Tanda Hamzatul Wasl Pada Kalimah Ayat Al-Quran

By Tuesday, May 29, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tanda bacaan Hamzatul Wasl ini adalah berbentuk huruf  'sod' kecil yang terletak di atas huruf. Kebiasaannya kita akan jumpa di :

1) Awal kalimah
2) Pertengahan kalimah

Kalau tanda hamzatul wasl yang kita jumpa di pertengahan kalimah tuh kebiasaannya tiada masalah untuk dibaca. Contohnya macam yang ini :

Contoh diambil dari Google

Sila baca suratul Al-Fatihah  seperti di atas dan perhatikan tanda hamzatul wasl yang diletakkan.
Bila ada tanda hamzatul wasl di atas huruf alif ( contohnya ) . Bacaan huruf alif itu kita abaikan iaitu tidak perlu dibunyikan.

Tetapi,

Bila ianya bermula pada awal kalimah dalam sebuah surah. Contohnya dalam surah Al-Alaq.

Contoh diambil dari Google
Kasrah - Baris bawah
Fathah - Baris Atas
Dhommah - Baris depan

Tips nya :

1) Kira dari sebelah kanan huruf dalam satu kalimah tersebut. Contohnya kita ambil kalimah "ihdina". Terdapat kasrah pada huruf 'dal'. Maka kita terus letakkan kasrah pada huruf pertama di awal kalimah "ihdina".

Begitu juga dengan tanda dhommah. Teknik yang sama digunakan seperti tanda kasrah.

Namun,

Jika huruf ketiga tersebut menunjukkan tanda fathah. Maka, ada sedikit syarat penting yang perlu kita ambil kirasebelum kita meneruskan bacaan.

Antaranya :

1) Perlu dan wajib ambil tahu maksud ayat tersebut.

2) Kalau maksudnya kata nama, maka guna teknik seperti tips yang paling awal tadi. Tetapi, kalau maksudnya kata kerja.

Dan tanda baris pada huruf ketiga adalah tanda fathah, lalu perlu dibaca huruf pertama tersebut
dengan tanda fathah. Minta semak contoh di atas untuk surah Al-Alaq - "IQRA".

Contoh diambil dari Google
Now, cuba korang baca yang ni pulak.

Ini pula saya ambil dari buku ustazah semasa saya hadir ke kelas tajwid. Semoga bermanfaat buat semua pembaca yer!

Saya rasa tips yang ini adalah perkara baru pada saya setelah usia mahu menghampiri 40 tahun. Takper kan? better late than never gituh!

Penting untuk kita beli Al-Quran yang ada maksud sekali. Supaya selain dapat tahu makna, kita juga boleh cuba tadabbur ayat-ayat yang disampaikan oleh ALLAH S.W.T

Sekian untuk perkongsian kali ini. Selamat beramal semua! dan semoga tercapai cita-cita Ramadan tahun ini.

Thanks for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. Bagus perkongsian ni... nnt share lagi tau

    ReplyDelete
  2. perkongsian ilmiah n sangat bermanfaat kak nanny. tqq sharing. neway saye tak reti benda2 gini. perlu tengok video atau berguru depan2 utk lebih fhm. btw tqq tau sharing at least tau something:)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.