Assalammualaikum w.b.t
Seperti dalam mimpi apabila dapat menjejakkan kaki ke bumi kiwi ini. Berangan itu memang pernah lah nak sampai ke New Zealand ni. Cumanya, tak sangka lak bila mimpi ini menjadi kenyataan. Terpilih menjadi pemenang grand prize juga adalah perkara yang tidak pernah saya jangkakan.
Pada saya, inilah kenangan paling manis sepanjang saya bergelar seorang blogger. Mana taknya, follower saya pun bukannya ramai sangat kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger yang lain. Dalm IG and FB pun sama juga. Jadi, saya rasa ini adalah rezeki sangat-sangat.
Pengalaman berpuasa di bumi New Zealand juga adalah sesuatu yang amat berharga. Kali pertama juga saya ke luar negara yang jauhnya lebih kurang 8770km dari Malaysia tanpa ditemani waris terdekat. Agak nervous juga sebab memang sudah menjadi kelaziman suami dan anak-anak ada di sisi.
Doa saya semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan pergi, berjalan di sana dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga.
Semua perbelanjaan termasuk tiket flight, penginapan hotel 4-star, makan minum, insurans tiket perjalanan dan sim kad ditanggung beres oleh pihak penaja. Jadi, saya hanya tukar RM1400.00 ke NZD untuk dibawa ke sana sebagai perbelanjaan sourvenir.
Percutian selama 5 hari dan 4 malam di North Island , New Zealand terasa sangat sekejap. Ditambah lagi dengan waktu gelap yang awal, dalam pukul 5:15pm macam tuh. Walaupun berpuasa, saya tidaklah terasa begitu letih memandangkan cuaca nya yang sentiasa sejuk, berangin. Just nice.
Cuma, 1st and 2nd day tuh agak keletihan disebabkan saya tidak dapat tidur dalam flight. Yerla, tidur duduk atas kerusi tu kan..mana mungkin dapat lena macam tidur atas katil sendiri. Then lagi satu, kat NZ waktunya adalah 4 jam lebih awal dari Malaysia. Saya tidur pukul 11 malam waktu NZ ( pukul 7 ptg waktu Malaysia) dan bangun pagi dalam pukul 5 pagi waktu NZ (pukul 1 pagi waktu Malaysia).
Selama saya di New Zealand, tourist guide yang membawa kami ke tempat-tempat menarik di sana. Memandangkan tourist guide kami juga orang Islam, yang asalnya juga dari Malaysia. Jadi memang mudah la untuk urusan solat , berbuka dan bersahur.
Flight MAS bertolak malam Sabtu, 25hb May pukul 11:25 malam tiba di Auckland Airport pada 26hb May pukul 1:20 petang. Mula-mula tu excited sangat nak tengok pemandangan bumi Auckland dari tingkap flight, tapi sebab seat saya tuh kat tengah-tengah jadi tak dapatlah nak tengok camane rupanya pemandangan bandar Auckland dari atas.
Sampai di Auckland Airport, saya perlu lalui kastam dan serahkan declaration form kepada pegawai kastam tersebut. Adalah soalan-soalan yang dia tanya, contoh macam datang dengan siapa, ada group ke? first time ke datang NZ? ada bawak tak benda-benda yang dilarang?
Smooth ajer pun prosesnya. Apa yang saya lihat di Auckland Airport adalah pekerja-pekerja di sana merupakan berbilang bangsa dan pelbagai bangsa. Ada chinese look, Indian look, Asian look, Arabic look. Hurmm...fikir balik, memang tak pelik pun sebab NZ memang welcome all the immigrants. Cuma sekarang, agak ketat sket jika kita mahu menjadi warga negara mereka.
Di Airport, agency Nasi Lemak NZ Tours datang menjemput kami menggunakan kereta sedan. Muatlah untuk kami 3 dewasa dan seorang kanak-kanak. Cuaca ketika itu tidak terlalu panas dan sejuk. Kalau tak pakai jaket pun masih OK lagi. Dalam 17-18 degree Celcius.
