La Tahzan. Don't be sad.

By Friday, July 14, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Her new obsession now. Sedih pun ada step dia yer aunties! HAHAH
Pulang dari sekolah dua hari lepas, anakanda kami,  Hannah beritahu saya sesuatu.

"Mama, kakak and ada few students  tak dapat masuk persembahan coral speaking. Lain-lain semua masuk. Ada 3-4 orang ajer pun. Kenapa muallimah tak bagi semua masuk"

Jelas, dia sedih dan kecewa sebab tak terpilih untuk sama-sama buat persembahan tuh. Katanya untuk akhir tahun nanti.

Mama pun sentap sedikit. Betul juga apa yang Hannah cakap tuh, sebab satu kelas cuma ade 12 orang saje. Kenapa tak masukkan ajer semua.

Lagi satu, biar semua rasa dan ambil bahagian sama-sama meriahkan hari anugerah akhir tahun nanti.

"Laa..ye ke? Takper la Hannah. Maybe sebab Hannah senyap kot dalam kelas. Muallimah pilih students yang suara kuat "

Saya cuba memujuk Hannah. Memang betul, anakanda kami yang sorang ni quiet orang nya. Bukan jenis yang berdrama queen. Mungkin kategori introvert. Pun begitu, saya yakin bahawa setiap individu ada kelebihan masing-masing.

Dan saya juga tak tahu apa planned Muallimah yang lain. Mungkin mereka sibuk dan masih dalam perbincangan dan perancangan.

HUSNOZON. 


Saya malas nak layan sangat rasa sedih dia tuh. Cuba lagi cakap

"Macam ni la, Hannah punya buku Nilam dah habis kan? esok jumpa Muallimah..minta buku Nilam yang baru dan cakap elok-elok boleh tak kalau saya nak join persembahan tuh?

Dia mengangguk. Tanda setuju.

Petang semalam, dalam kereta saya tanya.

"So, dah ambil buku Nilam? Ambil 2 kan? untuk Umair sekali "

"Ha'ah..dah ambil"

"Dah tanya pasal persembahan tuh tak?"

"Dah...tapi Muallimah cakap ..minta maaf dah penuh"

"Oh..It's Ok. Bagus la tuh..Muallimah pun cakap elok-elok kan. Lagipun mesti ada hikmah kenapa Hannah tak terpilih. Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam Surah Al-Baqarah : 216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Itulah  kita namanya manusia yang sering diuji tidak kira usia tempat dan masa. Untuk  Hannah, dia sudah boleh faham dengan apa yang ALLAH SWT cuba sampaikan dalam ayat tu. Cuma, kena explain lebih lagi. Contoh dah ada depan mata pun. Lagi senang kerja mak. :)

Begitulah sebaik baiknya AL-Quran diturunkan kepada kita. Bukan hanya untuk dibaca tetapi untuk dijadikan panduan dan  pendamping diri kita. Di saat kita sedih atau gembira. Akan ada ayat-ayat yang memujuk kita agar terus bersemangat untuk meneruskan hidup.

Actually, saya boleh jer if nak pm muallimah bagitahu suruh masukkan juga Hannah dalam persembahan tersebut.

Tapi saya tak nak buat macam tuh. Saya taknak campur tangan urusan guru dan paling penting biar anak-anak kita rasa manis pahitnya kehidupan ini. Baru sikit diuji dengan kesedihan. Biar dia rasa sedih. As long as dia tahu saya ada di sisi untuk dia bercerita segalanya. Saya redha dan happy.

Jadi, larikan fokus kekecewaan tersebut kepada sesuatu yang lebih menggembirakan. Semoga kita semua sentiasa ceria dan tahu mengawal kesedihan dan segala aura negatif yang ada. Ajak anak-anak kita buat sesuatu yang dapat menceriakannya. Budak-budak lagi senang nak letgo something kan?

Jangan buang masa meratapi sesuatu yang di luar kawalan kita. Learn how to manage your expectation. We can't change people but we can change ourselves.



That's All and Thank You for reading!

:)

You Might Also Like

7 comments

  1. akak ni selalu bt dana bukak mata, tentang rezeki n bersyukur

    bgsnya hannah pandai menerima apa jg nasihat akka... bgs pendekatan akak...
    sbb dana penah terasa hati masa aiyan 5 thn bila dia tak dpt pun jd best student dlm kelasnya.. sampaikan dana tak nk bergambar ngn dia masa hari graduasi 5 thn... lps tu dana terkilan sgt, sapa lah dana menyalahkan takdir... sapa lah dana ni, pun dlu bkn pandai sgt masa kecik, sampai nk membandingkan aiyan ngn bdk lain...
    sedangkan dia insan istimewa yg lbh istimewa dr murid2 lain

    ReplyDelete
  2. Bersungguhnya dia nak join persembahan tu kan. siap sampai sedih-sedih lagi. yup betul apa yang akak buat tu. takpa insyaAllah nanti ada peluang dia masuk tu. muallimah mesti akan nampak kesungguhan dia. :)

    ReplyDelete
  3. InshaAllah akan ada yang lebih baik untuk hannah, macam anak akak adrien pun tak perpilih untuk kalam jamaie, bila di tanya dia kata tak terpilih, mualimah tak pilih dia..huhuhu sedih jugakan tapi takpe ada yang lebih baik inshaAllah

    ReplyDelete
  4. Ada perancangan yg lagi baik utk Hannah akan dtg. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. hannah. saba ye.
    mungkin peluang hannah lom sampai.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. kesian hannah,dulu aunty irda pantang tak dapat masuk apa-apa,kalau boleh semua aktiviti nak masuk,sebab aunty irda ni suka sangat nak menang banyak perkara,and suka sangat masuk persembahan hari gurulah,anugerah cemerlang lah..but sometimes,i feel tired to perform everything,bila sesekali tak dapat masuk,wahh best juga bila kita tengok orang pula buat persembahan and kita become penonton and sometimes judges.hehe but judges sorang2 tau..jangan cakap ngan sapa2..orang yang buat persembahan pada sesuatu majlis selalunya akan selalu nervous,gelisah selagi tak buat persembahan,at least kita boleh rileks2 and reduce any nevourness..heheh.isk betul ke english aunty ni?

    but its ok my dear,yang terpilih atau tak terpilih,doesnt matter because nanti mesti ada peluang lain.

    maybe hannah dah nampak very good in english choral speaking,so they all pilih mana yang kurang sikit untuk buat diorang belajar lagi.dan berani buat persembahan,so in this situation hannah as leader n they all kena buat persembahan to become as good as you, selalunya leader hanya memerhati,and they all kena perform..heheh..good girl.aunty doakan u always success ya solehah girl..

    Sory nany,this comment belong to hannah.:)

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Hannah lukis....
    Hakak suka pendekatan Nanny mendidik anak anak... Hakak tak de banyak ilmu mcm Nanny. Betullah apa yg Nanny ckp tu....sekecil kecil umur pun Allah dah turunkan ujian. Semuanya untuk kita hambanya belajar cara menangani dengan jalan yg terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.