Kenangan Hannah Menyertai Karnival Amal Islami

By Tuesday, May 15, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kali pertama Hannah berjauhan dengan mama dan papa kerana menyertai Karnival Amal Islami selama tiga hari dan dua malam di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak.

Mama tader la risau sangat pun sebab nak bagi dia berdikari dan nampak pun dia happy jer and looking forward nak ke sana.

Hannah wakil sekolah dalam bahagian Kalam Jame'i ( dalam bahasa arab ) yang bermaksud choral speaking. Ini juga merupakan kali pertama sekolah Hannah menyertai karnival peringkat kebangsaan yang disertai oleh seluruh sekolah Al-Amin di bawah IKRAM MUSLEH di seluruh negara.

Kalau SRA biasa yang di bawah JAKIM / JAIS tuh..dipanggil KAMIL. Cuma, yang ni kena berkampung lama sket sebab aktiviti nya agak banyak dan penyertaan juga memberangsangkan. Bayangkan, malam akhir harituh acara tamat dalam pukul 11:30 malam. Huuuu~~~

Disebabkan waktu pertandingan ini pun jatuh dalam minggu peperiksaan. Jadi, persediaan agak tidak memuaskan. Latihan jarang-jarang dibuat. Yerla, exam setiap hari dari pagi then stop untuk lunch dan solat zuhur . Selepas tuh baru berlatih.

Ditambah pula dengan cuti yang agak lama sempena menang PRU14  baru-baru ini. Rabu memang cuti, Khamis tuh kami balik dari kampung dan terus ke sekolah. Esoknya, Jumaat pagi dah kena pergi ke Behrang.

Kami sekeluarga pergi pada hari Sabtu tersebut memandangkan kalau ikut jadual yang diberikan, acara Kalam Jame'i dipertandingkan pada waktu pagi. Kami gerak dalam pukul 8:00 pagi macam tuh dan sampai sana dalam pukul 9:00++ pagi.

Sempat cari breakfast roti canai di area Felda Sungai Behrang. Bila kami sampai ke politeknik, tengok giliran budak-budak number 23!

Huuuu~~~ menunggu lah lagi. Sampai pukul 12:30pm giliran mereka. Memang lama anak-anak ni tunggu.

Bila dilihat peserta dari sekolah lain semuanya hebat-hebat belaka. Dengan ada yang make-up, pakai headband berbunga dan bersarung tangan bewarna putih. Cuma, satu tak best...sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab, jadi mak memang tak paham. 😂

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti ; nasyid utk pelajar lelaki sahaja, pidato bahasa melayu, pidato bahasa arab, public speaking, hafazan, tilawah, tulisan khat  dan kalan jame'i.

                                                             Di hari pertandingan.
                                                 Sedang menunggu giliran.
Dikongsikan video semasa giliran Hannah dan kawan-kawan membuat persembahan Kalam Jame'i.

InshaALLAH, esok akan diserahkan sijil penyertaan buat semua peserta Karnival Amal Islami. Walaupun tiada seorang pun yang menang, pada saya pengalaman berjauhan dari ibu ayah, berdikari dan dapat naik ke atas pentas itu adalah satu perkara yang dapat disyukuri dan dibanggakan.

Tahniah Hannah dan kawan-kawan yang lain. InshaALLAH, kalau ada rezeki kita boleh cuba lagi di masa hadapan. Tahun pertama ni, kita kutip dulu pengalaman dan lihat juga bagaimana peserta dari sekolah lain membuat persembahan.

Terima kasih buat guru-guru yang menjadi guru pengiring dan menjaga kebajikan anak-anak sepanjang mereka berkampung di sana. Semoga ALLAH S.W.T membalas jasa baik kalian. 

That's All and Thank You for reading.

You Might Also Like

1 comments

  1. Ada nampak dia org share dlm group tp tak tau pulak semua sekolah al amin hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.