Setelah 7 hari bersekolah di sekolah kebangsaan

By Thursday, July 05, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Semenjak Hannah bersekolah di SK ni, jadual menyupir ku semakin padat. Kalau dulu kluar dan masuk rumah dalam hanya 3 kali sahaja.

Jadual keluar rumah yang dahulu :

7:20 am
12:30pm
4:50pm


Jadual keluar rumah yang sekarang :

7:00am
12:30pm
1:30pm
4:50pm

Itupun Hannah masih belum bersekolah KAFA di waktu petang. Kalau tak rasenya lagi haru biru. Respect dengan mak mak yang bertabah ulang alik amik dan hantar anak-anak. That's why ada yang sanggup sewa van or bas sekolah jer untuk transportation anak-anak.

Anyway,

While I was driving to the school masa nak fetch Hannah tengahari tadi, terfikir sesuatu yang membuatkan saya bertanya dengan diri sendiri.

Masa bekerjaya dulu, maidless. Hantar anak-anak awal pagi ke nursery lepas tuh balik lewat petang. Pagi tuh mmg confirm hadap jem. Petang pulak bila dah sampai rumah energy kita dah habis flat. Nak layan anak-anak pun tak larat dah. Bagi jer TV or I-Pad terus senyap. Eh! jap..tapi tak senyap juga sebab bergaduh berebutkan I-pad. HAHAH~

Masa tuh...memang terlintas di fikiran yang "alangkah bahagianya hidup kalau dapat jadi full housewife. Boleh fokus jaga anak-anak. Tak perlu dah nak harapkan nursery dan dapat hantar dan ambil anak dari sekolah"

But then, I told and remind myself ...whatever works that we do. Is everything to seek a bless from ALLAH S.W.T.

Susah juga sebenarnya.

Sebab selalu rasa merungut sebab keletihan. Tapi bila diingat balik, pahala yang ALLAH nak bagi tuh. And beruntung dapat menjalankan tugas sebagai seorang full housewife tuh.. sejuk hati dan tak mau dah nak complaint.

Selepas tujuh hari juga Hannah di SK. Dia masih belum lagi jumpa kawan yang sekepala. I know her well. Seorang anak yang introvert. Perlukan lagi masa dan ruang untuk serasi dengan keadaan.

Lagi satu, dalam few days juga dia bersekolah di SK..balik terus bagitau yang most of her friends including boys and girls. Suka cakap foul language.

B.a.b.i
F.u.c.k

The way she told me all students cakap tanpa rasa bersalah. Memang dah biasa sangat-sangat. Hannah pelik bin ajaib.

Tapi untuk diri saya, semua ni sudah saya jangkakan dari awal. Walaupun saya rasa bersalah sangat sebab menyediakan environment yang sebegini kepada dia. Tetapi untuk kebaikannya..saya perlu kuat semangat dan terus berdoa supaya ALLAH S.W.T lindungi Hannah dari gejala yang tidak sihat.

Saya tahu dan faham, sebagai ibu bapa kita perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang baik untuk anak-anak. Di SK murid nya terlalu ramai dan background juga bermacam-macam. Cikgu pun agaknya dah tak larat nak tegur sorang-sorang.  Tidak semua parents mampu menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah swasta.

Ibu-bapa di rumah juga perlu sangat memantau pergaulan anak-anak. Lagila now di zaman IT dan teknologi. Check lah whatsApp anak-anak, weechat dan segala mak nenek sosial media yg mereka ada.

Pagi tadi masa saya memandu kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Saya tarbiah dan bebel sedikit pada Hannah. Perlu fikir, kenapa ALLAH S.W.T yang maha pemurah dan maha mengasihani itu buat manusia ni pelbagai jenis perangai. Kan senang kalau semuanya perangai baik macam malaikat.

Tentu ada hikmah kan!

Teringat saya pada ceramah ustaz Nouman Ali Khan lama dahulu. Tugas sebagai pendakwah sangat sukar. Kita sepatutnya mendekati orang yang bermasalah. Bukan lagi menjauhkan diri dan perlu diingatkan bahawa sikap judgemental juga tidak baik untuk diamalkan.

Sape tengok cerita 'Nur' yang ditanyangkan pada bulan puasa yang lalu, pasti faham apa yang cuba saya sampaikan.

Sejarah Nabi Muhammad juga membuktikan bahawa kelahiran baginda adalah di tengah kejahilan masyarakat Quraisy yang sangat teruk akhlaknya. Namun begitu, tidak pernah baginda berputus asa untuk menyampaikan ajaran agama Islam.

Walaupun Hannah masih kecil (10yrs old) tapi pada saya biarlah dia terinspirasi dengan cerita-cerita begini. Apa yang ALLAH S.W.T sampaikan di dalam Al-Quran semuanya untuk pedoman dan pengajaran bagi kita semua. Tak ada contoh yang lebih baik dan agung selain dari kisah-kisah umat terdahulu.

Alhamdulillah..

Hannah nampak lebih yakin dan faham apa yang saya cuba sampaikan tadi. Perjalanan masih jauh...anak-anak kita kelak akan berjumpa dengan pelbagai jenis environment dan spesis manusia. Peranan kita sebagai ibu-bapa perlu guide dan tunjuk mereka ke jalan yang sepatutnya. Kadang bila dah berkawan nanti, mak ayah jadi orang yang ke-2.

Saya sentuh dahulu bab akhlak yer. Sebab itu yang paling terkesan dengan diri saya untuk menulis. Apa pun, tidak semua pelajar di SK begitu. Pasti ada anak-anak yang akhlaknya masik baik dan ok. Setiap pengalaman anak-anak kita berbeza dan ini juga merupakan pandangan peribadi saya sendiri.

 
That's All and Thank you for reading~






You Might Also Like

5 comments

  1. Anak hakak semuanya SK Nany.....
    Mungkinlah jugak tak boleh nak elak pasal bab tu, sebab SK ni sekolah utk semua golongan... mcm hospital kerajaanlah kan hahahaa...
    Tapi yg penting kita masih boleh pantau dan guide anak anak kita...

    Insyaallah Hannah boleh pilih yg mana baik dan buruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak..betul tu. Biasalah..ni demam culture shock lagi. InshaAllah..nanti semuanya ok. Doakan yer. Muahhss!!!

      Delete
  2. its okay kak.. shes going to be just fine. kena always remind her yang semua tu x elok. obviously younger generation skarang 'special' jadi ofcoz xtra attention is needed =)

    ReplyDelete
  3. semoga Hannah dapat kawan yang terbaik untuknya...

    ReplyDelete
  4. Suka baca perkongsian Nany ini.. Memang bukan mudah buat isteri yang berkerja menguruskan anak-anak, begitu juga suri rumah.. setiap apa yang kita buat ada cabarannya..
    Bab pergaulan di sekolah tu memang agak payah.. Cuma kita sebagai parents lah kena selalu ingatkan dia.. Tegur dan nasihat..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.