Penggunaan Kotak Sebagai Ganti Plastik Bag

By Thursday, February 01, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Saya memang sokong sangat usaha kerajaan untuk menggalakkan kita semua menggunakan recycle bag ketika berbelanja di pasaraya. Walaupun kadang-kadang terlupa juga nak bawak recycle bag tu sekali.

Saya perasan kalau shopping di Pasaraya GIANT mereka ada menyediakan kotak-kotak yang sudah tidak dipakai lagi untuk kita gunakan sebagai tempat menyimpan barang-barang shopping kita tuh.

Tapi kena lipat sendiri la yer. Which is I selalu gak fail. HAHAH! Gunting, gam dan tali juga disediakan. Kalau tak tau nak lipat cane..boleh minta tolong Pak Guard kat situ. Selalunya memang die akan tolong saya. Tak pernah lagi die reject kalau saya minta tolong.

Jujurnya, pada pendapat saya lah kan. If guna kotak lagi senang nak susun barang-barang yang kita shopping masuk dalam tuh. Nak keluarkan pun senang juga.

Cuma, saya tak suka nanti kotak tuh kite kena lipat dan buang balik. Makan space tong sampah pula. err...boleh ka macam tuh?

Cuma better lah dari plastik bag kan? at least yang ni boleh mereput dan melupus. Daripada penggunaan plastik bag yang biasa tuh. Kita yang mereput dulu sebelum tunggu die nak melupus. 😂😂

Kalau nak tahu, plastik dan sebarang produk yang terhasil dari plastik mengambil masa lebih kurang 1000 tahun untuk hancur dan luput. Bayangkan lah kat dunia ni betapa ramainya orang dan kalau sorang tuh dah guna 2 plastik bag? Kesian kat dunia ini. If possible, cuba kurangkan penggunaan plastik. Kalau terdesak baru guna. Menjaga alam sekitar juga merupakan tanggungjawab kita semua sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ni kan.

Sekarang, kalau nak pergi GIANT saya memang akan recycle bags. Selalu juga pesan kat anak-anak tolong ambil recycle bags sebelum pergi. Indirectly, anak-anak pun dari kecik dah diajar untuk mengurangkan penggunaan plastik bag.

Negara kita memang tak biasa bab-bab recycle ni kan. So, takper..kesedaran tuh perlu dipupuk dari mereka kecil lagi. Home is another type of school for our children right?

Meh sini ahkak nak share sedikit info tentang how long does it takes garbage to decompose? Contoh macam tin aluminium, kertas dan kotak susu. Korang leh check sendiri dan fikirlah camane kita dapat atasi or at least kurangkan penggunaan bahan-bahan ni.

Saya sendiri pun pernah ajer and banyak kali juga guna all these materials. Tak sangka pulak ada yang langsung tak mereput! Huwawawawa~

Cigarette Butts - 10-12 years
Monofilament Fishing Line - 600 years
Rubber-Boot Sole - 50-80 years
Foamed Plastic Cups - 50 years
Leather shoes - 25-40 years
Milk Cartons - 5 years
Plywood - 1-3 years
Painted board - 13 years
Cotton Glove - 3 months
Cardboard - 2 months

Styrofoam- It does not biodegrade


Nylon Fabric- 30-40 years
Tin can- 50 years
Ropes - 3-14 months
Waxed milk carton- 3 months
Aluminum cans- 200-250 years
Train tickets - two weeks
Canvas products - 1 year
Batteries – 100 years
Lumber- 10-15 years
Sanitary Pads - 500-800 years
Wool Clothing- 1-5 years

Tinfoil- It does not biodegrade

Harapnya perkongsian yang tak seberapa ini dapat mendatangkan kesedaran buat kita semua. Now banyak hidupan laut seperti sea turtles yang makan menyangkakan plastik adalah makanan mereka. Last-last mati macam tuh jer. Sebab angkara tangan manusia.
Sebenarnyakan..apa yang ALLAH S.W.T ciptakan di muka bumi ini ada dia punya kepentingan. Takkan sia-sia sahaja penciptaanNYA. Ingat tak rantai makanan? kalau salah satu dalam rantai makanan tuh diganggu. Pasti akan berlaku ketidakseimbangan dan akan effect kita punya kehidupan. Nak ulas panjang kang jadi topik lain pulak. HAHAH..next time pulak lah yer.

I think enough for now.

Have a great day darlings! Remember  to say NO to plastic bag. I know it's hard..but just give a try ok? for the sake of our planet. May ALLAH S.W.T rewards us for all kindness that we do. InshaALLAH




You Might Also Like

2 comments

  1. Ha a.... mmg ada disediakan kotak, tapi tetap gak beli plastik 20 sen tu hihihi...hakaklah tu Nany. Memanjang lupa nak bawak recycle bag kalau keluar jalan jalan. Kalau mindset keluar nak beli ikan sayur tu boleh teringat pulak....adoiyaiii

    ReplyDelete
  2. memang lebih suka nasi bungkus biasa je daripada yang guna polystyrene. kat sek pun kena wujudkan kesedaran ni. jangan jual makanan guna benda2 mcm ni. suruh bawak tupperwear hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.