapi, ianya masih tetap berkualiti dan harga juga sangat jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di luar.

Sebagai contoh, seluar Levi's UNISEX yang saya beli ni berharga RM179. Dan kalau nak tau, di luar harganya dalam RM299! . Kalau seluar untuk perempuan pula, ada yang berharga RM159.  Paling murah dalam outlet Levi's tuh.

Untuk lelaki punya pun of course lah ada. Cuma mungkin warna dan jenis cutting tu tak sebanyak di luar. Sebab baru-baru ini, husband beli jeans di Levi's IOI Mall Puchong. Harganya dalam RM330 kalau tak silap.

Kedai sport Adidas juga agak besar di sini. Menawarkan harga hingga potongan sebanyak 70%. Saya belikan seluar track untuk husband. Beli dua helai terus sebab harga nya sehelai RM86. Nasib baik size masih ada. Kalau tak frust lah I !
Kitaorg sebenarnya letih dok mencari seluar track style macam dalam gambar ni. Kain kat luar yang jenis lembut dan ringan tuh. Ada terjumpa satu masa jalan-jalan di KLCC  dan harganya adalah RM220 sehelai.
Tidak seperti di Mitsui Outlet Sepang kerana butik di KLCC memang mempunyai keluaran corak yang terbaru. Sebab tu mahal. Sebenarnya, kriteria utama husband adalah jenis kain yang berkualiti since dok kat sana dia hantar pakaian dia ke kedai dobi ajer.
 Selain kedai Adidas, kedai sukan jenama lain juga banyak terdapat di Mitsui Outlet Sepang. Saya sangat rekomen untuk sesiapa yang mencari baju, kasut dan kelengkapan sukan yang lain untuk datang shopping di sini. Bukan apa, yang pertamanya sebab pilihan jenama yang pelbagai dan yang ke dua adalah harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan di butik luar.
Sedikit kecewa dengan kedai yang menjual baju kanak-kanak. Tujuan utama ke sini kekonon nak shopping baju raya anak-anak. Tapi boleh kira dengan jari  kedai yang ada.

Baju dan seluar yang ada di Cotton On utk KIDS  tidak menepati citarasa saya. Kebanyakan bajunya banyak sangat t-shirt dan pada pandangan saya, sesuai untuk pakaian harian.
Peminat tutu jangan lupa singgah sini. Murah sangat! tapi sorry la tak ingat pula berapa rm. Tapi less than RM30 if not mistaken. Kalau ada function yang nak beragam, boleh la datang ke sini. Check kot-kot ada size ke kan.
Korang pernah dengar BVO?. Ended up, saya belikan baju dan seluar raya anak-anak kat sini. Baju berjalan untuk ke majlis-majlis rasmi ataupun kenduri saya belikan kemeja berkolar lengan pendek, POLO dan baju t-shirt round neck dari FILA. Kain agak tebal sikit dibandingkan dengan Cotton On.
Semua harga ada potongan sehingga 70%. Harga asal RM159.00 lepas diskaun, jadi RM47.70. Selain brand FILA dan POLO ada juga HUSH PUPPIES. Tapi tak banyak pilihan. Especially baju lengan panjang untuk Hannah. Tak jumpa sampai ke sudah. Saya belikan dia seluar jeans HUSH PUPPIES sehelai. Mungkin baju boleh cari di JUSCO ataupun H&M nanti.

Next, sapa suka beli cadar? Sebenarnya, tak tau la pulak cadar dari Akemi Uchi ni best. Saya tau pun sebab pergi harituh dengan Atirah, jadi dia la yang consult and bagitahu saya tentang kehebatan cadar Akemi Uchi. Hahaha! Selama ni, cadar saya beli kat dalam GIANT ajer. Sekali ajer dulu pernah beli yang agak branded. Tu pun pakai dah bertahun-tahun, sampai terkoyak lepas tuh buang terus. Huhuhu.
Saya belikan dua helai cadar super single untuk Hannah dan Umair. Harganya satu RM29.90 dan RM39.90. Heheh..Nak jugak kan beli? Uwais tak dapat la cadar sebab masih sayangkan ketiak mama dia ni :) Nak tido ngan mama ajer.

Kedai peralatan dapur perkakas pun ada juga. Cuma tak banyak sangat. Contohnya Noritake.
Dalam BVO juga, ada jual sedikit barang rumah dan dapur. Saya tertarik dengan senduk dan sudu yang bersaiz sederhana. Sesuai kalau nak jamu tetamu dengan makanan yang berkuah. Ada potongan 70%.

Harga asal senduk RM39.90,  lepas diskaun dapat RM11.97. Yang satu lagi RM14.97 selepas harga asal RM49.90.
Sebelah kiri yang lama. Sebelah kanan yang baru dibeli di BVO. Harga asal dalam RM40++. Ada less 50%. Dapat lah dalam RM22 kot lebih kurang macam tuh. Bye bye sudip berketuat! HAHAH!

Peminat Corningware. Anyone?

Masuk kedai kasut CLARKS dalam ni. Oh my!!! rambang mata sangat. Pilihan tuh memang ada banyak. Cuma, mungkin masalah saiz kot. Tak sempat nak try sangat. Tapi antara yang saya suka dan dah cuba. Adalah yang ni :
Sangat ringan dan padu bila test pakai ni. Sesuai sangat untuk saya yang salah satu pekerjaannya adalah mak supir ni. Kita nak bergerak pantas dan cergas selalu. Jadi, itulah sebabnya agak berkenan dengan kasut ni. Tapi tak beli pun. Sebab baru ajer beli kasut kat BATA. Hehehe..
Banyak juga kan kurang harganya di situ.
 Ini pun nampak selesa juga.
Harga lepas diskaun :)
Cantik dan nampak unik barang perhiasan dalam kedai TYPO ni. Cuci mata ajer lah yer. Ada terjumpa kedai yang jual barangan Jepun kat dalam ni. Ohoiii..best lah tengok-tengok sambil melepaskan rindu pada negara matahari terbit tuh.
Akhir sekali, ni lah hasil tangkapan saya ke sini. Sumer dah lengkap kecuali baju lengan panjang t-shirt Hannah ajer. Nanti-nantilah cari kot.
Testing baju Umair dan Uwais :
Overall, MITSUI OUTLET SEPANG sesuai untuk mereka yang nak cari barangan sukan yang branded. Parking RM2 sejam. Food court ada kat tingkat atas sekali. Toilet superb, bersih. Parking pun banyak sebab maybe kitaorg pergi weekdays kot.

Ok, sampai sini dulu yer. Thanks guys for reading.

:)


You Might Also Like

5 comments

  1. Tak sampai lagi ana ke sana. InsyaAllah satu hari kena ke sana juga. Window shopping pun jadilah kan.

    ReplyDelete
  2. tk smp lg...tp aritu ada plan nk singgah dh alang2 pi airport klia..tp xjd singgah...tgk la ada rezeki smp

    ReplyDelete
  3. Bestnya dah shopping raya! Saya dah dua tiga kali pergi mitsui tapi tak de banyak barang yang berkenan... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam...boleh follow saya di insta psamie.mitsui.saya boleh tolong belikan pada siapa yg duduk jauh😁

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.