Assalammualaikum w.b.t
Taqobballallahu wa min kum~
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog NanyFadhly. Hari raya ke-4 , kami sudahpun berada di Selangor. Hurmm...sungguh pantas masa berlalu. Baru jer rasa Ramadan, dah masuk Syawal. Pulang ke kampung halaman selama 4 hari juga tidak puas rasanya.
Kali ini, turn kami beraya di kampung halaman saya di Bagan Datuk , Perak. Last minute nak balik tu saya sempat buatkan sebalang biskut Famous Amous dan kek butter sebagai oleh-oleh buat mak dan ayah di kampung.
Tahun ini juga, kami adik beradik dapat berkumpul bersama kecuali adik yang ke-4 masih di London, UK.
Pulang sehari sebelum berhari raya, dapatlah kami sekeluarga bersahur dan berbuka puasa bersama-sama. Meriah sungguh rasanya!
Masakan air tangan emak memang tiada tolok bandingnya.
|
Menu buka puasa Ramadan terakhir tahun 1440H. Ada ayam masak merah, rendang daging, ayam goreng asam jawa, daging masak sate, sup ekor lembu, sambal kicap, rebus kacang botol |
|
Ini rupa rendang daging mak kita masak. Hehe.. |
|
Zoom in sket bagi menitis air liur semua orang |
Malam raya, anak-anak semua bertakbir ramai-ramai di rumah selepas solat maghrib. Habis takbir, depa tuntut nak main bunga api. Kita layankan ajer..dulu pun masa zaman kanak-kanak part main bunga api ni memang dah jadi aktiviti 'wajib' kami adik beradik.
Semua bunga api dan mercun yang sopan santun ini ditaja khas oleh adik ku yang bongsu. Thank you so much Alim! sebab layankan anak-anak sedara mu ini dengan bunga api yang pelbagai. Seronok sangat derang main.
Esok nya, lepas bfast kami semua solat sunat Aidilfitri di surau beramai-ramai. Surau kat lorong rumah saya ni takder lah besar sangat. Tapi, so far dapat lah menampung jemaah yang hadir. Bila raya ni, ramailah anak-anak muda yang tinggal di bandar pulang ke kampung. Jadi, meriahlah sket surau tuh.
Ini lah rupa surau tu. Simple ajer kan? Banyak memori tersimpan masa saya kecik-kecik dulu. Actually, surau ni dah banyak berubah. Lebih cantik dan proper keadaan rupanya.
Habis bersolat, rutinnya bersiap pakai cantik-cantik untuk sesi bermaaf-maafan, bagi duit raya dan berposing.
|
Yang baju warna merah dua orang ni, anak sedara. Derang ni kira batch budak dah sekolah.
|
|
Sebab Hannah the one and only girl in the house. |
|
Ini Ammar . Usianya 2 tahun. Kehebatan beliau : Sangat comel, petah bercakap , suka menyanyi menghiburkan diri sendiri, bermain bola sepak, suka makan dan berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. |
|
Ini pula Wafi. Anak abang yang sulung. Usianya baru 1 tahun dan kehebatannya adalah tidak takut dengan sesiapa. Selain itu, Wafi juga suka explore semua tempat tanpa ada perasaan curiga dan was-was. Juga mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Bila senyum memang boleh buat korang semua melting! |
|
Berebut kipas pun boleh jadi aktiviti yang menarik dan tertarik. |
|
Ini lah mak dan ayah kami. Yang bersusah payah membesarkan kami 5 beradik. Memang sedih dan sayu hati bila tengok wajah mereka semakin dimamah usia. Semoga ALLAH S.W.T mengampuni dosa-dosa kedua orang tua kami, mengasihani mereka dan menyayangi mereka. |
Memang sedih dan sebak sangat bila bersalaman dengan mak ayah. Tahun depan dan seterusnya, belum tentu lagi dapat buat macam ni.
|
Gambar satu family kami anak beranak. Uwais ni boleh pulak dia letak songkok atas lantai. Haishhh~~ |
|
Family abang |
|
Family Ayom |
|
Paksu yang masing single. So, berlakon lah dengan anak-anak sedara yer!~~ |
|
Family ku~ |
|
With my only one daughter. |
|
Rumah pertama kami beraya adalah ke rumah mak saudara mak. Kiranya ini adik arwah opah yang bongsu. |
|
Bahagian atas rumah yang banyak menyerupai rumah arwah opah kami suatu masa dahulu. |
|
Posing di hadapan rumah sebagai kenang-kenangan. |
|
Rumah ke -2. Rumah mak saudara pula. |
|
Sedap la melayan minum air oren. |
Habis rumah yang ni kami pun balik ke rumah. Petang tuh, ada pula tetamu yang datang. Esoknya merupakan hari 'baraan' untuk orang lelaki. Ditambah pula dengan hujan sepanjang hari raya ke-2 tuh. Raya ke tiga, saya pula join 'baraan' orang perempuan. Itupun cuma dapat cover dalam 10 buah rumah saja. Lepas tuh saya dah pancit. HAHAH!
Mana taknya, kalau setiap buah rumah tu ada hidangan signature mereka sendiri. Laksa, mee rebus, nasi, bihun tomyam, sate. Fuhhh!!! takut nak timbang berat semula.
Dan malam tuh, dengan rasa berat hati. Saya pun pulang semula ke KL disebabkan, pagi tadi ada face-to-face class dan tak dapat nak monteng. Huhuhu...
Sekian cerita raya saya tahun ini. InshaALLAH, ada rezeki dan panjang umur nanti kita jumpa lagi.
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
3 comments
Selamat hari raya kak, maaf zhr dan batin ya
ReplyDeleteDana yg mula balik kg sabtu 4hr sblm raya pun rasa xckp lg heheheh... seronok cara raya akak, lbh kurang sama cara sambutan kt kg dana... bermaaf2an ngn family sendiri, gambar2 pastu br ke umah atuk, nyai n nenek2 saudara, pastu raya ke2 kami tunggu tetamu je... xpegi mana2, kene serbu dr pg sampai ptg... pastu raya ke3 dana balik ke keeteh lak utk sambut raya kt umah mertua... ni msh lg kt kerteh
Salam lebaran 1440H
ReplyDeleteBetul kak Nany, air tangan mak ni memang lain macam dia punya sedap tu kan. Selamat Hari Raya kak Nany!
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.