First stop kami adalah One Tree Hill dan CornWall Park. Menariknya tentang One Tree Hill ini adalah tempat memorial khas untuk orang Maori dan juga New Zealanders . Kami drive and parking kat bahagian bawah jer. Layan sheep amik gambar dengan mereka. Lepas tuh hiking sket sampai ke atas. Pemandangan dari atas memang cantik sangat. Subhanallah..nampaklah Auckland Harbour, bangunan-bangunan , bukit-bukau dan kehijauan semulajadi.
Kambing biri-biri pun sayup-sayup dari jauh nampak macam putik kapas jer. Sangat indah dan mendamaikan.
|
Indah kan pemadangan? bersama kambing biri-biri yang bebas meragut rumput |
|
Tebal sungguh bulu depa ni noohh~~ |
|
Yang kat atas puncak tuh lah memorial building derang. Untuk sampai ke sana, kami jalan kaki jer. |
|
Menapak beramai-ramai |
|
Ayuh menuju ke puncak |
|
Pemandangan apabila sampai di puncak. Cantik kan? |
|
Excuse moi! muka tak mandi seharian. Keh keh keh~ |
Tempat ni memang sesuai dijadikan tempat untuk beriadah juga. Kalau di Malaysia ni, kita ada Taman Saujana Hijau di Putrajaya dan Taman Bukit Jalil. Ini yang dekat dengan rumah saya la. Hehe..kalau luar kawasan, ampun maaf saya tak tahu.
|
Dari pandangan lain |
Selesai kami berjalan-jalan di sini dan mengambil gambar. Kami terus check in di Grand Millenium Hotel, Auckland.
Bilik hotel selesa, besar pula tuh. Yang saya tak tahan adalah kesejukan. Walaupun dah matikan aircond. Tetap juga sejuk. Maka, dalam bilik pun saya pakai jaket juga. HAHAH!
Kita layan gambar hotel pula ya~~~
|
Kawasan lobby hotel |
|
So far memang puas hati dengan layanan staf hotel di sini. Baik dan peramah. |
First day tuh, saya buka puasa dengan kuew tiaw goreng yang tourist guide saya masak. Sedap sangat! cuma tak best kena makan time sejuk-sejuk memandangkan hotel takde microwave nak panaskan makanan.
Bancuh jerla air chocolate yang hotel disediakan tuh. Syukur Alhamdulillah..
Pukul 8 malam, kami keluar dinner di restaurant Uncle Man's yang terletak di K Road. Restaurant ni memang menghidangkan makanan halal bertemakan Malaysia dan Indonesia. Beriya la saya speaking english, sekali dia balas kot bahasa Indonesia. HAHA! ingatkan tak reti cakap bahasa . Dah macam tuh, senang la saya pun nak berkomunikasi.
|
Teh Tarik dia memang kaw dan sedap sangat! |
|
Perut masih penuh. Jadi kita order ni jerla..tauhu sumbat. Sedap yakmat! hahah~ |
|
Gambar beramai-ramai di hadapan kedai Uncle Man's. Kakak sebelah tuh lah company tourist guide kami di sini. Thank you Kak Sya and Abang Sazli kerana menyantuni kami :) |
Keadaan di Auckland selepas pukul 5 petang memang agak sunyi. Banyak kedai-kedai dah tutup. Tak macam Malaysia kan, mamak bukak smpi 23 jam!
Untuk sahur, saya bungkus siap-siap set nasi ikan pari bakar. Ya ampunn..sedap! tapi tercekik gak nak menelan sebab nasi nya sejuk kekung. HAHAH! nak turun bawah minta staff hotel panaskan rasa kemalasan pula.
Layankan set nasi ikan pari bakar ku ini.
Sekian cerita untuk hari pertama jalan-jalan di NZ. Nanti sambung hari ke-2 pula yer.
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.